tegah | sesuatu yg tidak dibenarkan, larangan, lwn suruh (perintah): dgn jalan tafsir dapat mengetahui suruh dan ~, halal dan haram; ~ larang(an) barang apa yg terlarang; ~ suruh larangan dan perintah; menjauhkan (menghentikan) ~ tidak melakukan apa-apa yg terlarang; bertegah terlarang; tidak ~ tidak dapat dilarang, tidak terlarang; menegah 1. tidak membenarkan (melakukan sesuatu), melarang: Islam ~ seorang laki-laki berkhalwat dgn perempuan yg halal nikah dengannya; 2. menahan (drpd melakukan sesuatu), mencegah, menghalang: maka ditegah oleh Bendahara, tiada diberinya me-lawan; tegahan apa yg ditegah, larangan, sekatan: di sana tidak ada ~ membuang sampah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegah suruh | larangan dan perintah; menjauhkan (menghentikan) | Kamus Dewan Edisi Keempat |
takwa | ketaatan kpd perintah dan larangan Allah (kerana takut, kasih dan hormat kpd-Nya). | Kamus Pelajar |
larang | ; melarang menegah supaya tidak melakukan sesuatu; tidak mengizinkan: Ibunya ~ dia pergi mandi di lombong itu. larangan 1 perintah melarang drpd melakukan sesuatu; tegahan: Tidak seorang pun yg berani melanggar ~ itu. 2 sesuatu yg dilarang: Seluruh kawasan pantai itu diisytiharkan sbg kawasan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
larangan | 1 perintah melarang drpd melakukan sesuatu; tegahan: Tidak seorang pun yg berani melanggar ~ itu. 2 sesuatu yg dilarang: Seluruh kawasan pantai itu diisytiharkan sbg kawasan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suruh I | perintah (firman, titah) supaya melakukan sesuatu, lwn larangan: hendaklah kita selalu mengerjakan ~ dan meninggalkan tegah Allah; bersuruh-suruhan sl utus-mengutus, berkirim-kiriman (utusan, wakil, dll); menyuruh 1. memberi perintah supaya melakukan sesuatu, meminta supaya (dilakukan sesuatu), mengarahkan: tiap-tiap petang apabila saya berehat di serambi itu, kedua-duanya datang dan ~ saya melanjutkan cerita itu; 2. memberi perintah supaya pergi (ke), meminta orang pergi (ke), mengirim, mengutus: dr tadi dia sudah disuruh ke sekolah; disuruh, pergi, dipanggil, datang prb perihal seseorang yg patuh menurut perintah; belum disuruh, sudah pergi, belum dipanggil, sudah datang prb perihal orang yg arif dan rajin; menyuruh-nyuruh menyuruh berkali-kali (berulang kali), mendesak-desak (supaya seseorang melakukan sesuatu): dia menjawab itu spt disuruh-suruh oleh kuasa yg dia tidak tahu dr mana datangnya; menyuruhkan 1. menyuruh mengerjakan, memerintahkan: ada kira-kira pukul dua belas malam, bangunlah mualim ~ segala kelasi membongkar sauh; 2. sl mengirimkan (menghantarkan) ke, menyuruh pergi ke, mengutus: sultan pun ~ utusan kpd segala raja yg di bawah angin ini; tersuruh sudah disuruh; ~ pd orang yg akan pergi, terimbau (terpanggil) pd orang yg akan datang prb menyuruh seseorang mengerjakan sesuatu yg sangat diingininya; suruhan 1. sesuatu yg disuruh, perintah: orang yg rajin mengerjakan ~ Tuhan itu akan terus ke syurga; 2. = pesuruh orang yg disuruh; budak ~ = orang ~ orang yg disuruhsuruh, pembantu rumah, dll; 3. = penyuruh sl perihal menyuruh, perbuatan menyuruh: adapun kami ke mari dgn ~ keramat wali Allah; suruh-suruhan hamba yg disuruh-suruh; penyuruhan sl orang yg disuruh: maka ~ Pangeran Depati itu pun datanglah menyambut Gusti itu; pesuruh orang yg disuruh: wakil seorang ~ telah diutus utk memanggil Pak Amat; ~ Allah Rasulullah, utusan Allah; penyuruh 1. orang yg menyuruh; 2. sl perbuatan menyuruh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
azab | 1 seksaan atau hukuman yg diderita: Jika takut akan ~ Allah, ikutlah perintah-Nya dan jauhilah larangan-Nya. 2 susah sekali; sengsara: Hidup mereka di dlm hutan itu sangat ~. ~ sengasara segala jenis kesusahan yg diderita. mengazab menghukum dgn seksaan: Allah akan ~ orang yg ingkar. keazaban keadaan azab; kesengsaraan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
azab | 1. seksaan atau hukuman yg diderita: Jika takut akan ~ Allah, ikutlah perintah-Nya dan jauhilah larangan-Nya. 2. susah sekali; sengsara: Hidup mereka di dlm hutan itu sangat ~. ~ sengsara segala jenis kesusahan yg diderita. keazaban keadaan azab; kesengsaraan. | Kamus Pelajar |
embargo | /émbargo/ 1 perintah yg melarang kapal-kapal keluar dr atau masuk ke pelabuhan. 2 larangan mengeksport dagangan ke sesebuah negara. 3 perintah, tindakan dsb menghentikan kegiatan perdagangan dgn sesebuah negara (secara menyeluruh atau terbatas). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
embargo | /émbargo/ 1. perintah yg melarang kapal-kapal keluar dr atau masuk ke pelabuhan. 2. larangan mengeksport dagangan ke sesebuah negara. 3. perintah, tindakan dsb menghentikan kegiatan perdagangan dgn sesebuah negara (secara menyeluruh atau terbatas). | Kamus Pelajar |