tindak balas | reaction | Tindakan yang diakibatkan oleh suatu rangsangan. Contohnya, pokok semalu menguncup apabila disentuh. | Sekolah Rendah |
tindak balas kimia | chemical reaction | Perubahan kimia yang berlaku apabila satu atau lebih bahan bertindak balas, bagi menghasilkan satu atau lebih bahan yang baharu. | Menengah Rendah |
tindak balas kimia | chemical reaction | Perubahan kimia yang berlaku apabila satu atau lebih bahan bertindak balas bagi menghasilkan satu atau lebih bahan yang baru. | Sekolah Rendah |
tindak balas redoks | redox reaction | Tindak balas kimia yang melibatkan proses pengoksidaan dan penurunan berlaku secara serentak. | Menengah Atas |
tindak balas penukargantian | substitution reaction | Tindak balas kimia dengan satu atau lebih atom dalam molekul sebatian organik digantikan oleh satu atau lebih atom yang lain. | Menengah Atas |
tindak balas penambahan | addition reaction | Tindak balas kimia dengan satu molekul ditambah pada dua atom karbon ganda dua. | Menengah Atas |
tindak balas gelap | dark reaction | Peringkat fotosintesis yang berlaku ketika ketiadaan cahaya, melibatkan penurunan karbon dioksida dan penceraian air, menggunakan tenaga kimia yang disimpan di dalam ATP. | Menengah Atas |
tindak balas cahaya | light reaction | Peringkat fotosintesis yang berlaku apabila tenaga cahaya diserap oleh klorofil dan berubah menjadi tenaga kimia yang disimpan di dalam ATP. | Menengah Atas |
tindak balas biokimia | biochemical reaction | Tindak balas yang melibatkan bahan kimia, yang mencetuskan sesuatu tindak balas ke atas organisma hidup. | Menengah Atas |
tindak balas berbalik | reversible reaction | Proses penukaran hasil tindak balas kepada bahan tindak balas semula. | Menengah Atas |