Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.di] | سودي

Definisi : 1. tidak keberatan (utk melakukan sesuatu), bersedia, rela: jikalau cendawan ~ tumbuh masakan bumi tidak terima; 2. suka (akan), berkenan, mahu: kalau tiap-tiap kali pelawaan orang ditolak, boleh jadi di­katanya tidak ~; bersudikan berkenan akan, suka akan; menyudikan, mempersudikan 1. menja­dikan sudi (mahu, suka), memahukan; 2. meminta supaya sudi (melakukan sesuatu), mengajak supaya mahu, mempersilakan: tamu-tamu dipersudikan masuk; sudikanlah masuk ke rumah saya; 3. menarik (meman­cing) supaya mahu dll (melakukan sesuatu); kesudian perihal sudi, kemahuan, kerelaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.di] | سودي

Definisi : ; ~ siasat Mn bertanya-tanya utk menyelidiki (menyiasat dll); menyudi memeriksai, menyelidiki, menyiasat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.di] | سودي

Definisi : Kl; menyudi mencuba, menguji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.di] | سودي

Definisi : 1 sedia utk melakukan sesuatu; rela: Beberapa orang yg lalu-lalang telah ~ menghulurkan derma kpdnya. 2 mahu akan; suka: Aku tak ~ melihat muka­mu. bersudikan berkenan (akan). me­­nyudikan menggerakkan hati dll supaya sudi; menjadikan sudi: Apakah yg ~ engkau datang ke mari? mempersudikan meminta supaya sudi; mempersilakan: Beliau ~ para tetamu masuk. kesudian rasa sudi; kerelaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudi (kata kerja)
Bersinonim dengan tidak keberatan bersedia, rela, sanggup, reda, suka, mahu, ingin, ambuh, embuh;,
Kata Terbitan : bersudikan, mempersudikan, kesudian,

Puisi
 

Kain kudi di atas atap,
     Belum patah jarum hilang;
Kalau sudi abang bersantap,
     Kalau tak sudi janganlah buang.


Lihat selanjutnya...(36)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Warung Lejen21111/2016Warung Lejen Rare & Karan --- Pertama sekali. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pihak Tuan kerana sudi layan kerenah saya yang berbagai. Maksud Tuan ejaan "WARUNG" tidak boleh digantikan kedudukan huruf 'A' dengan simbol secawan kopi?Majlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201605/09701Lulus06/05/201606/05/201615:24:43

Kembali ke atas