Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.bah] | تمبه

Definisi : 1. sesuatu yg ditokok pd sesuatu yg lain supaya menjadi lebih banyak, tokok, imbuh: berapa ~nya ukuran dada apabila di­kembangkan?; minta ~ minta lebih banyak, minta dilebihkan; tukar ~ menukar barang dgn wang; 2. bp = bertambah menjadi lebih banyak (besar, luas, dll): maka tentulah aku ~ gembira lagi; 3. bp = ditambah dijadi­kan lebih banyak (besar, luas, dll), ditokok, di­jum­lahkan: jika tawar ~lah gula lagi; tanda ~ tanda campur; 4. = bertambah semakin: lama diperhatikan Hitam tingkah laku wanita itu, ~ teranglah bahawa ia adalah se­­orang wanita yg kasar dan garang; ~ sen­tara yg ditambah utk keperluan sementara (bkn pekerja); bertambah 1. menjadi lebih (banyak, besar, kaya, dll): makin ~lah kasih sayang baginda akan Raja Ahmad itu; 2. diberi tokok (tam­bah) supaya menjadi lebih banyak, men­dapat tambah (tokok): pendapatannya ~ lima puluh ringgit; 3. semakin: hujan ~ lebat; ~ kurang semakin kurang, berkurang­an; ~ pula apa lagi, lebih-lebih lagi: imam khatib lagi ber­dosa, ~ pula kita yg jahil; ~ semakin kurang prb perihal kawan yg datang bukan utk mem­bantu melainkan menambah­kan kesusahan; bertambah-tambah 1. sentiasa bertambah, bertambah dgn beransur-ansur: diberi Allah ~ kebesarannya dan kemuliaannya; 2. semakin (banyak, besar, kuat, dll): lelaki bermuka cengkung itu menjadi ~ khuatir; ~ lagi = ~ pula tambahan lagi (pula), lebih-lebih lagi, apalagi, terutama pula: maka ~ pula picik pengetahuanku dlm ilmu menga­rang; menambah 1. menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dll): garamnya sudah cukup, tidak perlu ditambah lagi; menerima ini ber­erti ~ beban; 2. memberi tambah, menokok: memang ada peluang ~ jenis barang yg dike­luar­kan; 3. menjumlahkan dgn, mencampur: gajinya ditambah dgn gaji isterinya men­jadi­­kan gaji mereka berganda; 4. = ~ kata melanjutkan kata: beliau ~, tidak seorang pun kawan saya dlm kabinet yg menunjuk­kan minat dlm lumba kuda; menambahi memberi tambah pd, menokok (me­ngimbuh, menambah) pd: ~ apa yg ku­rang; menambahkan menambah sesuatu pd yg sudah ada supaya jadi besar (banyak dll): bunga wang itu ditambahkan pd pokoknya; mempertambah menjadikan bertambah (besar), memperbanyak, memperbesar, mem­perluas: adanya jalan itu ~ lagi hasil negeri; tambahan 1. sesuatu yg ditambahkan pd, imbuh, tokok: peraturan-peraturan dan ~-~ peraturan; 2. sesuatu (surat, keterangan, dll) yg dilampirkan, lampiran, pelengkap; ~ pula = ~ lagi lebih-lebih lagi, apalagi; kata ~ kata yg menerangkan kata kerja atau kata sifat; pertambahan perihal bertambah: penduduk luar bandar sedang mengalami ~ besar; penambahan 1. perihal menambah (menam­bahi, menambahkan), perihal memberi tam­bah­an pd; 2. perihal memberi imbuhan pd kata pokok; penambah 1. sesuatu yg menambah; 2. imbuhan (yg ditambah pd kata pokok); 3. angka yg bercampur dgn angka lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.bah] | تمبه

Definisi : sesuatu yg ditokok pd sesuatu yg lain supaya menjadi lebih banyak, lebih besar dll; tokok; imbuh: Utk pesanan luar negara, berapa ringgit ~nya?. minta ~ minta supaya diberi lebih banyak lagi. bertambah 1 menjadi lebih banyak, lebih besar dll: Tanah sawah eloklah dibubuhi baja supaya ~ hasilnya. 2 mendapat atau memperoleh tambah (bkn gaji, pendapatan dll): Gajinya ~ lima puluh ringgit. 3 menjadi lebih besar, lebih kuat dll; semakin: Hujan ~ lebat. bertambah-tambah sentiasa bertambah keadaannya; bertambah sedikit-sedikit. menambah 1 men­jadikan lebih besar, lebih kuat dll: Universiti tsb akan ~ bilangan penuntutnya dr setahun ke setahun. 2 memberi tam­bah; menokok: Wang biasiswanya itu tidak cukup dan bapanya terpaksa ~ RM50/- tiap-tiap bulan. menambahi memberi tambah pd; menjadi sbg tam­bah pd: Sepatah pengajaran ~ akal, lebih baik drpd emas berbungkal. menambahkan menjadikan sesuatu sbg tambah: ~ asid pd bes. tam­bahan sesuatu yg ditambahkan; tokok: ~ pula (lagi) lebih-lebih lagi. pertambahan perihal bertambah: Kawalan harus dilakukan terhadap ~ penduduk. penambahan perbuatan (hal dsb) menambah, menambahi atau menambahkan. penambah 1 sesuatu yg digunakan utk menambah. 2 imbuhan spt ber-, ter-, -kan yg ditambahkan pd sesuatu kata akar (kata dasar). 3 angka yg dicampurkan pd angka lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Saya nak mandi tambatan banyak,
     Tambah pula ada buaya;
Saya nak berbini hutang banyak,
     Tambah pula hina dina.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Kurang tambah menambah,
     senteng bilai-membilai.

Bermaksud :

Bertolong-tolongan dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. senteng = kurang cukup; bilai = sambung.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Peluang tambah Pendapatan1169/2014Peluang Tambah Pendapatan Secara SambilanTiadaInsuransTiadaDBP/KPB/201401/03487Lulus23/01/201424/01/201410:29:37
Peluang Tambah Pendapatan1520/2014Peluang Tambah Pendapatan Secara SambilanTiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201401/03564Lulus23/01/201425/01/201419:56:33
Peluang Tambah Pendapatan1519/2014Peluang Tambah Pendapatan Secara SambilanTiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201401/03563Lulus23/01/201425/01/201419:54:02
RESTORAN SATU TAMBAH SATU29457/2015RESTORAN SATU TAMBAH SATUMajlis Perbandaran Sungai PetaniMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201507/08863Lulus25/07/201530/07/201507:47:05
TBM segalanya TAMBAH Senyuman!22871/2014TBM segalanya TAMBAH Senyuman!Dewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201409/05240Lulus26/09/201430/09/201407:48:22
TAMBAH RM 1 DAPAT KANTA PHOTOGREY65431/2016Buy optical Frame top up Tambah Rm 1 DAPAT Kanta Photogrey Beli Bingkai Cermin Mata 100% UV protection NAIK TARAF UPGRADE AutomatiK Tertakluk pada terma dan SyaratMajlis Perbandaran SelayangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201701/11062Lulus30/12/201603/01/201708:39:52
TBM segalanya TAMBAH Senyuman!22874/2014TBM - Tan Boon Ming segalanya TAMBAH Senyuman!- beri servise yang baik dan beri suasana yang mesra untuk customerDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201409/05323Lulus26/09/201430/09/201415:43:01
HOTLINK21245/2014SUPER JIMAT TAMBAH NILAI 5 MINIT + 50 SMS DENGAN TAMBAH NILAI RM10Majlis Perbandaran JasinHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201409/04015Lulus12/09/201415/09/201412:35:08
DATANGLAH BERAMAI - RAMAI45339/2016KESALAHAN PERTAMA SURUH TAMBAH "MELALUI" KAEDAH PEMAMPATAN UDARA.7.9.16. PEMBETULAN KE2 SURUH TUKAR KEPADA "MENGGUNAKAN" KAEDAH PEMAMPATAN UDARA. SEKEJAP SURUH TAMBAH MELALUI SEKEJAP SURUH TUKAR KEPADA MENGGUNAKAN.MANA SATU BETUL?Majlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201609/10463Lulus14/09/201614/09/201614:00:27
tambah papan iklan31835/2017Untuk Lelaki SahajaMajlis Perbandaran ManjungHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/20073Lulus30/05/201731/05/201715:15:59
12345678910...

Kembali ke atas