Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. longgok yg teratur (berlapis-lapis, bertindih-tindih); 2. tingkat, (se)perangkat barang yg bertingkat-tingkat (pinggan, mang­kuk, tepen, dll): ia membeli pinggan se~; 3. rangkai, untai (sajak); se~ sajak; 4. rangkap berlapis (kelopak bunga mawar dll); ~ atur cara menyusun dan mengatur sesuatu spt perabot, hiasan dsb dlm sesuatu ruang, taman dsb mengikut pelan yg dikehendaki; bersusun 1. berlonggok bertindih-tindih (yg satu di atas yg lain): beberapa keping atap zink masih ~ di bawah rumahnya; 2. terletak atau teratur baik-baik (berbaris-baris, berturut­turut, dll): nama-nama itu harus dicatat ~ menurut abjad; 3. kalimat ~ Id (Lin) dua tiga ayat yg dipadukan menjadi satu; 4. sl berikut, bersusul: Ahad ~ dgn Isnin; bersusun-susun terletak dlm beberapa banyak susun, berlapis-lapis, bertingkat-tingkat: kereta kelihatan ~ di perkarangan rumah itu; maka segala perahu hulubalang pun tampil, ~ rupa­nya; menyusun 1. meletakkan berlapis-lapis (ber­tindih-tindih, yg satu di atas yg lain), menaruh berlapis-lapis: ia sedang ~ buku di atas meja; 2. mengatur baik-baik, meletakkan beraturan, merencanakan: sekarang kami tengah ~ rancangan lima tahun yg kedua; 3. mengatur (karangan dll), menggubah: Antologi Cerita Pendek Sebelum Perang Dunia Kedua, disusun, dikaji dan diberi kata pengantar oleh Ali Hj. Ahmad; ~ acara mengatur acara; ~ barisan (pasukan dll) mempersiapkan barisan (pasukan dll); ~ huruf mengatur huruf (dlm percetakan); ~ jari = ~ jari sepuluh menangkupkan kedua­dua belah tapak tangan spt hendak me­nyembah; ~ kalimat Id mengatur kata-kata utk dijadikan ayat; ~ kamus membuat (me­ngarang) kamus; ~ laporan (rancangan, undang-undang, dll) membuat laporan (rancangan, undang-undang, dll); menyusunkan menyusun sesuatu utk, me­ngaturkan; tersusun sudah disusun (diatur, disiapkan) baik-baik atau dgn teratur: beberapa buah buku ~ rapi di atas meja; kata-katanya ~ indah; susunan 1. timbunan (barang) yg bertindih-­tindih, longgok yg bertindih-tindih: ~ batu bata; 2. sesuatu yg disusun (diatur dll), sesuatu yg letaknya bersusun: nama mereka ditulis dlm daftar itu mengikut ~ abjad; jari bagai ~ sirih; ~ buku-buku di dlm almari itu kelihatan kemas dan rapi; penyusunan perihal menyusun: suatu ke­sempatan utk para peserta mengkaji sendiri tentang ~ dan peranan Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ kembali sejarah Malaysia; penyusun 1. orang yg menyusun (mengatur, menyediakan sesuatu, dll): Wilkinson dan ~ kamus lainnya ikut menggunakan perkataan utas dgn pengertian pandai atau tukang dlm kamus mereka; ~ huruf orang yg kerjanya menyusun huruf (dlm percetakan); 2. alat utk menyusun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
susun
Kata Terbitan : bersusun, menyusun, susunan, penyusunan, penyusun,

Puisi
 

Susunlah rebab susun rebana,
     Susun lesung rumah Encik Ali;
Apa sebab dengan kerana,
     Rasa bergantung tidak bertali.


Lihat selanjutnya...(9)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PENGEDAR TRAK ANGKAT SUSUN33639/2014PENGEDAR TRAK ANGKAT SUSUN LCF Equipment Sdn. Bhd. Tel.: 603-5161 9288 / 2898 TB.: 012 2108 999 / 012-268 1019 SALES • RENTAL & SERVICES USED/NEW FORKLIFT, INDUSTRIAL SOLID TYRES NO. 17 LORONG TELOK BATU 7A, TMN. IND. AMJ, JALAN KEBUN BATU 4 1/2, SEKSMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201501/03923Lulus31/12/201402/01/201509:35:55
SILA SIMPAN DAN SUSUN SELEPAS DIGUNAKAN2847/2014TiadaMajlis Bandaraya Shah AlamTiadaTiadaDBP/KPB/201512/08403Lulus07/07/201416/12/201508:55:06
Tadika Sri Ilmu 238342/2016Ejaan dan Susun atur antara pilihan 1 dan pilihan 2 mana yang lebih mengikut piawanMajlis Bandaraya Johor BahruPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201608/08680Lulus06/08/201608/08/201609:40:08
KURDUFAN GARDEN (IZA)25093/2017Ejaan dan susun letakMajlis Bandaraya Johor BahruKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201704/18774Lulus26/04/201727/04/201714:21:08
Asta Bunting permohanan 411315/2015Kilang Serbaguna Susun atur dalaman yang terancangMajlis Perbandaran NilaiKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201503/08465Lulus30/03/201531/03/201514:28:46
pejabat urusan hydro solution55988/2016Size Tulisan . Ejaan dan susun aturMajlis Bandaraya Johor BahruPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201611/11814Lulus09/11/201610/11/201616:23:19
JAWATAN KOSONG6593/2015Jawatan Kosong KJM ALUMINIUM CAN SDN BHD JURUTEKNIK PENGELUARAN JURUTEKNIK ELEKTRIK JURUTEKNIK KAWALAN KUALITI PEMANDU TRAK ANGKAT SUSUN FAEDAH-FAEDAH *ELAUN MAKAN *ELAUN SHIF *ELAUN MAKAN KERJA LEBIH MASA *INSENTIF KEDATANGAN *BAYARAN KERMajlis Perbandaran NilaiMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201502/06541Lulus26/02/201527/02/201508:32:59
JAWATAN KOSONG11140/2015JAWATAN KOSONG KJM ALUMINIUM CAN SDN BHD JURUTEKNIK PENGELUARAN JURUTEKNIK ELEKTRIK JURUTEKNIK KAWALAN KUALITI PEMANDU TRAK ANGKAT SUSUN FAEDAH-FAEDAH *ELAUN MAKAN *ELAUN SHIF *ELAUN MAKAN KERJA LEBIH MASA *INSENTIF KEDATANGAN *BAYARAN KERMajlis Perbandaran NilaiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201503/08309Lulus27/03/201530/03/201515:57:57

Kembali ke atas