Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.kar] | سوکر

Definisi : 1. tidak mudah (senang), payah, sulit, susah: perkara yg ~; sangat ~ membuat pekerjaan ini; 2. sl serba kekurangan, daif, miskin: mereka hidup dlm ~; 3. tidak mudah sembuh (penyakit), berat, teruk: penyakitnya terlalu ~; 4. tidak mudah mendapat, jarang ada: wang ~ pd masa ini; mahal dibeli, ~ dicari prb sesuatu yg terlalu sukar diperoleh; orang ~ baharu kaya prb orang yg hina (miskin) menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan (kekayaan); menyukarkan menjadikan sukar, menyulit­kan, menyusahkan: meningkatnya harga barang modal hasil industri negara yg telah maju, ~ pelaksanaan pembangunan di negara yg kurang maju; mempersukar menjadikan lebih sukar; kesukaran 1. perihal sukar, kesulitan, ke­susahan: ~nya makin bertambah; 2. men­derita susah (kemiskinan): mereka selalu dlm ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.kar] | سوکر

Definisi : 1 tidak mudah (melakukannya, mendapatkannya dll); susah; sulit: Masalah ini ~ sekali hendak diselesaikan. 2 serba kekurangan; miskin; susah. 3 tidak mudah baik (bkn penyakit); teruk; berat. menyukarkan menyebabkan sukar; menyusahkan: Salji yg tebal-tebal itu ~ perjalanan mereka. kesukaran 1 sesuatu yg sukar; kesusahan; kesulitan: Dlm perjalanan itu, mereka telah me­nempuh berbagai-bagai ~. 2 keadaan sukar; kesulitan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sukar (adjektif)
1. Bersinonim dengan payah: susah, rumit, sulit, rumit, masyakat, leceh, kelekik, rumpil, runyam,
Berantonim dengan mudah

2. Bersinonim dengan jarang ada: susah mendapat

3. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, berat, payah,

4. Dalam konteks sl
bersinonim dengan miskin, daif, melarat,
Berantonim dengan mewah

Kata Terbitan : menyukarkan, kesukaran,

Puisi
 

Anak buaya naik mencuri,
     Singgah mari di Pasir Panjang;
Hutang budi sukar dicari,
     Kalau dapat kasih berpanjangan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kalau takut dilimbur pasang,
     jangan berumah di tepi pantai (= laut).

Bermaksud :

Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau).

 

Lihat selanjutnya...(59)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
SUKAR UNTUK MENDAPAT MBA?7247/2015TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201801/15987Lulus06/08/201525/01/201817:18:04
GrabCar A62850/2016Sukar Mendapatkan Pengangkutan?Majlis Bandaraya Melaka BersejarahHiburanTiadaDBP/KPB/201612/12204Lulus14/12/201615/12/201615:14:33
Hyundai_081531359/2015Rebat Tunai Hari Merdeka yang Sukar DilepaskanPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201508/05839Lulus11/08/201512/08/201509:41:11
Audiolab Sound -Cawangan Temerloh Kini Dibuka56432/2016Audiolab Sound Hearing Solution Sdn Bhd. Cawangan TEMERLOH KINI DIBUKA. PERCUMA -Ujian Pendengaran, Khidmat Nasihat, Percubaan Alat Bantu Pendengaran. Sukar untuk mendengar? Masalah Pendengaran Boleh Diatasi! Waktu perkhidmatan -Isnin ~ Sabtu 09-297170Majlis Perbandaran TemerlohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201611/12109Lulus11/11/201614/11/201608:32:10
Kedatangan Krismas dan Tahun Baru yang mengagumkan menanti anda!30132/2014Kedatangan Krismas dan Tahun Baru yang mengagumkan menanti anda! Daripada set menu bufet makan tengah hari atau makan malam, terdapat jamuan menanti anda di setiap restoran F&B kami dan anda akan sukar untuk membuat pilihan. Sertai kami pada 31Dewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201412/03660Lulus01/12/201403/12/201409:00:49

Kembali ke atas