Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tun.jang] | تونجڠ

Definisi : ; akar ~ akar yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menguatkan pendirian pokok); bertunjang 1. ada akar tunjangnya (tumbuh-tumbuhan); 2. ki berpegang teguh (pd), berasas (pd), bersandar (pd): ajaran mereka itu tidak ~ pd agama, tidak bersandar pd logik; ~ kayu ara, ~ pula mali-mali prb orang hina dan miskin hendak menyerupai orang mulia dan kaya; bertunjangkan ki berasaskan, berdasarkan, bersandarkan: Hassan Ali akan mewakili generasinya dlm bidang penulisan cerita-cerita pendek lucu dan menyindir yg ~ jiwa orang Melayu; kenyataan ini ~ fakta bahawa bahasa baku adalah ragam yg dihubungkan dgn suasana rasmi dan formal; menunjang 1. menyokong (menopang, menongkat, dll) supaya jangan rebah atau runtuh; 2. = menunjangi memberi sokongan dsb, menolong menjadikan (lebih) kukuh (berkesan, berpengaruh, dll), membantu: se-masa aku sekolah, mamakku turut ~ belan­ja­ku itu dgn wang; dunia kesusasteraan masa kini masih dikuasai dan ditunjangi oleh golongan penulis veteran yg telah lama berkarya; tunjang-menunjang saling bantu-membantu: saling bertukar pengalaman, pandangan, dan pendapat serta ~ dlm setiap gerakan dan kegiatan sasterawan; tunjangan bantuan (berupa wang dll) yg diberikan, pertolongan, sokongan: kaum penganggur di sini mendapat ~; penunjang 1. orang yg memberi tunjangan (bantuan dll), penyokong; 2. orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tun.jang] | تونجڠ

Definisi : Mn bahagian badan dr lutut hingga ke tapak kaki; ~-tonjet terlompat-lompat ke sana ke mari; panjang ~ panjang kaki; tuak terbeli, ~ hilang prb mendapat kecelakaan (kekecewaan); menunjang ark 1. menendang, menerajang; 2. Jw melanggar, membentur, menubruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tun.jang] | تونجڠ

Definisi : sesuatu yg menjadi asas dan menopang sesuatu yg lain: Amanah merupakan ~ pertumbuhan sesuatu masyarakat yg baik dan berharmoni. akar ~ akar dr batang dan tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah. bertunjang berpegang teguh atau bersandar pd. menunjang 1 menyokong supaya tidak rebah atau tidak condong. 2 memberikan bantuan atau sokongan. tunjangan bantuan atau pertolongan berupa wang dll yg diberikan. pe­nunjang 1 orang yg memberikan tunjangan atau bantuan; penyokong. 2 orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunjang
Kata Terbitan : bertunjangkan, menunjang, tunjangan, penunjang,

Puisi
 

Tetak belimbing condong ke dapur,
     Tetak tunjang dari dahan;
Minta sirih dengannya kapur,
     Minta sekali dengan tuan-tuan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Malang celaka Raja Genggang,
     tuak terbeli tunjang hilang.

Bermaksud :

Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuak terbeli, tunjang hilang). tuak = nira yang diberi beragi; tunjang = kaki.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PUSAT FISIOTERAPI DAN REHABILITASI42281/2016RAWATAN PEMULIHAN STROK, PEMULIHAN LUMPUH, PENGURUSAN KESAKITAN OTOT, SENDI, LUTUT,TENGKUK,BAHU, KECEDERAAN AKIBAT BERSUKAN, RAWATAN SARAF TUNJANG DAN RAWATAN PEDIATRIKMajlis Bandaraya IpohPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201608/12049Lulus25/08/201626/08/201615:30:31
KLINIK MEDIVIRON ALAM JAYA (Papan sisi)2231/2016Perkhidmatan kecantikan Nurrha/Nurrha aesthetics Perkhidmatan kesihatan Nurrha/Nurrha wellness Antipenuaan/Anti Aging LASER/Laser Sel Tunjang(Sel Dasar)/PRP(stem cell) Masalah kulit/Skin problems Melangsingkan badan/Slimming ACNE/Jerawat 2/3/4D UMajlis Daerah Kuala SelangorHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201601/10463Lulus26/01/201626/01/201614:56:50
ZMN Family Services Sdn Bhd21286/2015Z bermaksud zamrud, M bermaksud management dan N bermaksud networking. Nama syarikat ini dipilih kerana merupakan pejabat urusan yang menjadi tunjang utma syarikat.Majlis Perbandaran Alor GajahPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201506/07128Lulus10/06/201511/06/201508:02:38

Kembali ke atas