Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.lap] | سيلڤ

Definisi : 1. salah pandangan atau perasaan (dgn yg sebenarnya); ~ faham tidak memahami apa yg sebenarnya; 2. sl sulap, sunglap: tukang ~; 3. = ~ hati tidak ingat apa-apa (kerana terlalu marah dll); 4. salah yg tidak disengajakan, khilaf: kalau saya tidak ~, umurnya baru tiga puluh tahun; ~ gayung Kl telah melakukan sesuatu yg salah; ~ langkah tidak mengambil tindakan, keputusan dsb yg betul sehingga boleh men­datangkan kesan yg buruk; ~ mata a) sj permainan yg mengelirukan pandangan or­ang lain (membuat sesuatu yg aneh-aneh dll), sulap, sunglap; b) salah pandangan; c) silau; d) agak lupa, tidak sedar; ~ cakap kena radak, hilang jiwa percuma saja prb memperkatakan sesuatu perkara hendaklah hati-hati benar kerana buruk pa­dahnya; ~ mata, pecah kepala prb kalau ku­rang hati-hati tentu akan mendapat bencana; menyilap menjadikan silap (pandangan dll), mengelirukan, menipu; tersilap (telah) melakukan kesalahan dgn tidak sengaja, tersalah, terkhilaf; kesilapan perihal silap, kekeliruan, ke­khilafan; penyilap 1. tukang silap mata, tukang sunglap; 2. penipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.lap] | سيلڤ

Definisi : 1 salah yg tidak disengajakan: Kalau saya tidak ~, semalam dia ada datang ke mari. 2 keliru pandangannya atau keliru perasaannya drpd yg se­benarnya. ~ faham tidak faham akan yg sebenarnya. ~ langkah tidak mengambil tindakan, keputusan dsb yg betul sehingga boleh mendatangkan kesan yg buruk. ~ mata sj permainan yg mengelirukan pandangan orang lain (utk membuat sesuatu yg aneh). tersilap tidak sengaja melakukan sesuatu yg salah; terkeliru. kesilapan sesuatu yg silap; kesalahan; kekeliruan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
silap (adjektif)
Bersinonim dengan salah, khilaf, ralat, gawal, keliru, sesat, tidak benar, tidak betul, pelak;,
Kata Terbitan : menyilap, tersilap, kesilapan, penyilap,

Puisi
 

Kelap-kelip kunang-kunang di rimba,
     Tempat di pohon gedung;
Silap sedikit marahkan hamba,
     Di manalah tempat diri berlindung.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Silap cakap kena radak,
     hilang jiwa percuma saja.

Bermaksud :

Memperkatakan sesuatu perkara (rahsia dan sebagainya), hendaklah hati-hati benar, sebab buruk padahnya. radak = tusuk dengan lembing.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KEDAI ALAT SILAP MATA240/2014TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201505/06659Lulus21/01/201414/05/201518:01:40
KEDAI DOBI20014/2015Ianya bukan restoran. KEDAI DOBI, Harap Semak Semula. Silap Attachment.Majlis Perbandaran Subang JayaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201505/08291Lulus26/05/201526/05/201514:22:02
Pertunjukan Ed Alonzo's Psycho Circus of Magic & Mayhem4068/2016Ed Alonzo's Pyscho Circus of Magic & Mayhem Saksikan Silap Mata Jenaka Bertaraf Dunia! Sehingga 13 Mac 2016 Tempah Secara Dalam Talian Daripada RM78 Sekarang!Majlis Bandaraya Petaling JayaHiburanTiadaDBP/KPB/201601/10691Lulus27/01/201627/01/201615:09:09

Kembali ke atas