Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.tu/] | اونتوق

Definisi : 1. ditentukan (disediakan) bagi, merupa-kan bahagian (seseorang dll): tanah getah yg lima ekar ini ~mu dan tanah sawah yg dua ekar itu ~ adikmu; 2. guna, bagi, buat: wang ~ membeli makanan; ruang ~ bekerja; 3. (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: ditumbuknya kulit kayu itu halus-halus ~ ubat; dibawanya buluh rencong ~ senjata; 4. (bermaksud) hendak: saya terlalu takut ~ lari; 5. (diberikan, dihantar) kepada: beliau telah mengirim wang RM50.00 ~ ayahnya; 6. (melakukan, mengerjakan sesuatu) supaya, supaya dapat: ~ melihat dgn jelas penyimpangan dr segi bentuk ini, di bawah ini diturunkan dua rangkap permulaan Syair Sinyor Kosta; ~ memahami keadaan yg berlaku sekarang ini, perlu dikaji perkembangan-perkem-bangan sebelumnya; beruntuk 1. (sudah) menerima bahagian masing-masing, (sudah) memiliki bahagian masing-masing; 2. sudah ditetapkan bahagian masing-masing: pusaka itu belum lagi ~; memperuntukkan, menguntukkan mene­­­­­tap­kan, (mencadangkan, menyediakan) bagi, membahagikan atau mengekhaskan (bagi sesuatu tujuan, keperluan, dll): perbelanjaan mengadakan pertandingan itu tahun ini diperuntukkan sebanyak RM60 000; maka kerajaan terpaksa ~ lebih banyak wang utk pertahanan dan keselamatan negara; teruntuk 1. sudah ditetapkan sbg bahagian seseorang (sesuatu keperluan dll); 2. ditetap-kan (dikhususkan) bagi seseorang; peruntukan 1. sesuatu yg telah diuntukkan, bahagian atau jumlah (wang dll) yg ditetapkan (ditentukan) utk: Dewan Rakyat telah me-luluskan ~ utk membina rumah-rumah pemulihan akhlak; 2. syarat atau ketentuan (dlm undang-undang dsb): ~ undang-undang utk membataskan poligami. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.tu/] | اونتوق

Definisi : 1 ditentukan atau disediakan bagi…; dikhaskan bagi: Baju dua helai ini ~ kakakmu. 2 buat; guna: tepung ~ membuat kuih. 3 digunakan atau dipakai sbg; dijadikan sbg: Dia telah membawa pisau ~ senjata. 4 bermaksud akan; hendak: Ia ke bandar ~ membeli kasut. beruntuk sudah mempunyai bahagiannya masing-masing; telah ditentukan bahagiannya. menguntukkan menyediakan atau menetapkan bagi: Ayahnya sudah ~ wang tiga ribu ringgit sbg belanja perkahwinannya nanti. peruntukan sesuatu yg diuntukkan; bahagian yg disediakan (utk sesuatu): ~ sudah dibuat utk membina surau itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untuk (kata tugas)
1. Bersinonim dengan bagi: bahagian, habuan, umpuk, hak,

2. Bersinonim dengan guna: buat, bagi, bakal,

3. Bersinonim dengan sebagai: dijadikan sebagai, digunakan sebagai,

4. Bersinonim dengan supaya: agar, moga,

Kata Terbitan : memperuntukkan, peruntukan,

Puisi
 

Hendak memetik daun palas,
     Buat isi buah berangan;
Berbudi bukan minta balas,
     Hanya untuk kenang-kenangan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Bertambah semakin kurang.

Bermaksud :

Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(116)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KOOP MART5642/2017Nama KOOP MART dipilih untuk untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa terdapat kedai perniagaan runcit yang dimiliki oleh Koperasi Kakitangan Kumpulan Syarikat Dr. Azizan Kedah BerhadMajlis Daerah Kubang PasuKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201702/10244Lulus04/02/201706/02/201716:05:01
RUANG PEJABAT UNTUK DISEWA62883/2016RUANG PEJABAT UNTUK DISEWA Untuk Pertanyaan, Hubungi : 03-21738888 - Bilik mesyuarat yang menarik - Dewan Serba Guna yang boleh memuatkan 800 orang - Kemudahan moden seperti surau, kedai, klinik dan sebagainya - Akses jalur lebar berkelajuan tinggiDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/12159Lulus14/12/201615/12/201611:48:05
RUANG IKLAN UNTUK DI SEWA12166/2017RUANG IKLAN UNTUK DISEWA RUANG UNTUK DISEWAPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/14455Lulus06/03/201707/03/201711:26:47
BESI (IRON) UNTUK SATU JARAK , DUA CARA UNTUK BERMAIN21571/2017BESI (IRON) UNTUK SATU JARAK DUA CARA UNTUK BERMAINMajlis Bandaraya Petaling JayaSukan dan PeralatanTiadaDBP/KPB/201704/15922Lulus11/04/201713/04/201710:32:04
BANGUNAN DAN RUANG UNTUK DISEWA33334/2017BANGUNAN DAN RUANG UNTUK DISEWA WISMA IEM Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Janet Lim melalui talian 03-79684011Majlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201706/14639Lulus02/06/201702/06/201709:41:24
BILIK SEWA14849/2017GUAN TEIK "Quality Service Is Our Business" BILIK UNTUK DISEWA untuk perempuan sahaja 03-60579199 017-4335626Majlis Daerah Hulu SelangorHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/13853Lulus04/04/201704/04/201715:07:07
papan iklan (Maxis-power of one)16094/20171. kini lebih berkuasa! 2. untuk 365 hari akses tanpa had bagi aplikasi 3. untuk perantauan 365 hari tanpa had 4. untuk aksesori terkini 5. untuk peranti terkini 6. Dapatkan tawaran RM1 anda dengan pelan 'MaxisONE' hari iniDewan Bandaraya Kuala LumpurBarangan Elektrik dan ElektronikTiadaDBP/KPB/201703/18859Lulus28/03/201728/03/201712:13:39
Ava Medispa12870/2017Ava adalah singkatan 3 perkataan daripada perkataan bahasa Kadazan iaitu - 1. Avanus - cantik dan berseri untuk wanita 2. Avantang - kacak dan kuat untuk lelaki Ava dipilih untuk mewakili kekuatan dan kecantikan untuk kaum lelaki dan wanita. MedMajlis Perbandaran Ampang JayaPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201703/15030Lulus08/03/201709/03/201709:53:02
LEGEND MANUFACTURING AND INDUSTRIES SDN BHD61319/2016INI ADALAH IKLAN TAMBAHAN UNTUK LEGEND MANUFACTURING AND INDUSTRIES SDN BHD UNTUK PAMERKAN BARANG-BARANGAN UNTUK DIJUAL SILA RUJUK KEPADA NO:PENDAFTARAN 44713/2016Majlis Daerah Hulu SelangorHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201612/11845Lulus13/12/201614/12/201607:16:40
LAGU CINTA8215/2017Hadiah untuk dimenangi, Tarikh, Orang untuk dihubungi dan termasuk terma dan syarat.Majlis Bandaraya Johor BahruHiburanTiadaDBP/KPB/201702/12445Lulus17/02/201720/02/201708:26:51
12345678910...

Kembali ke atas