Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.long] | تولوڠ

Definisi : = minta ~ minta bantuan (sokongan); tolong-bertolong, bertolong-tolongan, tolong-menolong bantu-membantu, saling membantu; menolong, menolongi 1. membantu (dgn tenaga, wang, fikiran, dll): sedangkan ke sawah menolongi aku yg hina ini kau tak berasa gentar dan malu; aku tidak mem­punyai wang utk ~mu; sewaktu memunggah barangnya ke dlm lori Wak Seman ditolongi tetangganya; 2. melepaskan diri drpd bahaya dll, menyelamatkan: dialah yg ~ aku drpd mati lemas; 3. dapat meringankan penderita-an dll, dapat menyembuhkan drpd penyakit dll, dapat menyelamatkan drpd bahaya dll: bantuan doktor yg diminta tidak dapat ~nya; ~ wang (fikiran, tenaga) menolong dgn wang (fikiran, tenaga); menolongi nyawa mele­paskan diri drpd bahaya maut; tertolong (sudah) ditolong, diselamatkan; tolongan ark = pertolongan; ketolongan beroleh pertolongan hingga selamat: agar ibunya ~; pertolongan perihal (perbuatan dsb) meno-long, sesuatu (yg digunakan) utk meno­long, bantuan, sokongan: dgn rahmat dan ~ Allah; ~ cemas pertolongan yg mula-mula (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.long] | تولوڠ

Definisi : ; minta ~ minta bantuan atau sokongan. tolong-menolong, ber­tolong-tolongan saling membantu; bantu-membantu. menolong 1 mem­bantu dgn wang, tenaga dll utk me­ringankan penderitaan dsb: Anak itu ~ bapanya menuai padi. 2 melepaskan atau menyelamatkan seseorang atau sesuatu drpd bahaya: Dia yg ~ saya semasa berlaku kebakaran itu. pertolongan 1 perbuatan atau hal memberi bantuan: Dgn ~ doktor, anaknya dpt diselamatkan. 2 = tolongan apa-apa yg diberikan utk menolong; bantuan; sokongan. penolong 1 orang yg menolong: ~ Pengarah. 2 alat dll yg digunakan utk menolong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolong
Kata Terbitan : bertolong-tolongan, menolong, pertolongan, penolong,

Puisi
 

Kalau abang pandai merebat,
     Tolong rebat pokok keranji;
Kalaulah abang pandai mengubat,
     Tolonglah cari ubat tak mati.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Bak anjing tersepit.

Bermaksud :

Ketika menderita merendah diri meminta tolong, terlepas daripada kesusahan, meninggikan diri kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing terpanggang ekor, b. Bagai anjing tersepit di pagar).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Tolong translate ke JAWI31470/2016TOLONG TRANSLATE "PENGEDAR MINYAK" KE JAWIMajlis Perbandaran KemamanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201606/13598Lulus24/06/201627/06/201611:13:24
Tolong tukar melayu kepada jawi31047/2016Tolong tukar perkataan ini kepada Jawi Pengedar MinyakMajlis Perbandaran KemamanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201606/13296Lulus22/06/201624/06/201608:27:09
SEPANDUK40132/2016TOLONG SEMAK. TERIMA KASIHMajlis Perbandaran Pasir GudangPakaianTiadaDBP/KPB/201608/10191Lulus15/08/201616/08/201609:12:56
Taman Bidara Emas JAWI - Tolong Check JAWI5899/2016Taman Bidara EmasMajlis Perbandaran Alor GajahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201602/07403Lulus05/02/201605/02/201612:38:24
SEPANDUK53113/2015TOLONG PERIKSA DENGAN BAIK-BAIK LAGI SEKALI. DI DALAM BANNER INI TAK ADA LETAK HARGA DAN APA ITU SPA SANTAI? INI PERMOHONAN UNTUK BANNER.Majlis Perbandaran Subang JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201512/10108Lulus30/12/201530/12/201514:39:54
CK world - Bunting29072/2014tolong semakkan.terima kasihMajlis Daerah BentongHiburanTiadaDBP/KPB/201411/05808Lulus28/11/201428/11/201411:52:11
pusat education27571/2014TOLONG CADANGAN BAHASA MELAYU......Majlis Daerah KulaiMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201411/04519Lulus13/11/201413/11/201412:47:03
IKAHOMES1275/2014Tolong Nasihatkan Perkataan-Perkataan Yang Perlu Ditejermahkan. Terima kasihMajlis Bandaraya Alor SetarPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201401/03436Lulus21/01/201422/01/201414:46:49
CBC Bunting33706/2016Tolong Check Bahasa tajuan Betul Tak Sekian Terima kasihMajlis Bandaraya Shah AlamPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201607/10022Lulus13/07/201613/07/201616:19:41
CBC Bunting33705/2016Tolong Check Bahasa tajuan Betul Tak Sekian Terima kasihMajlis Bandaraya Shah AlamPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201607/10021Lulus13/07/201613/07/201616:19:23
123456

Kembali ke atas