Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tali pencerut (tali yg disimpulkan) utk menangkap binatang dll; jenis-jenisnya: ~ bidas, ~ bingkas, ~ embat, ~ tanjul; me­nahan ~ memasang jerat; 2. ki tipu muslihat utk menyusahkan (merugikan dll) orang; ~ halus kelindan sutera prb tipu muslihat yg sangat halus; ~ semata bonda kandung prb anak tunggal yg sangat dimanjakan; ~ serupa jerami prb tipu muslihat yg tersembunyi dlm kesukaan; bagai menjenguk ~ sial prb benci akan sesuatu pekerjaan tetapi terpaksa me­lakukannya juga; menahan ~ di tempat genting prb mencari keuntungan drpd ke­susahan (penderitaan) orang lain; ter­pasang ~ halus prb dikenakan tipu muslihat; tahan ~ sorong kepala prb hendak men­celakakan orang lain, tetapi diri sendiri yg mendapat celaka; sejerat Mn seikat, seberkas; menjerat 1. memasang jerat, menangkap dgn jerat: ~ burung (kijang dll); 2. ki me­lakukan tipu muslihat, menyusahkan (men­celakakan) orang dgn tipu muslihat: hati-hati engkau, jangan dijerat oleh perempuan jalang itu; terjerat 1. tertangkap dgn jerat; 2. ki tertipu, terpedaya; penjerat 1. orang yg menjerat; 2. alat utk menjerat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jerat
Rujuk :perangkap

Puisi
 

Jerat semata di hujung tanjung,
     Terkena landak jantan betina;
Panjang dikerat pendek disambung,
     Untuk kita bekerjasama.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Jerat tiada lupa akan balam,
     tetapi balam lupa akan jerat.

Bermaksud :

Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam. balam = burung tekukur.

 

Lihat selanjutnya...(17)

Lihat selanjutnya...(1)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
capaian (Ig. access type; Br. jenis capaian; Id. tipe akses) Jenis hak capaian kepada suatu peranti, atur cara atau fail. Contohnya, baca, tulis, laksana, sambung, ubah, jalan, padam atau buat. jerat dan jejak (Ig. trap and trace; Br. jebak dan kesan Id. jebak dan lacak) Peranti yang menganalisis isyarat elektronik atau isyarat lain dan seterusnya menentukan identiti pengenalan dan lokasi sumber isyarat

Kembali ke atas