Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ga] | تيݢ

Definisi : satu kurang drpd empat; ~ belas tiga campur sepuluh (13); ~ dimensi bentuk yg mempunyai lebar, panjang dan tinggi; ~ dlm satu terdiri drpd atau mempunyai tiga bahan, fungsi dsb dlm sesuatu barangan, kegiatan dll; ~ puluh tiga kali sepuluh (30); ~ pupu perhubungan persaudaraan antara orang yg moyang mereka adik-beradik; ~ suku a) tiga bahagian drpd empat, 75%; b) ki agak gila, gila-gilaan; ~ sudah berdiri habis prb sesuatu perbuatan itu memadailah dgn tiga perbandingan, iaitu ilmu, akal dan kemahiran; masuk ~ keluar empat prb perbelanjaan melebihi pendapatan; tiga-tiga setiap kali (baris, kelompok dsb) tiga: letakkan cawan itu ~; bertiga berjumlah tiga kesemuanya, tiga sekawan: mereka beriring berkawan-kawan, berdua, ~ dan beramai-ramai seiring; mereka tinggal ~ beranak di pondok itu; meniga menjadi yg ketiga; ~ hari meng­ada-kan kenduri tiga hari selepas meninggalnya seseorang; ketiga = yg ~ (yg) nombor tiga: anaknya yg pertama menjadi doktor, yg kedua seorang peguam dan yg ~ seorang jurutera; ketiga-tiga = ~nya = tiga-tiganya semua seramai atau sebanyak tiga (orang dll), ke­semua bertiga: maka pergilah aku menziarahi ~ makam itu serta membaca doa; ~ orang dlm kumpulan itu serentak mengangguk; pertiga bahagian drpd sejumlah tiga bahagian; sepertiga satu pertiga, satu bahagian drpd jumlah tiga bahagian, 33% (drpd sesuatu bilangan dll); mempertiga membahagi tiga; sepertigaan ark satu drpd tiga bahagian; ~ malam (yg akhir) larut malam (selepas tengah malam). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ga] | تيݢ

Definisi : akar ~ cabang = cabang ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), mentimun dendang, timun dendang lunjung, Trichosanthes cele­bica; rumput ~ segi sj tumbuhan (rumpai), Cyperus compressus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ga] | تيݢ

Definisi : bilangan dua ditambah satu; 3: ~ belas sepuluh dicampur tiga;13; ~ puluh tiga kali sepuluh; 30. ~ pupu perhubungan keluarga antara orang yg moyangnya adik-beradik. ~ suku a. tiga bahagian drpd empat bahagian. b. agak gila; gila-gila bahasa. bertiga sekelompok tiga banyaknya; tiga jumlahnya: Mereka ~ beranak tinggal di pondok itu. ketiga yg nombor tiga: Pemenang yg ~ menerima hadiah wang tunai lima puluh ringgit. ketiga-tiga kesemuanya berjumlah tiga: ~ anaknya sudah bersekolah. pertiga bahagian drpd sesuatu yg dibahagi tiga: se~ satu bahagian drpd jumlah tiga bahagian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tiga

Puisi
 

Tiga petak tiga penjuru,
     Tiga ekor kumbang dalam;
Teresak-esak menanggung rindu,
     Sampai tak tidur siang malam.


Lihat selanjutnya...(115)
Peribahasa

Celaka tiga belas.

Bermaksud :

Malang sekali.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
kedai makanan dan minuman tiga tiga tiga27875/2017bm dan bcMajlis Daerah BentongMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201705/15371Lulus08/05/201711/05/201708:55:54
RESTORAN53017/2015RESTORAN WK TIGA TIGA NO. 22B, JALAN KHOO TEIK EE, DI JALAN IMBI, 55100 KUALA LUMPUR. DIMILIKI OLEH: RESTORAN WK TIGA TIGA (002446111-D)Dewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201512/09788Lulus28/12/201529/12/201507:52:09
KEDAI RUNCIT5276/2016KEDAI RUNCIT TIGA TIGAMajlis Daerah BentongKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201602/07072Lulus03/02/201603/02/201610:10:38
Pusat Latihan Nyanyian Tiga Puluh Tiga10844/2015TiadaMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201503/08302Lulus30/03/201530/03/201515:51:08
Big Triple Box42885/2015tiga kali kegemaran, tiga kali kerianganTiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201510/10134Lulus26/10/201526/10/201514:55:40
Batu Tiga Car Wash51261/2016Pusat Cuci Kereta Batu Tiga Car Wash & Detailing Dimiliki Oleh: Denai Alam Carwash No. Lesen MPSJ:Majlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201610/13405Lulus18/10/201619/10/201609:57:32
RESTORAN AYAM PENYET TIGA ABDUL26622/2016RESTORAN AYAM PENYET TIGA ABDULMajlis Daerah KulaiMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201605/13555Lulus30/05/201631/05/201613:58:43
TNB 462746/2016"Enjit-Enjit semut siapa sakit naik atas", "Lagu tiga Kupang Saku Penuh Padi" & "Nenek-nenek si bongkok tiga" merupakan lirik lagu kanak2.TiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/12140Lulus14/12/201615/12/201611:28:00
TIGA KELEBIHAN8543/2015TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201805/20386Lulus09/09/201515/05/201816:58:29
TIGA KEDAI UNTUK DISEWA60420/2016FEI FEIPihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201612/10510Lulus30/11/201601/12/201615:28:24
12345678

Kembali ke atas