Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sua] | سوا

Definisi : ; pagar ~ pagar yg menyekat dua ekor kerbau yg akan diadu; bersua 1. datang saling mendekati, saling berdekat-dekatan: itulah pertama kalinya mereka ~; 2. = tersua bertemu, berjumpa, terjerempak, terserempak: dlm perjalanan itu, ia ~ dgn seekor harimau; apabila ~ dgn masalah-masalah agama; 3. bertemu (dgn barang yg dicari dll): puas ia mencari tetapi tidak ~; 4. = tersua boleh didapati, terdapat, ada: tembakaunya tembakau cap ayam, daunnya, daun tarusan, jarang ~ di kampung kita yg serupa ini; 5. = tersua berlaku atau terjadi, termakbul (permintaan dll), tepat (ramalan, telahan); ~ alurnya ki sesuai benar, cocok, padan; menyua 1. mempersemukakan (ayam yg akan dilagakan); 2. memberi sesuatu kpd, mengunjuk: dia ~ bakul yg berisi udang kpd Bedah; 3. menghulur (tangan); 4. menemui, menjumpai: apa yg disua itu ialah sesuatu yg luar biasa baginya; menyuakan 1. menyogokkan, memberi­kan, menyodorkan: Karim ~ sepiring kuih; 2. menghulurkan (tangan dll); mempersuakan menjadikan bersua (ber­temu, berjumpa), mempertemukan, me­nyemukakan: apalagi sekarang bulan tabut, tiap-tiap orang bebas keluar, jadi di tabut kita persuakan; tersua bertemu dgn, terjumpa; persuaan pertemuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sua] | سوا

Definisi : ; bulu ~ bulu di leher ayam; ®suak I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sua] | سوا

Definisi : ; bersua 1 datang saling mendekati; bertemu muka: Itulah pertama kali saya ~ dgn dia. 2 bertemu dgn sesuatu (apa-apa yg dicari dll); berjumpa dgn tidak disangka-sangka: Jika ~ dgn penjajah itu, bunuhlah dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sua] | سوا

Definisi : ; menyua menghadapkan (ayam yg akan diadu). menyuakan memberikan sesuatu dgn meng­hulurkannya; me­ngunjukkan: Ibu ~ hidangan kpd te­tamu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sua
Kata Terbitan : bersua, menyuakan, mempersuakan,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
JAWATAN KOSONG22690/2015JAWATAN KOSONG 1. PENYELIA KILANG 2. MANDUR 3. JURUTEKNIK ELEKTRIK 4. PEKERJA AM PELUANG PEKERJAAN DALAM SEKTOR PERKILANGAN SEKIRANYA BERMINAT, SILA HUBUNGI PIHAK KILANG Lot 2680, Ladang Sua Manggis, 71150 Linggi, Negeri Sembilan. Tel.: 06 6Majlis Perbandaran Port DicksonMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201506/09144Lulus29/06/201529/06/201510:36:55
LBS- Telok Gong14108/2016Perkataan "untuk" telah diubahsuaikan kepada perkataan kecil dan Di sini saya ingin membuat rayuan di atas penggunaan perkataan WESTPORT dan NORTHPORT dan berharap perkataan WESTPORT dan NORTHPORT boleh kekal pada papan iklan saya sebab ia merupakan suaMajlis Perbandaran KlangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201603/12392Lulus25/03/201628/03/201614:53:23

Kembali ke atas