Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ting.gi.ting.gi] | ستيڠݢي-تيڠݢي

Definisi : 1. seberapa banyak yg mung-kin, tidak terhingga banyaknya, se­banyak-banyaknya: baginda mengucap­kan ~ terima kasih kpd sekalian rakyat; beliau juga mengucapkan ~ tahniah dan peng­hargaan atas kejayaan sahabatnya itu; 2. seberapa tinggi yg mungkin, paling tinggi: ~ terbang bangau, hinggap ke bubungan juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setinggi-tinggi

Puisi
 

Pokok pauh di tanah seberang,
     Benih berasal dari kampung;
Dari jauh kami nan datang,
     Besar harapan setinggi gunung.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sebagaimana tangan di lenggang,
     ke ketiak juga lekatnya.

Bermaksud :

Selalu kembali ke tempat asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Setinggi-tinggi melambung surutnya ke tanah juga, b. Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
7 6/6/11 4:01:21 PM ix KATA PENGANTAR Projek penyusunan kamus istilah adalah satu usaha yang sangat rapat kaitannya dengan usaha peristilahan. Usaha ini memerlukan kepakaran yang tinggi, ketekunan, iltizam serta komitmen yang bersepadu daripada pelbagai pihak yang terlibat. Walau bagaimanapun, kerjasama yang diperoleh daripada pakar bidang begitu menggalakkan. Penerbitan Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer ini merupakan kesinambungan berserta huraian, hasil penyusunan yang dilakukan oleh pakar yang berkaliber dalam bidang ini. Penerbitan Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer ini diharapkan dapat memenuhi keperluan para pengguna khususnya pelajar institusi pengajian tinggi, pensyarah, para pengamal dalam bidang Teknologi Maklumat serta pengguna umum yang lain. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada para penyusunnya. Mereka terdiri daripada

Kembali ke atas