Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.pai] | توڤاي

Definisi : sj binatang yg mengerip (mengunggis), bajing; jenis-jenisnya: ~ akar sj tupai, Tupaia ferruginea; ~ belang = ~ galang perahu, Lariscus spp.; ~ biji nangka = ~ naning sj tupai, Rhinosciurus laticaudatus; ~ gading sj tupai, Callosciurus prevostii; ~ kampung = ~ kelapa = ~ merah = ~ nyiur sj tupai, Callos-ciurus notatus; ~ kerawak hitam = ~ janjang = ~ nandung sj tupai, Ratufa bicolor; ~ kericik = ~ lengkuas sj tupai, Nannosciurus exilis; ~ tanah belang pendek sj tupai, Tupaia tana; ~ tanah belang panjang sj tupai, Tupaia dorsalis; bagai ~ bergelut prb rupa kehebatan langkah seorang pendekar tatkala menarikkan pedang; sepandai-pandai ~ melompat, sekali akan gawal juga prb sepandai-pandai orang, sekali akan salah juga perbuatannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.pai] | توڤاي

Definisi : ; ekor ~ sj tumbuhan (herba), Justicia betonica; sarang ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput tapak burung (itik), rumput keremit, Aneilema nudiflorum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.pai] | توڤاي

Definisi : beberapa jenis binatang pe­nge­­rip atau pengunggis yg pandai melompat, Tupaia (Sciurus) spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tu.pai] | توڤاي

Definisi : ; tupai-tupai keratan kayu yg dilekapkan pd tiang dll utk menyangga sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tupai

Puisi
 

Anak tupai di atas carang,
     Jatuh melompat patah kaki;
Kalau pandai menjaga barang,
     Mana boleh jadi rugi.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Kelapa ditebuk tupai.

Bermaksud :

Gadis yang sudah kehilangan daranya. (Peribahasa lain yang sama makna: Labu dikerbuk tikus).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
LENGKOK LEMBAH TUPAI, PERSIARAN LEMBAH TUPAI50857/2015Melambangkan projek ini dimajukan oleh Tetuan Crystal Prestige Sdn. Bhd.Majlis Perbandaran TaipingHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201601/08196Lulus08/01/201611/01/201608:12:45
TAMAN LEMBAH TUPAI50855/2015Melambangkan projek ini dimajukan oleh Tetuan Crystal Prestige Sdn. Bhd.Majlis Perbandaran TaipingHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201601/08188Lulus08/01/201611/01/201608:09:59
DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN 201764449/2016TADIKA CAHAYA MINDA Lot 1, Jln Tupai 16/20, Seksyen 20, Shah Alam, Selangor DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN 2017 ISNIN-JUMAAT 7.00 PAGI - 5.00 PETANG SABTU 8.00 PAGI - 1.00 PETANG -TADIKA -TASKA -TRANSIT -KELAS IQRA' -KELAS AL-QURAN 03-512603Majlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/13480Lulus21/12/201623/12/201619:54:53

Kembali ke atas