Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.bu.nyi] | سمبوڽي

Definisi : ; main ~ sj permainan menyorok dan mencari, main cari-carian; ~ tuma kepala tersorok ekor kelihatan prb menutup perbuatan jahat yg telah diketahui ramai; lempar batu ~ tangan prb berbuat se-suatu kejahatan dan kemudian berpura-pura tidak tahu-menahu; sembunyi-sembunyi dgn tidak diketahui orang, (secara) diam-diam, (secara) senyap-senyap: dia masuk pertandingan nyanyian secara ~ kerana tidak direstui oleh keluarganya; dgn ~ dgn diam-diam: mereka meninggalkan tempat itu dgn ~; ~ puyuh prb a) menutup perbuatan jahat yg telah diketahui ramai; b) tidak mahu tahu akan perkara yg benar-benar berlaku; sembunyi-sembunyian, bersembunyi-sem­­bunyian bermain menyorok dan men­cari-cari; bersembunyi 1. berlindung (diri) supaya tidak kelihatan, menyorok: mereka masuk ~ di dlm rumah Menteri Besar yg telah kosong itu; 2. tidak mengatakan (memberitahukan) dgn sebenarnya, berahsia: jangan kamu ~ lagi, katakan sahaja dgn terus terang; menyembunyikan 1. melindungkan (me­nutup dll) supaya tidak kelihatan, menyorok-kan: maka Pak Lebai pun sampailah di tempat anjing itu ~ dirinya; di situlah tempat ia ~ hartanya yg baik-baik; 2. tidak mencerita-kan (sesuatu), me­rahsiakan: ia tidak dapat ~ perasaan hatinya; kerani itu juga mungkin bersubahat ~ rahsia ini; spt harimau ~ kuku-nya prb orang yg hendak menyorok-nyorok-kan kelebihan dirinya; tersembunyi tidak kelihatan, terlindung, dirahsiakan: apakah yg ~ di sebalik kebaikan hatinya itu?; tujuan yg ~ dan kemahuan nafsu yg terpendam; tersembunyi-sembunyi dgn diam-diam (berse-lindung), tersorok-sorok; persembunyian tempat bersembunyi (me­nyembunyikan): lima bilah pedang telah dijumpai di tempat ~ samseng-samseng di Lorong Pudu; penyembunyian perbuatan menyembunyi­kan; penyembunyi orang yg menyembunyikan sesuatu: ~ harta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.bu.nyi] | سمبوڽي

Definisi : tidak dpt dilihat kerana terlindung. sembunyi-sembunyi se­­cara tidak dpt dilihat atau tidak di­ketahui orang: Dia membuat kerja itu ~. bersembunyi berlindung diri supaya tidak dpt dilihat; menyorok: Dia ~ di balik pintu. menyembunyikan 1 menaruh sesuatu supaya tidak dilihat orang; melindungkan; menyorokkan: Budak-budak nakal telah ~ kasutnya. 2 tidak memberitahukan sesuatu; merahsia­kan: Janganlah kamu semua hendak ~ perkara itu drpd kami. ter­sembunyi tidak dpt dilihat atau tidak dpt di­ketahui; terlindung; ter­sorok: Mereka menggunakan tongkat besi yg tajam utk mencari telur yg ~ itu. persembunyian 1 tempat me­nyembunyikan sesuatu; tempat ber­sembunyi. 2 perbuatan atau hal bersembunyi. penyembunyian per­buatan atau hal menyembunyikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Sembunyi-sembunyi puyuh.

Bermaksud :

Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
TVC 1C7005/2014Itu sasaran kita! Jangan sampai mereka nampak. Cepat sembunyi!Majlis Bandaraya Petaling JayaRacun PerosakTiadaDBP/KPB/201404/03484Lulus08/04/201409/04/201415:00:58
TVC 1b6995/2014Itu sasaran kita! Jangan sampai mereka nampak. Cepat sembunyi!Majlis Bandaraya Petaling JayaRacun PerosakTiadaDBP/KPB/201404/03479Lulus08/04/201409/04/201414:40:05
TVC 1a6986/2014Itu sasaran kita! Jangan sampai mereka nampak. Cepat sembunyi!Majlis Bandaraya Petaling JayaRacun PerosakTiadaDBP/KPB/201404/03463Lulus08/04/201409/04/201411:29:12

Kembali ke atas