Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sesuatu yg ditarik dgn tali di belakang perahu; kail ~ kail yg ditarik di belakang perahu; pukat ~ pukat yg ditarik di belakang bot dll; sampan ~ sampan yg berisi muatan (ditarik oleh kapal yg kecil-kecil); tali ~ tali utk menarik pukat (sampan dll); bertunda 1. sedang menarik sampan tunda (kapal, sekoci, dll); 2. ki berikut-ikut, ber­turut-turut: beberapa kali orang melihat Lajim balik bersaingan dan ~ dgn Saodah; bertunda-tunda 1. sl berduyun-duyun dgn banyaknya, berbondong-bondong: rakyat ~ menuju ke padang tempat orang berperang itu; 2. ki berjalan dll berikut-ikut (berturut-turut): anjing itu berlari-lari dan di belakang­nya ~ anaknya; menunda 1. menarik sampan dll dgn tali: sebentar kemudian dgn ~ perahu si Tenggang, mereka pun berkayuh balik ke pantai; 2. ki mengikut dr belakang, mengikut, mengiringi: orang tua itu sedang mengingat peristiwa kematian isterinya yg ditunda dgn kematian anak-anaknya; Pak Sudin masuk ke dlm bilik hadapan dan Yusof ~nya dr belakang; penundaan perihal (perbuatan atau kerja) menunda: ~ kereta yg rosak di lebuh raya itu telah diswastakan kpd sebuah syarikat tempatan; penunda sesuatu yg digunakan utk menunda (menarik); kapal ~ kapal penarik (sampan dll); ~ kereta orang yg kerjanya menunda kereta yg rosak atau remuk akibat kema­langan; tali ~ tali utk menarik sampan dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menunda menghentikan buat sementara waktu dan di­langsungkan pd waktu lain; menangguhkan: Penge­rusi kumpulan itu telah ~ mesyuarat ke minggu hadapan. tertunda terhenti; di­­tangguhkan. penundaan per­buatan atau hal menunda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunda
Kata Terbitan : bertunda-tunda, menunda,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PROGRAM BANTUAN BANJIR TOYOTA440/2015Program Bantuaan Banjir - Diskaun 25% (Jumlah Invois) - Khidmat Trak Tunda Percuma - Cucian Kereta percuma ( Luar & Enjin) - Pelan Pembayaran Ansuran Faedah 0%Pihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201501/04325Lulus06/01/201507/01/201512:10:38
HINO18489/2016HINO GENUINE PARTS ( INI ADALAH LOGO ) KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN PELANGGAN DIUTAMAKAN 24 JAM PERKHIDMATAN TUNDA UNTUK LORI UNTUK SEMENANJUNG MALAYSIA TALIAN BEBAS TOL 1800-88-3666 TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT TECK LEE MOTOR AGENCY SDN BHD TELMajlis Perbandaran TemerlohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/11721Lulus19/04/201620/04/201607:50:49
IDE WELDER &TOWING SERVICE16041/2015IDE WELDER&TOWING SERVICE BENGKEL MENGIMPAL KENDERAAN DAN PERKHIDMATAN TUNDA KENDERAANMajlis Perbandaran KluangAksesori dan Alat Ganti KeretaTiadaDBP/KPB/201504/08970Lulus30/04/201530/04/201515:18:52

Kembali ke atas