Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ras] | ترس

Definisi : (téras) IB teres. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ras] | ترس

Definisi : 1. bahagian yg keras dlm batang kayu, hati kayu: Sanah tidak sanggup membelah batang-batang pinang itu, kulitnya sama keras dgn ~ kayu nangka; 2. bahagian beras dll yg sudah dibersihkan; 3. ki sesuatu yg terpenting (terutama), isi yg terpenting (terbaik), sesuatu yg menjadi asas atau dasar (bagi sesuatu), intisari: pantunlah yg menjadi ~ puisi Melayu lama dlm kesusasteraan Melayu; orang-orang ini yg akan menjadi ~ negara; orang-orang Jepun tidak pernah lupa pd ~ sebenar kemajuan, iaitu membaca; ~ bumi bahagian tengah bumi yg cair; ~ terhunjam, gubal melayang, bertinting bertampi ~, gubal melayang ~ tinggal prb orang bangsawan akan lebih dimuliakan walaupun tidak berharta; meskipun tertimbun dlm tanah, namun ~ timbul juga prb orang yg berbudi baik itu sekalipun dlm keadaan melarat akan tetap berbudi dan berhati mulia; bertemu ~ dgn beliungnya prb dua orang yg berselisih dan sama-sama tidak mahu mengalah; berteras mempunyai (ada) terasnya: tumbuh-tumbuhan herba tidak ~; ~ ke dlm orang yg tidak kelihatan kekayaan atau kecerdikannya; ~ ke rusuk orang yg dikuasai oleh kaum keluarganya; ~ keluar bagai pimping prb tampak di luar sahaja bagus (kaya dll) tetapi sebenarnya melarat; di manakah ~ kayu mahang prb janganlah diharapkan yg mustahil; berteraskan ki mempunyai sbg teras (asas, dasar), berasaskan, berdasarkan: Rasulullah telah berjaya menyatupadukan ketiga-tiga kaum itu di bawah perpaduan yg ~ agama Islam; menerasi menjadi teras kpd: Islamlah yg ~ keperibadian Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ras] | ترس

Definisi : Id simen yg dibuat drpd serbuk tanah yg keras (sj batu yg terjadi drpd pasir atau tanah, cadas). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ras] | ترس

Definisi : 1 bahagian yg keras dlm batang kayu; hati kayu. 2 besi dsb yg dililiti wayar (dlm elektromagnet atau dlm transformer) utk menguatkan medan magnetnya. 3 ki sesuatu yg terpenting atau yg utama; sesuatu yg menjadi asas atau dasar bagi sesuatu. ~ bumi bahagian di tengah-tengah bumi. berteras mempunyai atau ada terasnya: Pokok herba tidak ~. berteraskan mempunyai sesuatu sbg teras (asas dsb); berasaskan; berdasarkan: Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah ~ kebudayaan Melayu. menerasi menjadi teras (unsur pen­ting) kpd: Jelas kelihatan bahawa agama dan adat ~ keperibadian mereka. ~ bumi bahagian di tengah-tengah bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teras (kata nama)
Bersinonim dengan asas, dasar, sendi, tapak, tonggak, lunas, pegangan, sandaran, landasan, tunjang, pokok, prinsip, rukun;,
Kata Terbitan : berteraskan,

Puisi
 

Kalau tidak teras bintang,
     Suluh menyuluh luar perahu;
Kalau hendak sendiri datang,
     Suruh menyuruh kita tak tahu.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Diindang ditampi teras,
     dipilih antah satu-satu.

Bermaksud :

Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Rumah Teras Dua Tingkat23776/2016Rumah Teras Dua TIngkatMajlis Daerah Kuala LangatPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201605/12980Lulus25/05/201626/05/201615:45:31
Rumah Teras Dua Tingkat5108/2016Rumah Teras Dua TingkatMajlis Perbandaran NilaiPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201602/06781Lulus01/02/201602/02/201609:31:54
Rumah Teras Dua Tingkat UNIT TERHAD16662/2016Rumah Teras Dua Tingkat Unit Terhad 490000Majlis Bandaraya Shah AlamPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201604/10148Lulus08/04/201608/04/201610:45:43
RUMAH TERAS 2 TINGKAT18812/2016TAMAN IMPIAN EMAS RUMAH TERAS 2 TINGKAT 24'X75' 07-5588888 WWW.IMPIANEMAS.MYMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201604/11926Lulus19/04/201620/04/201616:07:30
TAMAN TERAS INDAH MARAN17846/2016HAK MILIK KEKAL TAMAN TERAS INDAH MARAN RUMAH TERES 1 TINGKAT FASA 1 GOLDEN METRO DEVELOPMENT SDN BHD BAYARAN PEGUAM DAN SETEMMajlis Perbandaran TemerlohPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201604/11225Lulus14/04/201618/04/201609:36:18
TERFAKTAB3130/2016Terfaktab adalah sebuah syarikat penerbitan yang namanya diambil bersempena akronim bagi tiga patah perkataan; Teras, Fakulti dan Tabloid. Ia membawa maksud penerbitan sebagai teras, fakulti sebagai sistem dan tabloid sebagai produk.Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201601/09740Lulus19/01/201620/01/201614:15:08
TERAS GUARD SDN BHD11155/20174'H x 20'W SIGNBOARDMajlis Bandaraya Johor BahruPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201703/13557Lulus01/03/201702/03/201709:42:35
TERAS GADING SDN BHD15992/2016PEJABAT URUSANDewan Bandaraya Kuala LumpurPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201604/09645Lulus05/04/201606/04/201608:18:12
TERAS TEKNOLOGI2332/2014GUDANG DAN KERJA PEMASANGANMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201402/03193Lulus11/02/201411/02/201412:13:44
ZHE TERAS33438/2017PEJABAT URUSANMajlis Bandaraya Shah AlamPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201706/14584Lulus01/06/201702/06/201708:10:49
1234

Kembali ke atas