festival | (féstival)1. kegiatan berupa kempen (promosi, pertandingan, dll) secara bersiri, biasanya secara tahunan, dgn konsep dan tujuan yg tersendiri, pesta: F~ Filem Malaysia ke-11; 2. perayaan keagamaan (kebudayaan dsb) sesuatu kaum sempena menyambut sesuatu peristiwa dsb, pesta: F~ Kuih Bulan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesta | (pésta) 1. kerja dsb menjamu (bersuka ria dll) utk merayakan sesuatu peristiwa, perayaan: dia selalu pergi menghadiri ~ jamuan yg diadakan; 2. kegiatan berupa kempen (promosi, pertandingan, dll) secara bersiri, biasanya secara tahunan, dgn konsep dan tujuan yg tersendiri, festival: ~ buku; ~ makanan; 3. perayaan kebudayaan atau keagamaan: P~ Kaamatan; P~ Gawai; ~ bola acara mengadakan siri pertandingan bola sepak; ~ buku kempen membudayakan masyarakat supaya mendampingi, membeli, dan membaca pelbagai bahan bacaan; ~ dansa perayaan dgn berdansa; ~ filem pertandingan (pertunjukan) beberapa buah filem; ~ gila bp perayaan tari-menari dgn orang yg menghadirinya berpakaian anekaragam (bertopeng dll); P~ Kaamatan pesta yg dirayakan sbg tanda kesyukuran oleh masyarakat Kadazan Dusun di Sabah dgn memuja semangat padi; ~ kahwin = ~ nikah perayaan kahwin; ~ lagu pertandingan lagu yg mempersembahkan pelbagai tema dan irama muzik (spt jaz, rap, rok, asli, dll); ~ makanan kegiatan memperkenal, menghidang, dan menjual pelbagai rencah resipi masakan yg beraneka rasa (spt masakan pedas, manis, masin, dll); ~ ria acara keramaian utk bersuka ria yg diadakan di tempat lapang dsb, biasanya disertai berbagaibagai aktiviti lain spt pertunjukan, hiburan, jual beli, permainan dsb; berpesta, berpesta-pesta bersuka ria (dgn makan-makan, berdansa, dll): mereka ~ sahaja selepas kejayaan itu; ~ pora berpesta besar (mengadakan perayaan besar-besaran dgn makan minum dll); memestakan 1. merayakan (sesuatu peristiwa dll) dgn makan minum dan bersuka ria: aku tidak pernah berasa perlu utk ~ ulang tahun; 2. mengadakan pesta utk: ~ anaknya yg baru pulang dr luar negeri; pesta-pestaan perihal berseronok-seronok (bersuka ria): kebudayaan itu adalah suatu yg serius, bukan sekadar riuh-rendah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyata | yg dinyatakan secara rasmi; makluman rasmi: ~ tahunan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyata | yg dinyatakan secara rasmi; makluman rasmi: ~ tahunan. | Kamus Pelajar |
gelang tahunan | lapisan atau bulatan (yg kelihatan pd batang kayu jika dipotong secara melintang) yg menunjukkan tebalnya atau banyaknya pertumbuhan dlm masa satu tahun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyata | sesuatu yg dinyatakan secara rasmi, permakluman rasmi, keterangan bertulis tentang sesuatu: setelah mengetahui untung rugi perniagaan dlm sesuatu masa itu, maka perlulah disiapkan pula satu ~; ~ kira-kira penyata (keterangan) yg menjelaskan kedudukan kira-kira; ~ tahunan laporan tahunan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pasar I | bangunan atau kelompok gerai dsb tempat menjual (biasanya) barang-barang makanan keperluan sehari-hari, tempat (lapangan dsb utk) orang berjual beli: ~ Chow Kit di Kuala Lumpur; lebuh pekan ~ pun penuh dgn kedai; ~ amal (derma, ria) pasar yg diadakan oleh badan amal dll utk mengutip derma; ~ besar pasar (tempat menjual ikan, sayur, dll) yg terbesar di sesuatu tempat; ~ borong pasar tempat menjual barang-barang dagangan secara borong atau banyak-banyak kpd peniaga runcit; ~ gelap tempat berjual beli yg tidak dibenarkan menurut undang-undang (barang-barang yg diharamkan dll); ~ lambak tempat menjual barang-barang murah yg dilambakkan (spt di tepi jalan dll); ~ malam a) pasar pd waktu malam; b) tempat diadakan bermacam-macam pertunjukan (tempat makan dll) yg dibuka utk beberapa hari pd waktu malam; ~ mini kedai moden yg tidak berapa besar yg menjual barang-barang makanan (biasanya dlm tin, bungkusan, dsb) dan barang-barang keperluan sehari-harian secara layan diri; ~ modal = pasaran modal (Eko) badan (lembaga) kewangan yg meminjamkan wang (bank dll); ~ raya kedai moden yg besar yg menjual berbagai-bagai barang makanan (biasanya dlm tin, bungkusan, dsb) dan barang-barang keperluan lain secara layan diri; ~ tahunan pasar yg ada bermacam-macam pertunjukan dll yg diadakan tiap-tiap tahun; ~ tani pasar yg khusus utk para petani memasarkan terus hasil-hasil pertanian mereka kpd orang ramai; memasarkan 1. menjual sesuatu di pasar; 2. memperdagangkan: ~ barang-barang pengeluaran; pasaran 1. kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli); 2. lingkungan (keluasan, kemungkinan, dsb) perniagaan yg memberi kesempatan utk penjualan barang-barang atau perkhidmatan: kita harus bekerja keras utk mencari ~ di luar negeri; 3. permintaan pembeli atau penawaran penjual: bukunya mendapat ~ baik selama beberapa minggu di Amerika; pegawai ~ orang yg bertugas memperluas (mencari dll) pasaran utk barang-barang; 4. kualiti kurang baik (barang dagangan); ~ bebas (Eko) kawasan tempat orang berjual beli dgn bebas tanpa sekatan harga (banyaknya); ~ bersama (Eko) beberapa negara yg meniadakan (menghapuskan) cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yg sama terhadap negara lain; ~ buruh pasaran yg berkaitan dgn penawaran dan permintaan tenaga manusia; ~ dlm negeri pasaran terhad di dlm negeri; ~ dunia pasaran di negaranegara di dunia (antarabangsa); ~ saham tempat berjual beli saham; ~ terbuka pasaran yg tidak dikenakan sekatan atau rintangan (terbuka kpd semua peniaga) dgn harga barang bergantung pd penawaran dan permintaan; ~ wang (Eko) pusat (tempat) berjual beli mata wang luar (emas dll); pemasaran perihal atau perbuatan memasarkan: rancangan ~ utk pekebun-pekebun kecil; Lembaga P~ Pertanian Persekutuan badan yg membantu (menguruskan dll) penjualan hasil-hasil pertanian; pemasar pihak (orang, firma dsb) yg memasarkan sesuatu produk, perkhidmatan dsb: ~ utama benih kayu jati tempatan; ~ pakaian berjenama itu sanggup membiayai kos pengiklanan yg agak besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyata | 1 jelas atau terang (pd penglihatan, pendengaran): Sebutannya kurang ~. 2 tampak dgn terang; ketara: Niat jahatnya sudah ~ sekarang. 3 benar-benar ada; maujud; lw abstrak: alam yg ~. menyatakan 1 menjadikan nyata; menerangkan; menjelaskan: Dia telah ~ pendapatnya ttg perkara itu. 2 menunjukkan sesuatu sbg bukti; menandakan; membuktikan: Bolehkah saudara mengadakan bukti utk ~ tuduhan saudara? 3 memberitahukan; memaklumkan; mengatakan: Beliau telah ~ bahawa undang-undang itu hanya utk sementara waktu saja. ternyata 1 sudah terang; sudah jelas; ketahuan: Kebolehannya ~. 2 sudah disebut, ditulis, disiarkan dsb. kenyataan 1 yg dinyatakan sbg peringatan atau sbg pengumuman; notis. 2 keadaan atau hal nyata; keterangan; kejelasan: ~nya telah menghilangkan segala syak wasangka. 3 sesuatu yg nyata; sesuatu (peristiwa dsb) yg benar-benar berlaku. pernyataan sesuatu yg dinyatakan. penyataan perbuatan atau hal menyatakan; pemberitahuan; pemakluman. penyata yg dinyatakan secara rasmi; makluman rasmi: ~ tahunan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gelang | 1 apa-apa yg berbentuk bundar spt cincin. 2 barang perhiasan yg biasanya dibuat drpd logam berharga dan dipakai pd lengan atau pd kaki. ~ bajang gelang yg dibuat drpd benang hitam sbg tangkal. ~ kana gelang emas yg kosong di dalamnya dan dipakai pd pangkal lengan oleh raja-raja atau pengantin. ~ keroncong gelang kaki yg berloceng kecil-kecil. ~ kunci gelang yg digunakan utk menggantung anak kunci. ~ mayang gelang yg halus-halus (kecil) yg dipakai banyak-banyak. ~ tahunan lapisan atau bulatan (yg kelihatan pd batang kayu jika dipotong secara melintang) yg menunjukkan tebalnya atau banyaknya pertumbuhan dlm masa satu tahun. gelang-gelang 1 = gegelang segala benda yg berupa gelang. 2 = gelang raya sj cacing yg hidup dlm perut manusia atau binatang. 3 = ~ tanah cacing tanah yg ada gelang-gelang putih pd lehernya. menggelang 1 membuang kulit di keliling batang atau di bahagian pokok yg hendak ditut supaya akar akan tumbuh pd bahagian itu: Langkah pertama dlm usaha mengetut pokok adalah ~ bahagian pokok yg hendak ditut itu. 2 membuang kulit di keliling pangkal pokok supaya pokok itu mati. menggelangi 1 memasang gelang atau sesuatu spt gelang pd; memberi bergelang: Ani ~ tangannya dgn getah. 2 melekat atau berupa spt gelang pd: Sebuah jam tangan emas ~ tangannya. menggelangkan menggunakan, memakai atau menjadikan sesuatu sbg gelang: Dia ~ getah itu ke tangan anaknya. gelangan tempat atau bekas yg digelang (pd pokok). pergelangan 1 = ~ kaki bahagian kaki dekat buku lali. 2 = ~ tangan bahagian lengan sebelah bawah dekat dgn sendi tangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gelang | 1. apa-apa yg berbentuk bundar spt cincin. 2. barang perhiasan yg biasanya dibuat drpd logam berharga dan dipakai pd lengan atau pd kaki. ~ bajang gelang yg dibuat drpd benang hitam sbg tangkal. ~ kana gelang emas yg kosong di dalamnya dan dipakai oleh raja-raja atau pengantin pd pangkal lengan. ~ keroncong gelang kaki yg berloceng kecil-kecil. ~ kunci gelang yg digunakan utk menggantung anak kunci. ~ mayang gelang yg halus-halus (kecil) yg dipakai banyak-banyak. ~ tahunan lapisan atau bulatan (yg kelihatan pd batang kayu jika dipotong secara melintang) yg menunjukkan tebalnya atau banyaknya pertumbuhan dlm masa satu tahun. gelang-gelang 1 = gegelang segala benda yg berupa gelang. 2 = gelang raya sj cacing yg hidup dlm perut manusia atau binatang. 3. = ~ tanah cacing tanah yg ada gelang-gelang putih pd lehernya. menggelang 1. membuang kulit di keliling batang atau di bahagian pokok yg hendak ditut supaya akar akan tumbuh pd bahagian itu: Langkah pertama dlm usaha mengetut pokok ialah ~ bahagian pokok yg hendak ditut itu. 2. membuang kulit di keliling pangkal pokok supaya pokok itu mati. menggelangi 1. memasang gelang atau sesuatu spt gelang pd; memberi bergelang: Ani ~ tangannya dgn getah. 2. melekat atau berupa spt gelang pd: Sebuah jam tangan emas ~ tangannya. menggelangkan menggunakan, memakai atau menjadikan sesuatu sbg gelang: Dia ~ getah itu ke tangan anaknya. gelangan tempat atau bekas yg digelang (pd pokok). pergelangan 1. = ~ kaki bahagian kaki dekat buku lali. 2. = ~ tangan bahagian lengan sebelah bawah dekat dgn sendi tangan. | Kamus Pelajar |