Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
Aidilfitri
ʕai.dil.fitri |
عيدالفطري
Definisi :
= hari raya ~ hari besar bagi umat Islam yg dirayakan pd 1 Syawal setiap tahun Hijrah (setelah berakhir puasa selama sebulan), hari raya puasa.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
Aidilfitri
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(5)
Kamus Bahasa Inggeris
(1)
Kamus Melayu Parsi
(1)
Kamus Thai Melayu Dewan
(2)
Kamus Parsi(Beta)
(1)
Khidmat Nasihat
(41)
Artikel Akhbar
(180)
Artikel Majalah
(68)
Ensiklopedia
(1)
Buku
(31)
Pantun
(1)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Kamus Bahasa Melayu
Kata
Takrif
Sumber
Aidilfitri
= hari raya ~ hari besar bagi umat Islam yg dirayakan pd 1 Syawal setiap tahun Hijrah (setelah berakhir puasa selama sebulan), hari raya puasa.
Kamus Dewan Edisi Keempat
hari Raya Puasa (
Aidilfitri
)
hari raya yg disambut pd tiap-tiap 1 Syawal; Lebaran.
Kamus Pelajar Edisi Kedua
minalaidinwalfaizin
Ar semoga termasuk dlm golongan orang yg kembali kpd fitrah (suci drpd dosa) dan beroleh kejayaan, biasanya diucapkan pd Hari Raya
Aidilfitri
.
Kamus Dewan Edisi Keempat
hari
1 masa dua puluh empat jam yg bermula dr matahari terbit sehingga matahari terbit sekali lagi: Dlm seminggu, ada tujuh ~. 2 = siang ~ masa dr matahari terbit sehingga matahari terbenam: tiga ~ tiga malam. 3 masa bekerja dlm satu hari: Dia bekerja enam ~ dlm seminggu. 4 keadaan alam, cuaca dll dlm sesuatu hari: Apabila ~ hujan, dia tidak keluar rumah. ~ akhirat (kemudian) masa selepas musnahnya atau hancurnya alam ini (iaitu selepas hari kiamat). ~ Bapa hari utk mengenang atau memperingati jasa bapa, iaitu pd hari Ahad ketiga dlm bulan Jun. ~ besar hari yg dirayakan utk memperingati sesuatu perkara atau peristiwa penting. ~ bulan tarikh dlm sesuatu bulan yg tertentu; tanggal. ~ depan masa yg akan datang. ~ Guru hari yg disambut utk mengenang atau memperingati jasa guru, iaitu pd 16 Mei. ~ Ibu hari utk mengenang atau memperingati jasa ibu, iaitu pd hari Ahad kedua dlm bulan Mei. ~ Ibu Bapa hari perayaan sekolah dan ibu bapa diundang hadir di perayaan itu. ~ jadi (lahir) a. hari lahirnya seseorang. b. hari ulang tahun kelahiran seseorang. ~ kebangkitan hari apabila manusia dibangkitkan drpd mati utk dihisab segala amalannya. ~ Kebangsaan hari penting yg dirayakan oleh seluruh rakyat. ~ Kemerdekaan (Merdeka) hari yg dirayakan oleh seluruh rakyat utk memperingati kemerdekaan negara. ~ kiamat hari (masa) seluruh alam musnah atau hancur setelah malaikat Israfil meniup sangkakala yg pertama. (~) Lebaran Hari Raya Puasa (1 Syawal). ~ muka masa yg akan datang; masa depan. ~ pembalasan hari apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk yg dilakukan di dunia. ~ Raya hari yg dimuliakan dan dirayakan kerana menandakan tamatnya puasa atau kerana membesarkan hari orang mengerjakan haji. ~ Raya Haji (Korban, Aidiladha) hari raya yg disambut pd 10 Zulhijah, iaitu selepas hari wukuf. ~ Raya Puasa (
Aidilfitri
) hari raya yg disambut pd tiap-tiap 1 Syawal; Lebaran. ~ wukuf hari jemaah haji berkumpul di padang Arafah pd 9 Zulhijah. berhari-hari beberapa hari: Kadang-kadang, dia pergi ~ lamanya. harian setiap hari; tiap-tiap hari: akhbar ~. sehari satu hari. sehari-hari tiap-tiap hari: Dia membeli barang-barang keperluan ~. seharian, sehari-harian sepanjang hari; sehari suntuk: Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~.
Kamus Pelajar Edisi Kedua
hari
1.
masa dua puluh empat jam yg bermula dr matahari terbit sehingga matahari terbit sekali lagi:
Dlm seminggu, ada tujuh ~.
2.
=
siang ~
masa dr matahari terbit sehingga matahari terbenam:
tiga ~ tiga malam.
3.
masa bekerja dlm satu hari:
Dia bekerja enam ~ dlm seminggu.
4.
keadaan alam, cuaca dll dlm sesuatu hari:
Apabila ~ hujan, dia tidak keluar rumah.
~ akhirat (kemudian)
masa selepas musnahnya atau hancurnya alam ini (iaitu selepas hari kiamat).
~ besar
hari yg dirayakan utk memperingati sesuatu perkara atau peristiwa penting.
~ bulan
tarikh dlm sesuatu bulan yg tertentu; tanggal.
~ depan
masa yg akan datang.
~ ibu bapa
hari perayaan sekolah dan ibu bapa diundang hadir di perayaan itu.
~ jadi (lahir)
a.
hari lahirnya seseorang.
b.
hari ulang tahun kelahiran seseorang.
~ Kebangsaan
hari penting yg dirayakan oleh seluruh rakyat.
~ Kemerdekaan (Merdeka)
hari yg dirayakan oleh seluruh rakyat utk memperingati kemerdekaan negara.
~ kiamat
hari (masa) seluruh alam musnah atau hancur setelah malaikat Israfil meniup sangkakala yg pertama.
(~) Lebaran
Hari Raya Puasa (1 Syawal).
~ muka
masa yg akan datang; masa depan.
~ Raya
hari yg dimuliakan dan dirayakan kerana menandakan tamatnya puasa atau kerana membesarkan hari orang mengerjakan haji.
~ Raya Haji (Korban, Aidiladha)
hari raya yg disambut pd 10 Zulhijah, iaitu selepas hari wukuf.
~ Raya Puasa (
Aidilfitri
)
hari raya yg disambut pd tiap-tiap 1 Syawal; Lebaran.
~ wukuf
hari jemaah hari berkumpul di padang Arafah pd 9 Zulhijah.
berhari-hari
beberapa hari:
Kadang-kadang, dia pergi ~ lamanya.
harian
setiap hari; tiap-tiap hari:
akhbar ~.
sehari
satu hari.
sehari-hari
tiap-tiap hari:
Dia membeli barang-barang keperluan ~.
sehari-harian
sepanjang hari; sehari suntuk:
Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~.
Kamus Pelajar
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...