Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pergi sendiri (biasanya pemimpin, pembesar dsb) ke sesuatu tempat utk menyiasat (meninjau, melihat dsb) sesuatu keadaan, masalah dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pergi sendiri ke sesuatu tempat utk menyiasat, meninjau dsb sesuatu keadaan, masalah dll (bkn ketua, pemĀ­besar dsb): Mereka bersemangat semula utk menyiapkan projek tsb selepas ketua mereka ~ padang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,

Puisi
 

Tuan Haji memakai jubah,
     Turun ke padang memburu rusa;
Orang mengaji memuji Allah,
     Orang sembahyang mengampun dosa.


Lihat selanjutnya...(6)