Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. (serba) mudah, tidak ada kesulitan (perkara yg susah-susah), tidak ada yg me-nyusahkan: kerja mereka ~ dan mudah; makanan yg murah dan ~ mendapatnya utk memberikan tenaga ialah karbohidrat; 2. suka, mesra: kalau begitu, saya tidak ~ kpd engkau lagi; 3. berasa puas (enak, nyaman, gembira, dll), rehat: sehari-hari disuruhnya belajar tak satu, satu, tidak boleh ~; belum pernah dia tidur tengah hari, atau berbaring-baring dgn ~nya melainkan sentiasa dlm pekerjaannya; 4. bahagia (hidupnya), tidak susah atau melarat: susah dan ~ kehidupan keluarga mereka, tidaklah menjadi peng-halang kpd budak-budak itu bersuka ria; 5. ki bersahaja (percakapan dll), tenang: Lili meneruskan kata-katanya dgn tenang dan ~;~ cakap mudah memperkatakan sesuatu tetapi mengerjakannya (mengusahakannya) belum tentu; ~ hati berasa puas (gembira); ~-lenang berbahagia sekali (hidupnya), sentiasa senang; ~ sentosa sentiasa dlm aman bahagia; bersenang; ~ diri = bersenang-senang ber-buat sesuatu dgn senang hati (supaya senang), berehat-rehat, bersuka-suka: kasihan, sepatut-nya engkau duduk ~-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan; kita pun tualah sedikit, kita hendak ~-senang sentiasa; bersenangkan, bersenang-senangkan; ~ diri bersenang-senang; ~ lelah sl melepaskan lelah, berehat; menyenangi berasa senang (gembira) akan, suka akan, menyukai: dlm memilih jalan tengah, kami tahu kami tidak akan disenangi oleh pihak kiri dan pihak kanan; saya lebih ~ teater; tidak ada suatu pun yg kusenangi; menyenangkan 1. menjadikan mudah (tidak susah), memudahkan, melicinkan (per­jalanan): utk ~ mengajar, guru boleh membahagikan kelas kpd beberapa kumpulan; 2. meng-gembirakan, menyuka­kan hati: muka yg satu masa dahulu itu sangat-sangat ~ hatinya kini telah begitu merunsingkan pula; bagi Khatijah, pindah ke rumah baru itu sesung-guhnya ~; 3. mendatangkan rasa senang, menyamankan, menenteramkan (perasaan, fikiran, dll), memuaskan: hatinya tiba-tiba didatangi suatu perasaan yg tidak ~; 4. membetahkan (penyakit), menyembuhkan: ia tidak dapat hendak memberikan ubat yg boleh ~ penyakit itu; 5. menjadikan senang (bahagia, mewah): aku nak menolong awak, nak ~ awak juga; kesenangan perihal senang, kebahagiaan, kegembiraan, keenakan, kepuasan: segala perintah dan hukumnya itu menuju kpd suatu perkara yg besar iaitu ~ hati bagi segala rakyat; ~ dan kemewahan hidup yg dirasainya itu ialah disebabkan oleh harta pusaka Mak Haji sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak berasa susah; tidak ada yg menyusahkan: Orang kaya belum tentu ~ hidupnya. 2 berasa puas atau lega: Sekarang barulah ~ hatinya. 3 tidak susah atau tidak sulit melakukannya; mudah: Hitungan ini ~ saja. 4 suka; sesuai: Saya tidak ~ tinggal di sini. bersenang-senang berbuat sesuatu utk menghibur hati; berehat-rehat: Dia ~ di bawah pokok itu bersama anak-anaknya. menyenangi berasa senang atau berasa suka akan; menyukai: Para pelancong ~ suasana di situ. Kehadirannya tidak disenangi. menyenangkan 1 membuat supaya menjadi senang; memudahkan: Sebuah dispensari bergerak telah diadakan utk ~ orang-orang kampung mengambil ubat. 2 memberi kepuasan; memuaskan hati; menyukakan: Ke­putusan yg dibuat oleh pihak majikan tidak ~ pekerja-pekerja. kesenangan keadaan senang; kepuasan hati: Kalau tidak kerana berusaha, ayahmu tidak akan mendapat ~ spt sekarang ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senang (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah: gampang, ringan, ganyir, suang, lasuh, enteng,
Berantonim dengan susah

2. Bersinonim dengan suka: mesra, deman, setuju, gemar, cocok,
Berantonim dengan benci

3. Bersinonim dengan rehat: enak, nyaman, gembira, selesa, lega, sedap, menyenangkan, segar, seronok, nikmat, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan sesak

4. Bersinonim dengan bahagia: aman, tenteram, sentosa, baik, elok, aman makmur, mujur, beruntung, sejahtera, tuah, selamat,
Berantonim dengan huru-hara

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersahaja tenang, sedang, sederhana, tidak berlebihan, lugu, sewajarnya,
Berantonim dengan berlebih-lebih

Kata Terbitan : bersenang, bersenang-senang, menyenangi, menyenangkan, mempersenang, kesenangan,

Puisi
 

Kalau ada ikan pari,
     Senang saya masak tumis;
Apa cakap tuan tadi,
     Cakap lepas jangan menangis.


Lihat selanjutnya...(49)
Peribahasa

Biar sakit dulu senang kemudian.

Bermaksud :

Biarlah bersusah-susah dulu asalkan senang kemudian hari.

 

Lihat selanjutnya...(40)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
SENANG DAPAT SENANG MENANG422/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201503/07770Lulus21/01/201525/03/201515:42:01
Senang Dapart;Senang Menang1287/2015Menang Hadiah dan Baucar Setiap Hari, Setiap BulanPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201501/05137Lulus16/01/201516/01/201511:06:21
DEPOSIT DARIPADA RM9944096/2015YSK MOTOR TRADING (002411867-X) DEPOSIT DARIPADA RM 99 * SENANG LULUS * SENANG DAPAT * LULUS 99.9% 03 5524 1325 010 932 2099 NIKMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201511/09205Lulus24/11/201525/11/201508:01:49
STING51999/2015Mudah di sebut, senang di ingat, nama sesuai untuk produk yang dijual contohnya baju sukan, peralatan sukan dan lain-lain . Logo menggunakan warna merah senang di lihat dari jauh , senang diingat , melambangkan bersemangat , melambang kuat (barang-barang)Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201512/09795Lulus28/12/201529/12/201507:58:52
NASI BUJANG SENANG22558/2015NASI BUJANG SENANG Kini di RESTORAN TUDUNG SAJI BANDAR PUTRA TANJUNG LUMPUR RM 6.90 + MINUMANMajlis Perbandaran KuantanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201506/07376Lulus05/06/201512/06/201515:23:25
NASI BUJANG SENANG22556/2015NASI BUJANG SENANG Kini di RESTORAN TUDUNG SAJI BANDAR PUTRA TANJUNG LUMPUR RM 6.90 + MINUMANMajlis Perbandaran KuantanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201506/07335Lulus05/06/201512/06/201511:46:50
COURTS MEMANG SENANG!13214/2016COURTS MEMANG SENANG! RANGKAIAN BESAR. NILAI HEBAT. SKIRN BESAR DARIPADA RM982 SOFA BAHARU DARIPADA RM699 PETI SEJUK DARIPADA RM729 *TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT.Pihak Berkuasa TempatanBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201603/11998Lulus23/03/201624/03/201609:47:54
Sedia Ria senang sahaja18068/2015courts Sedia Ria Senang Sahaja Persediaan Awal dengan Lebih Penjimatan Penjimatan Tunai sehingga 80% diseluruh cawangan Dengan Pembelian Flexi credit courts PULANGAN WANG TUNAI sehingga RM10,000 Tertakluk kepada terma & syaratDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201505/06413Lulus11/05/201513/05/201515:04:02
Courts Sedia Ria Senang Sahaja15814/2015Courts Sedia Raya Senang Sahaja Penjimatan Tunai Sehingga 80% Di Seluruh Cawangan Dengan Pembelian Flexi Credit Pulangan Wang Tunai Sehingga RM10,000Majlis Perbandaran Pasir GudangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201504/08496Lulus24/04/201528/04/201509:55:02
COURTS SEDIA RIA SENANG SAHAJA17554/2015COURTS SEDIA RIA SENANG SAHAJA PENJIMATAN TUNAI SEHINGGA 80% DI SELURUH CAWANGAN PULANGAN WANG SEHINGGA TUNAI RM10,000Majlis Daerah Kota TinggiPerkakas dan Hiasan RumahTiadaDBP/KPB/201505/06114Lulus07/05/201512/05/201508:43:50
12345678910...

Kembali ke atas