Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.bu] | سربو

Definisi : ; menyerbu 1. (datang, pergi) melanggar (menyerang): tentera Jepun sudah mulai ~ Siam; 2. masuk (datang, pergi) beramai-ramai dgn meluru: selesai sahaja imam memberi salam, anak-anak ~ keluar; 3. merempuh, meluru: seorang laki-laki yg besar badannya ~ ke dlm kamar kerjanya; menyerbui menyerbu ke, menyerang; menyerbukan menyebabkan (menjadikan) menyerbu: pasukan itu diserbukan ke tempat-tempat yg tidak kuat pertahanannya; ~ diri menghamburkan (menceburkan, melurukan) diri kpd atau ke dlm; serbuan hasil menyerbu, serangan: dia dapat melepaskan diri drpd ~ polis; penyerbuan perbuatan menyerbu, penye­rangan: ~ itu, apabila sampai ke dlm istana, sudah tidak dapat dikawal lagi; penyerbu orang (pihak) yg menyerbu, penye-rang: aku berharap ~-~ itu mempunyai rasa kasihan kpd seorang bayi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.bu] | سربو

Definisi : ; menyerbu 1 masuk atau datang melanggar; pergi atau datang menye­rang: Ceritakan bagaimana ke­beranian askar-askar Raja Haji ~ pasukan tentera Belanda di Teluk Ketapang. 2 datang (pergi) beramai-ramai utk mendapatkan sesuatu atau utk me­ngerumuni seseorang: Penduduk yg kelaparan itu ~ makanan yg disediakan. Artis kesukaan ramai itu diserbu peminat. 3 datang kpd atau masuk ke sesuatu tempat beramai-ramai; masuk atau pergi beramai-ramai dgn meluru: Mereka ~ ke padang bola sambil bersorak-sorak. menyerbukan menggerakkan dll supaya menyerbu; melurukan: Ketiga-tiga hulubalang itu telah ~ pasukan masing-ma­sing ke dlm barisan pertahanan Belanda. serbuan serangan secara menyerbu; hasil menyerbu: ~ musuh itu telah dpt dipatahkan. ~ perangkap serbuan yg dilakukan se­telah memerangkap terlebih dahulu. penyerbuan perbuatan atau hal menyerbu. penyerbu orang yg me­nyerbu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serbu
Kata Terbitan : menyerbu, serbuan, penyerbuan, penyerbu,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
jom serbu5639/2016JOM SERBU ! LOGO MPAG DARI LAMAN WEB DAN BORANG MPAGMajlis Perbandaran Alor GajahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201602/07193Lulus03/02/201604/02/201608:12:18
JOM SERBU5638/2016Jom serbu !Majlis Perbandaran Alor GajahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201602/07190Lulus03/02/201604/02/201608:11:50
JOM SERBU5636/2016Jom serbu !Majlis Perbandaran Alor GajahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201602/07187Lulus03/02/201604/02/201608:11:08
JOM SERBU5634/2016Jom serbu !Majlis Perbandaran Alor GajahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201602/07186Lulus03/02/201604/02/201608:10:41
MARI SERBU PAHANG21675/2016SEPERTI DI LAMPIRAN.Majlis Perbandaran KuantanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201605/09489Lulus04/05/201605/05/201615:13:11
MARI SERBU PAHANG21674/2016SEPERTI DI LAMPIRAN.Majlis Perbandaran KuantanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201605/09490Lulus04/05/201605/05/201615:13:43
MARI SERBU PAHANG21672/2016SEPERTI DI LAMPIRAN.Majlis Perbandaran KuantanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201605/09491Lulus04/05/201605/05/201615:15:00
MARI SERBU TERENGGANU20215/2016SILA RUJUK LAMPIRAN.Majlis Bandaraya Kuala TerengganuHiburanTiadaDBP/KPB/201604/12940Lulus26/04/201628/04/201608:37:26
MARI SERBU KUANTAN15255/2016SEPERTI YANG DILAMPIRKANMajlis Perbandaran KuantanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/09228Lulus01/04/201604/04/201608:23:12
MARI SERBU TERENGGANU15253/2016SEPERTI YANG DILAMPIRKANMajlis Bandaraya Kuala TerengganuMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/09210Lulus01/04/201604/04/201608:12:35
123

Kembali ke atas