Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.wa.jar.nya] | سواجرڽ

Definisi : 1. memang begitu halnya (ke­adaannya dll), sebenarnya (demikian), se­memangnya: sbg seorang yg dilahirkan di Negeri Sembilan, maka sudah ~ pula saya sentiasa bersimpati dgn perjalanan adat Perpatih di Negeri Sembilan; 2. memang begitu sifatnya (kudratnya, tabiatnya), sudah semestinya begitu: pertengkaran antara puak pembangkang dgn puak kerajaan yg berlaku dlm parlimen itu sudah ~; 3. dgn begitu sahaja, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksa), dgn sendirinya: jangan dihalang fikiran kanakkanak yg tumbuh dgn ~; 4. sesuai dgn yg seharusnya, sebagaimana mestinya, sebagai­mana patut: kandungan Quran itu harus difahami dgn ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.wa.jar.nya] | سواجرڽ

Definisi : 1 memang demikian halnya atau keadaannya; sememangnya: Sudah ~ seseorang isteri menolong suaminya. 2 sudah demikian sifatnya atau kudratnya; semestinya begitu: Sikap bermusuh-musuhan antara dua golongan itu memang ~. 3 dgn sendirinya; tidak dipaksa-paksa: Fikiran kanak-kanak itu tumbuh dgn ~. 4 sebagaimana seharusnya; sebagaimana semestinya: Ayat-ayat suci itu harus ditafsirkan ~ dan jangan dipinda-pinda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wajar (adjektif)
1. Bersinonim dengan sepatutnya: seharusnya, munasabah, semestinya, bersesuaian, selayaknya,

2. Bersinonim dengan biasa: bersahaja, tidak dibuat-buat, memang begitu, norma,

Kata Terbitan : sewajar, sewajarnya,

Peribahasa

Kuah tumpah (= tertuang) ke nasi.

Bermaksud :

Anak yang dikahwinkan dengan kemanakan; sesuatu yang sudah sewajarnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PENGAMBILAN EJEN BARU TM24860/2014penggunaan agent telah ditukarkan kepada ejen..harap pihak tuan beri pertimbangan sewajarnya...tqMajlis Perbandaran Port DicksonHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/05129Lulus15/10/201416/10/201409:14:08
KAUNTER MAKANAN34061/2015Puan, Dimaklumkan bahawa logo 'MISTER DONUT FROM JAPAN' merupakan identiti bagi premis tersebut yang membolehkan pelanggan mengenalpasti premis tersebut. Kami berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak puan. KerjasMajlis Bandaraya IpohMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201508/07373Lulus27/08/201527/08/201514:51:49
I am Famous - kemeja T dari Thailand14008/2015Nama di pilih kerana ia merupakan jenama dari Thailand yang di jual di premis kami. Semua logo pada kemeja t kami adalah berjenama I am Famous. Sejajar dengan itu, nama syarikat di pilih sebagai penjenamaan syarikat. Di harap pertimbangan yang sewajarnyaMajlis Bandaraya Shah AlamButikTiadaDBP/KPB/201504/07395Lulus19/04/201520/04/201508:14:31

Kembali ke atas