Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.nga.ja] | سڠاج

Definisi : = dgn ~ 1. memang diniatkan (dimak-sudkan dll) lebih dahulu, memang diniatkan begitu: penyair ~ ingin berbeza drpd orang biasa; bukan sahaya ~ ke mari, dihantar ombak ditumpu angin; 2. = bersengaja dibuat-buat, sahaja: geli benar hatinya melihat tingkah laku Iskandar yg ~ itu; menyengaja berbuat sesuatu dgn sengaja; menyengajakan melakukan sesuatu dgn sengaja: Zainal menyambut pertanyaan itu dgn senyum yg disengajakan; kesengajaan perihal (perbuatan) sengaja, sesuatu yg disengajakan: soal ~ watak-watak dlm ‘Salina’ melakukan dosa tidak pernah dibicarakan oleh pengulas-pengulas lain sebelum Shahnon Ahmad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.nga.ja] | سڠاج

Definisi : memang diniatkan atau dimak­sudkan begitu; memang dgn niat ter­lebih dahulu: Dia ~ tidak mahu datang. Kemalangan itu berlaku dgn tidak ~. menyengaja berbuat sesuatu yg se­ngaja: Saya ~ supaya dia tahu akan ke­hadiran saya. menyengajakan me­la­kukan dgn sengaja: Perbalahan itu me­mang disengajakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sengaja (kata kerja)
Bersinonim dengan memang berniat, asa, sengeleng, sahaja;,
Kata Terbitan : bersengaja, menyengajakan, kesengajaan,

Puisi
 

Cik Ali menikam pari,
     Tala suntung tala sumpit;
Bukan sengaja saya ke mari,
     Bawa pantun dengan nasib.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Korek lubang ulat.

Bermaksud :

Sengaja mencari perselisihan.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Ivan Lam Twenty27769/2014saya telah memaklumkan kepada Puan Rohayu, pelanggan kami sengaja tidak mengolahkan butiran iklan ini dan ingin menjadikan sebagai satu kejutan dan tanda tanyaTiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201411/04647Lulus13/11/201417/11/201409:53:20

Kembali ke atas