Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.wal] | مڠاول

Definisi : 1. menjaga dan me­ngawasi (tempat, bangunan, dll) supaya selamat, menjaga keselamatan (orang lain): ia memimpin anak buahnya berjaga malam ~ kampung; 2. mengawas atau mengawasi (supaya tidak melampaui batas, sempurna dan teratur segala-galanya atau utk sesuatu tujuan lain), mengontrol: kalau dia seorang yg benar-benar sabar, berjayalah ia ~ dirinya; ~ harga barang; ~ gerak langkah dan tindakan sesuatu kumpulan pekerja; ~ penyakit supaya tidak merebak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.wal] | مڠاول

Definisi : 1 menjaga supaya selamat; menjaga keselamatan: Penghulu dan anak buahnya berjaga malam ~ kampung. 2 memperhatikan dan menjaga baik-baik (supaya berjalan dgn teratur); mengawasi: Hutan rimba Tanah Melayu dikawal oleh Jabatan Hutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
hak capaian pengguna dan kandungan data yang ingin dicapai. bangunan pintar (Ig. smart building; Br. bangunan pintar; Id. bangunan pintar) Bangunan yang dilengkapi litar khas untuk membolehkan penghuni bangunan tersebut mengawal semua aspek pengurusan bangunan dari lokasi pusat. Bangunan pintar mempunyai beberapa fungsi automatik seperti kawalan suhu dalam bangunan, pengimbangan serta penjimatan bekalan air dan elektrik, sistem kawalan kebakaran, dan kawalan terletak di lokasi berjauhan daripada pentadbir data sensitif diagnostik jauh Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 29 6/6/11 4:01:35 PM 30 sistem. Perisian ini membenarkan pentadbir sistem mengawal paparan skrin, sistem pengendalian, dan semua perkakasan dan perisian dalam sistem jarak jauh. Perisian ini biasanya digunakan untuk tujuan pemantauan prestasi komputer dan penyelenggaraan komputer. Walau bagaimanapun, perisian ini boleh

Kembali ke atas