Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tia.da] | تياد

Definisi : 1. tidak ada: rumah itu berkunci sahaja kerana ~ orang yg mendiaminya; 2. tidak: ~ pernah kudengar; ~ berapa tidak terlalu (banyak, besar, dll); ~ dua hanya satunya, tiada taranya atau ban­dingannya; dgn ~ tanpa; tiadakan tiada akan, tidak akan: jika tuan hamba manusia ~ kata-kata ini keluar drpd mulut tuan hamba; meniada 1. menjadi tidak ada; 2. enggan menurut, mengatakan tidak; meniadakan 1. = mempertiadakan meng-anggap (mengatakan dll) tidak ada atau tidak mungkin, mengingkari, memungkiri: kita tidak boleh ~ atau menganggap sepi masalah-masalah ini; menentang ajaran-ajaran agama Islam samalah spt ~ Tuhan; 2. menjadikan tidak ada, menghapuskan, menghilangkan, meluputkan: sudahlah dgn takdir Allah, yg ada ditiadakan dan yg tiada diadakan; kerana kekurangan guru bebe­rapa mata pelajaran terpaksa ditiadakan tahun ini; 3. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan (kuasanya, haknya, dll); 4. mengabaikan, memperkecil: ~ kebolehan orang lain; peniadaan perihal meniadakan (meng­hapuskan, membatalkan, dll); ketiadaan 1. perihal tidak ada (sesuatu): ~ vitamin yg perlu dlm makanan boleh men­datangkan berbagai-bagai jenis penyakit; sukar bagi ahli-ahli sejarah mengkaji sejarah lama kerana ~ kesan-kesan yg bertulis; 2. perihal tidak mempunyai sesuatu, kepicikan (wang): menghadapi berbagai-bagai kesulitan kerana ~ wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tia.da] | تياد

Definisi : 1 tidak ada: Bapanya ~ di rumah. Orang itu ~ di sini. 2 tidak: Dia ~ mengerti. meniadakan 1 menganggap atau menyifatkan tidak ada. 2 menjadikan tiada; menghilangkan; menghapuskan. ketiadaan 1 keadaan atau hal tidak ada sesuatu atau seseorang; ~nya membuat kami tertanya-tanya. 2 mengalami atau menderita tiadanya sesuatu; kekurangan: Mereka menanggung berbagai-bagai kesusahan kerana ~ wang. peniadaan perbuatan atau hal meniadakan; penghapusan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiada
Kata Terbitan : meniadakan, peniadaan, ketiadaan,

Puisi
 

Hendak makan pinang tiada,
     Pinang ada di atas meja;
Ke sana tiada di sini tiada,
     Baru kutahu hatiku hampa.


Lihat selanjutnya...(121)
Peribahasa

Ibarat ayam: tiada mengais tiada makan.

Bermaksud :

Sangat miskin.

 

Lihat selanjutnya...(292)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
RESTORAN2091/2017TiadaPerbadanan PutrajayaTiadaTiadaDBP/KPB/201903/22362Lulus21/02/201722/03/201911:55:45
SPA2797/2017TiadaMajlis Perbandaran SerembanTiadaTiadaDBP/KPB/201903/22999Lulus06/03/201729/03/201915:55:40
RESTORAN2735/2017TiadaMajlis Perbandaran KajangTiadaTiadaDBP/KPB/201903/22891Lulus03/03/201728/03/201917:16:51
GLOBALART2698/2017TiadaMajlis Perbandaran SelayangTiadaTiadaDBP/KPB/201903/22830Lulus03/03/201728/03/201914:17:49
RESTORAN2383/2017TiadaMajlis Perbandaran SepangTiadaTiadaDBP/KPB/201903/22539Lulus27/02/201725/03/201917:17:00
RESTORAN2377/2017TiadaMajlis Perbandaran SepangTiadaTiadaDBP/KPB/201903/22532Lulus27/02/201725/03/201917:00:37
BUTIK2178/2017TiadaMajlis Perbandaran KajangTiadaTiadaDBP/KPB/201903/22501Lulus22/02/201725/03/201914:28:38
RESTORAN2153/2017TiadaMajlis Perbandaran SelayangTiadaTiadaDBP/KPB/201903/22474Lulus22/02/201725/03/201911:23:16
KAFE2147/2017TiadaMajlis Perbandaran SelayangTiadaTiadaDBP/KPB/201903/22469Lulus22/02/201725/03/201911:08:25
RESTORAN2113/2017TiadaMajlis Perbandaran SelayangTiadaTiadaDBP/KPB/201903/22389Lulus21/02/201722/03/201917:14:25
12345678910...

Kembali ke atas