Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.lur] | تلور

Definisi : benda yg mengandungi lembaga anak (bkn beberapa jenis binatang spt unggas, serang­ga, ikan, reptilia, dll) yg umumnya bersalutkan kulit yg keras: ~ ayam; ~ ikan; ~ katak;~ asin = ~ masin telur ayam (itik) yg diasin-kan; ~ belangkas sj kuih; ~ bungkus = ~ kemungkus = ~ tembelang telur yg tidak dapat menetas dan menjadi busuk; ~ busuk = ~ selasih sebarang telur yg busuk; ~ cacak = ~ joran = ~ merah bunga telur (dlm majlis perkahwinan); ~ dadar telur (ayam dll) yg diaduk lalu digoreng; ~ gabus a) telur ikan gabus; b) sj penganan yg dibuat drpd tepung beras (terigu) dan rupanya spt telur ikan gabus; ~ kubis (kol) bakal bunga yg ada dlm kubis; ~ kemeruk = ~ kemuruk = ~ sembohok telur yg menjadi busuk setelah lembaganya terjadi; ~ mata sapi = ~ mata lembu telur ayam yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan merahnya); ~ rebus telur yg direbus sehingga keras isinya; ~ separuh masak telur yg dimasak dgn cara merendamnya dlm air mendidih selama lebih kurang 7 minit (supaya tidak masak keras spt telur rebus); ~ terubuk telur ikan terubuk; masih dlm ~ a) masih dlm kandungan ibu; b) belum wujud lagi (masih dlm rancangan dll);ibarat ~ sesangkak, pecah satu pecah semua­nya = spt ~ dua sebandung, pecah satu pecah keduanya prb orang yg semuafakat itu sama hidup sama mati dan tidak berubah setianya; spt ~ di hujung tanduk prb orang yg dlm keadaan yg amat sulit (salah sedikit dapat bahaya); bertelur, menelur ark 1. mengeluarkan telur: sungguhpun katak hidup di darat, tetapi biasanya ia kembali ke air utk menga­wan dan ~; 2. bp buang air besar, berak; 3. ki meng­­­gugurkan bom (dr kapal terbang), menge­­­bom; 4. ki mendatangkan hasil (keuntungan); menelurkan 1. mengeluarkan telur, ber­telur; 2. ki bp menerbitkan, menciptakan, meng-hasilkan, mewujudkan: percubaannya itu tidak ~ hasil; perbincangan antara menteri-menteri luar tiga kuasa besar mungkin akan ~ suatu sidang kemuncak; 3. menggugurkan (menjatuhkan) bom, mengebom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lur] | تلور

Definisi : ~ ayam sj tumbuhan (pokok renek), (se)gerang, hempedu tanah, jentik betina, nyarum, sedoman, semputih kecil, serawai jan-tan, Psychotria rostrata; ~ belalang sj tumbuh­an (rumpai), Sporobolus dianders; ~ buaya sj tumbuhan (pokok), bunga peresau, bunga tanjung hutan, kemap-kemap, petaling gajah, sangah, selimbar, Homalium longifolium; ~ cicak sj tumbuhan (pokok kecil), gelincik, kesami, keteng, lengketing, Myrica farquha­riana; ~ ikan sj tumbuhan (rumput), kerunung padi, metubung, Panicum repens; ~ kodok biji drpd sj tumbuhan (Hygrophila odorata); akar ~ bujuk sj tumbuhan (akar yg berteras), akar kacang-kacang, akar nyamuk, Agelaea vestita; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Xanthophyllum excelsum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.lur] | تلور

Definisi : benda bulat bujur yg biasanya berkulit keras dan berisi lembaga anak (bagi beberapa jenis binatang spt ayam, penyu, burung): ~ ayam; ~ burung. ~ asin (masin) telur ayam atau telur itik yg telah diasinkan. ~ dadar telur yg diaduk lalu digoreng. ~ kemuruk (tembelang) telur yg tidak dpt menetas dan menjadi busuk. bertelur 1 mengeluarkan telur. 2 ki ada hasilnya (keuntungannya dsb); berhasil. menelurkan mendatangkan sesuatu; menerbitkan; menghasilkan: Usaha itu ~ hasil yg baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telur (kata nama)
Kata Terbitan : menelurkan,

Puisi
 

Banyak-banyak telur merbuk,
     Tidaklah sama telur merpati;
Banyak mabuk perkara mabuk,
     Mabuk yang mana sakit sekali.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Telur hari ini,
     lebih baik daripada anak ayam besok.

Bermaksud :

Pendapatan hari ini lebih baik daripada pendapatan besok.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PEMBORONG TELUR24783/2017PEMBORONG TELUR (DIMILIKI OLEH: PASIR MAS TELUR) BIGPOLY SUPPLIESMajlis Daerah BesutKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201704/18539Lulus25/04/201726/04/201715:16:34
Breakfast D' Grand Platter Campaign (1 Dec '16)57668/2016Senang Pagi-pagi. Cita rasa mewah. d' Grand Platter ™. Waktu terhad. Pilih telur mata atau telur hancur.Pihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201611/13285Lulus17/11/201618/11/201610:04:28
TELUR PINDANG34051/2015TELUR PINDANG 019-3621003 TEMPAHAN PERTUNANGAN & PERKAHWINANMajlis Perbandaran Ampang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201508/07375Lulus27/08/201527/08/201514:55:19
PENBORONG TELUR6638/2015PENBORONG TELURMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201502/06594Lulus27/02/201527/02/201515:26:30
PEMBORONG TELUR35641/2015PEMBORONG TELURTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201509/06693Lulus09/09/201510/09/201508:50:04
PEMBEKAL TELUR27551/2015PEMBEKAL TELURTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201507/07192Lulus09/07/201509/07/201514:06:53
PEMBEKAL TELUR27548/2015PEMBEKAL TELURTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201507/07521Lulus13/07/201513/07/201515:57:13
PEMBEKAL TELUR6639/2015PEMBEKAL TELURTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201502/06595Lulus27/02/201527/02/201515:28:34
PEMBEKAL TELUR DAN PLASTIK26571/2016PEMBEKAL TELUR DAN PLASTIKTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201605/13533Lulus30/05/201631/05/201611:56:02
PEMBEKAL TELUR SEGAR IMPIAN23811/2017MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENGHANTARAN TELUR SEGARMajlis Perbandaran KluangKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201704/17945Lulus19/04/201721/04/201710:19:50
123456

Kembali ke atas