Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.bus] | تبوس

Definisi : bertebus (telah) ditebus: harta benda yg ditinggalkan oleh ibu bapanya dahulu itu terjual dan tergadai hilang tidak ~;menebus 1. membayar wang utk mendapat­kan kembali barang-barang yg tergadai: barang-barang yg digadai dahulu sudah ditebus; 2. membeli kembali barang-barang (harta dll) yg telah dijual: kau mesti mengum­pulkan wang utk ~ kembali segala harta ibu bapamu yg kaujual dahulu itu; 3. membayar wang dll utk membebaskan (hamba, sandera, orang tawanan, dll): orang Quraisy ~ orang tawanan dgn harta benda yg dibayar kpd orang Islam; 4. menukarkan cek dll dgn wang di bank: hendaklah sekolah membuat per­hubungan dgn bank supaya bank bersedia menerima cek-cek ini drpd guru-guru yg ~nya; 5. Id mengambil barang catuan dll dgn menyerahkan kupon dll; 6. berbuat jasa (ke-baikan dll) utk menghapuskan sesuatu ke-salahan (dosa dll): dia kurang berani, kurang insaf, dia harus ~ dosanya; 7. mem­bela kekalahan (kegagalan dll), memulihkan kehormatan (nama baik dll), menutup malu: dgn jalan ini Singapura berjaya ~ kerugian yg telah dialaminya dlm bulan September yg lalu; 8. membalas jasa (budi, kebaikan, dll) yg diterima: tiap-tiap kebaikan itu akan ditebus kelak; 9. menepati janji dll yg telah dibuat, menunaikan (janji dll); 10. menye­lamat­kan (jiwa, nyawa, dll) orang dlm bahaya; 11. mengorbankan (jiwa, harta benda, dll) utk mendapatkan sesuatu: kejayaan beliau sekarang ini ditebus dgn pengalaman dan penderitaan hidup yg pahit; 12. mengikat jamin (orang yg ditahan polis dll): ayah telah mengambil wang dan segera pergi ke mah­kamah utk ~ Mak Jah; ~ malu melakukan sesuatu utk menutup malu; ~ talak meminta supaya diceraikan dgn membayar kembali mahar kpd suami; tertebus dapat ditebus;tebusan 1. sesuatu yg ditebus; 2. (wang dll) utk menebus: kalau dapat menculik anak doktor itu, kami dapat minta wang ~ yg besar; ~ darah bela, tuntutan bela; hamba (orang) ~ orang yg menjadi hamba kerana hutang, budak belian; penebusan perihal menebus: maka banyaklah harta yg terkumpul hasil drpd ~ orang-orang tawanan Quraisy itu;penebus 1. orang yg menebus; 2. apa yg boleh atau yg digunakan utk menebus: darah-nya mahu menjadi ~ darah ayah dan ibuku; taraf haji mabrur sahaja yg dapat menjadi ~ kpd segala dosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.bus] | تبوس

Definisi : ark tembus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.bus] | تبوس

Definisi : ; menebus 1 membayarkan wang utk mengambil kembali barang-­barang yg telah digadaikan. 2 membeli balik barang-barang yg telah dijual. 3 membayarkan wang dll utk membebaskan orang tawanan, hamba dsb: Dia telah ~ anaknya yg diculik dgn membayar sejuta ringgit. 4 membayarkan wang kpd suami supaya menceraikannya (bkn seseorang isteri): ~ talak. 5 membela sesuatu kekalahan atau kegagalan; menutup malu: Dgn kemenangan itu, dia telah berjaya ~ kekalahannya tempoh hari. 6 berbuat kebajikan utk menghapuskan dosa yg telah dilakukan: Dia membanyakkan amal ibadat utk ~ dosanya. ~ guna menjalankan usaha dsb utk membaiki keadaan tanah supaya menjadi sesuai utk digunakan (utk bercucuk tanam, membina bangunan dll). tebusan 1 sesuatu yg ditebus. 2 wang dll utk menebus. penebusan perbuatan atau hal menebus. penebus 1 orang yg menebus sesuatu. 2 apa-apa yg digunakan utk menebus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tebus
Kata Terbitan : menebus, penebusan, penebus,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
tebus bauchar BB1M8398/2015tebus BB1MMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201503/06153Lulus11/03/201513/03/201509:33:18
tebus bauchar4796/2014tebus BB1MMajlis Bandaraya Shah AlamKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201403/03648Lulus17/03/201417/03/201411:19:43
MENANG DAN TEBUS8205/2014MENANG DAN TEBUSMajlis Perbandaran Ampang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201404/04437Lulus24/04/201425/04/201409:08:52
tebus BB1M16882/2016smo bookstoresPerbadanan PutrajayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/10803Lulus13/04/201614/04/201608:41:46
tebus BB1M16881/2016smo bookstoresMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201604/10734Lulus13/04/201614/04/201607:57:22
Caltex7473/2015- Kumpul dan tebus mata ganjaran di lebih 2800 peruncit BCARD! - Daftar di stesen Caltex sekarang! -Nikmatilah PerjalannmuMajlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201503/05407Lulus05/03/201506/03/201515:41:15
banner baucher buku3140/2014tebus baucher bukuMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201402/03920Lulus21/02/201424/02/201413:53:35
Caltex_JCard EduCampaign28617/2014Kumpul dan tebus mata ganjaranMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201411/05254Lulus19/11/201421/11/201408:53:35
Gipsy Tower - Japan7430/2017ALAMI KEAJAIBAN JEPUN ISTANA HIROSAKI AOMORI HUTAN BULUH KYOTO TEMBOK SALJI OTANI TOYAMA KAISEN-DON NAGASAKI TEBUS FONKEPALA LIPAT* PERCUMA DENGAN SEBARANG PEMBELIAN PAKEJ PELANCONGAN KE JEPUN DI: * APPLE VACATIONS & CONVENTIONS SDN.Majlis Bandaraya Johor BahruPelanconganTiadaDBP/KPB/201702/12830Lulus20/02/201721/02/201709:17:55
PAKEJ KACA MATA18220/2017FOCUS POINT SEKSYEN 14 PAKEJ KACA MATA *Tertakluk pada terma dan syarat *Sementara stok masih ada *Gambar adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. BAYARAN ANSURAN TANPA FAEDAH + TEBUS MATA GANJARAN SERTA-MERTA PEMERIKSAAN MATA BERKOMPUTER PERCUMA BAYAPihak Berkuasa TempatanOptikTiadaDBP/KPB/201703/19624Lulus29/03/201730/03/201722:31:48
12

Kembali ke atas