Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tanda
Kata Terbitan : petanda, pertanda, bertanda, menanda, menandai, menandakan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pancang Ikayu (buluh dll) yg dipacakkan ke tanah (utk tempat menambat perahu, tanda sempadan, dll); ~ dirasa Kl penderitaan hidup, perasaan yg luar biasa; ~ yg empat Mn sempadan ladang di keempat-empat penjurunya; bagai ~ digoncang arus prb tidak tegas (tetap) pen­diriannya (berubah-ubah mengikut mana yg kuat dll); memancang 1. memacak pancang, mema­sang pancang; ~ gelanggang a) membuat gelanggang tempat peraduan (menyabung ayam dll); b) kebenaran utk menyabung ayam; c) mengadakan keramaian (kerana perkah­winan dll); 2. macam pancang (tegak sahaja, tidak beralih-alih, dll): kayu itu ~ di tengah-tengah gelanggang; memancangkan 1. memacakkan pancang (galah dll) ke tanah: ~ beberapa batang tiang di pantai; 2. meletakkan atau menempatkan (tulisan dlm penerbitan dll); terpancang 1. sudah dipancangkan, terca­cak: di mana ~ banyak galah, di situlah pangkalan kita; 2. ki terdiri tegak (tidak bergerak-gerak), tertumpu pd satu tempat, terpaku: Basir masih ~ di lantai; matanya ~ ke pintu kamar itu; pancangan 1. pancang, pacak, tonggak; 2. yg telah dipancangkan; 3. sl tunangan: rajanya bernama Tengku Sultan Maha Mulia, ia ~ Tuan Puteri Sinar Bulan Gemilang Cahaya; pemancangan perihal atau perbuatan me­mancang(kan) sesuatu: upacara ~ tiang pertama Wisma Nusantara.Kamus Dewan Edisi Keempat
sempadan1 sesuatu yg menjadi tanda pemisah di antara sesuatu kawasan dgn kawasan lain; tanda yg menunjukkan had sesuatu kawasan; batas: Aji Saka dan dua orang pengiringnya sampailah ke Gunung Kidul di ~ negeri Medang Kawulan. 2 had atau takat bagi sesuatu (perasaan dsb): Kasih seseorang ayah kpd anaknya ada ~nya. 3 garis lurus yg membatasi sesuatu rajah, spt pd rajah segi tiga atau segi empat; sisi. ~ bersebelahan dua sempadan yg membentuk satu sudut. bersempa­d­an ada sempadannya; berbatas. ber­­­sem­padankan mempunyai sesuatu sbg sempadan; berbataskan. menyempadani menjadi atau me­rupakan sempadan pd; membatasi: Benua Amerika Utara disempadani oleh tiga buah lautan. persempadanan perihal atau yg berkaitan dgn sempadan (penentuan sempadan dll): Sengketa ini jelas memba­yangkan bahawa sebahagian besar masalah ~ antarabangsa belum lagi dpt di­atasi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sempadan1. batas (negeri, daerah, kampung, dll), perbatasan: pertempuran berlaku di ~ Thai-Malaysia; 2. tanda garisan, (pancang dll) perbatasan atau batas; 3. (Mat) salah satu garisan lurus yg membatasi sesuatu rajah (segi tiga, segi empat, dll): rajah segi tiga ada tiga ~ dan tiga sudut; 4. ki had, takat: ia kasih kpd anaknya, tetapi kasihnya itu ada ~nya; bersempadan = ~ dgn berbatas dgn (sesuatu kawasan, daerah, dll): negeri-negeri yg ~ dgn Lautan Atlantik; bersempadankan mempunyai (sesuatu) sbg sempadan: kawasan tersebut merupakan kawasan hutan simpan dan ~ ladang getah; menyempadani menjadi (garis) sempadan bagi atau kpd, membatasi, memisahkan, men-ceraikan: jalan sempit yg ~ Kampung Kambing dgn bangunan-bangunan pekerja JKR; persempadanan hal yg berkaitan dgn sem-padan (spt penentuan sempadan dll): sengketa ini jelas membayangkan bahawa sebaha-gian besar masalah ~ antarabangsa khasnya di rantau ini belum lagi dapat diatasi sepenuhnya; ~ bahagian pilihan raya (Udg) perubahan yg dibuat dlm pembahagian kawasan persekutuan dan negeri kpd bahagian pilihan raya selepas kajian semula dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan syor yg dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya supaya diubah mana-mana bahagian pilihan raya.Kamus Dewan Edisi Keempat
sempadan1 sesuatu yg menjadi tanda pemisah di antara sesuatu kawasan dgn kawasan lain; tanda yg menunjukkan had sesuatu kawasan; batas: Aji Saka dan dua orang pengiringnya sampailah ke Gunung Kidul di ~ negeri Medang Kawulan.Kamus Pelajar
perenggan1. batas, perhinggaan, sempadan: pergaulan bebas haruslah ada ~nya; ~ negeri sempadan negeri; 2. had, takat: apabila air pasang paras air di pantai ini naik ke ~ pinggang; 3. bahagian drpd muka atau bab dlm buku (rencana dll) yg terdiri drpd beberapa baris, paragraf: tiga ~ di atas menghuraikan latar belakang masalah ini; syarat-syarat yg diperlukan ada dinyatakan dlm ~ kedua bab pertama; berperenggankan berbataskan, bersempadankan; memerenggankan 1. mengehadkan, mem­bataskan; 2. membahagikan sesuatu (mis teks) kpd beberapa perenggan; pemerengganan proses atau perbuatan me­merenggankan sesuatu: penggunaan tanda baca dan ~ yg wajar.Kamus Dewan Edisi Keempat
garis I1. tanda yg panjang halus yg dibuat pd sesuatu permukaan, garisan: melukis dr ~ A ke ~ B; 2. calar: ~-~ di badannya masih kelihatan akibat kena rotan; 3. kedut pd kulit muka; 4. tanda yg panjang halus pd tapak tangan; 5. (dlm beberapa permainan) tanda yg dibuat utk membatasi gelanggang atau bahagian-bahagiannya, garisan; 6. baris pertahanan (kubu dll), garisan: pasukannya dapat menembusi ~ pertahanan musuh; 7. had, batas, ketentuan: kita harus menunaikan tugas kita menurut ~-~ yg telah ditentukan;~ akhir baris penghabisan dlm perlumbaan; ~ bahagi garis yg membahagi dua sesuatu sudut; ~ belakang barisan yg tidak terlibat langsung dlm medan perang; ~-~ besar perkara-perkara yg mustahak; ~ depan a) barisan yg paling depan; b) garis pertahanan yg menghadapi musuh; ~ haluan = ~ panduan panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan; ~ miring garis yg condong ke bawah dan menyerong; ~ pemisah garis (batas, sempadan, panduan) yg memisahkan sesuatu dgn yg lain; ~ pusat garis yg menerusi pusat dan disempadankan oleh lilitan bulatan; ~ rentas garis yg menghubungkan dua titik pd bulatan; ~ sendeng (Mat) hipotenus; ~ sentuh garis yg menyentuh suatu titik pd lilitan bulatan; ~ singgung garis yg bersentuhan (terlalu rapat); ~ tegak garis lurus yg membuat sudut 90° dgn garis yg lain; ~ tengah Id garis pusat; bergaris mempunyai garis: kad ~;bergaris-garis banyak garisnya; menggaris membuat garis; menggariskan 1. membuat garis pd (sesuatu), menandakan (sesuatu) dgn garis: ~ perkataan-perkataan yg dieja salah; 2. menyatakan aspek-aspek atau ciri-ciri utama sesuatu (biasanya secara am atau tidak terperinci): Rancangan Malaysia Kelima ~ beberapa dasar, strategi, dan program utama; garisan 1. tanda yg halus panjang pd sesuatu permukaan yg tidak ada tebalnya dan lebarnya, garis: beberapa ~ berwarna hijau terdapat pd kertas itu; 2. coret panjang yg dibuat utk menandai batas atau sempadan, garis: dia menendang bola itu keluar ~; 3. barisan kubu utk bertahan, deretan benteng utk mempertahankan kawasan yg dikuasai, garis: pasukan komando kita telah berjaya menawan ~ musuh; ~ bujur (Geog) garis di peta dr kutub utara sampai ke kutub selatan; ~ lintang (Geog) garis di peta yg selari dgn khatulistiwa;~ penamat garis yg menandakan tempat berakhirnya perlumbaan; ~ pusat garis pusat; ~ rentas garis rentas; ~ sejajar = ~ selari dua garis yg sama jarak antaranya;penggaris = kayu ~ kayu berskala utk membuat garis atau mengukur panjang garis dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
garis1 = garisan tanda yg halus panjang tetapi tidak ada tebalnya atau lebarnya; coret panjang yg lurus, bengkok atau lain-lain: ~ dr A ke B hendaklah dipanjangkan hingga ke C. 2 = garisan coret panjang yg dibuat utk menandai batas atau sempadan: Dia menendang bola itu keluar ~. 3 sesuatu yg telah dijadikan asas (pegangan) utk melakukan sesuatu; pedoman: Kita harus menyelesaikan pekerjaan itu mengikut ~-~ yg telah ditentukan. 4 kesan berupa gores yg terdapat pd kulit atau pd badan seseorang atau sesuatu: Pd betisnya masih kelihatan ~-~ bekas kena rotan. 5 = garisan barisan kubu utk bertahan; deretan benteng utk mempertahankan kawasan yg dikuasai: Pasukan komando kita telah berjaya menawan ~ pertahanan musuh. ~ daya magnet garis(-garis) lengkung di keliling sesuatu magnet yg tidak memotong antara satu sama lain. ~ finiti, = unjuran ~ finiti garis putus-putus yg dibuat utk menunjukkan berbagai-bagai pandangan terhadap sesuatu objek (spt tinggi, panjang dan dalamnya). ~ kasar a. garis yg dibuat (dilukis) secara kasar. b. apa-apa yg ditulis (dirakamkan) dlm buku secara ringkas; catatan ringkas. ~(an) pusat garis lurus dr tepi ke tepi sesuatu bulatan dan melalui pusat bulatan itu; diameter. ~(an) rentas garis yg menghubungkan dua titik pd garisan tepi sesuatu bulatan. ~(an) selari (sejajar) garisan yg sama jarak di antaranya (dr pangkal hingga ke hujung). ~(an) sentuh garis di luar bulatan yg bersentuh dgn bulatan itu (pd sesuatu titik). ~(an) tegak garis lurus yg membentuk sudut 90o dgn garis lurus yg lain. ~an Antartik garisan lintang 66 o Selatan. ~an Artik garisan lintang Utara. ~an bujur a. jarak ke timur atau ke barat dr sesuatu meridian terutamanya meridian Greenwich (diukur dlm satuan darjah. b. garis pd peta (glob) dr kutub utara ke kutub selatan. ~an Jadi garisan lintang o Selatan. ~an khatulistiwa khatulistiwa. ~an lintang a. jarak ke utara atau ke selatan dr garisan khatulistiwa (diukur dlm satuan darjah). b. garis pd peta (glob) yg merentang dr timur ke barat. ~an Sartan garisan lintang Utara. ~an sesuhu garisan yg menandai sempadan atau batas bagi sesuatu kawasan yg mempunyai suhu yg sama. ~an tegak (cancang) garisan yg lurus ke atas dan membentuk sudut tepat dgn dasarnya. ~an ufuk garisan yg mendatar. bergaris ada garisnya: Utk membuat lukisan, gunakanlah buku yg tidak ~. bergaris-garis banyak garisnya: Getah itu dimesin lagi dgn mesin getah yg ~. menggaris membuat garis: Sambil membaca, dia ~ di bawah perkataan-perkataan yg tidak diketahui maknanya. menggarisi memberi bergaris pd: ~ kertas. menggariskan 1 menggunakan sesuatu utk membuat garis; membuat garis dgn sesuatu: Anaknya telah ~ hujung paku itu pd dinding rumahnya. 2 membuat pedoman atau asas-asas yg dijadikan pegangan: Dlm hadis itu, Rasulullah ~ enam perkara yg wajib dijauhi oleh setiap muslim. penggaris kayu dll yg digunakan utk membuat garis atau utk mengukur; pembaris.Kamus Pelajar Edisi Kedua
titik II1. tanda yg bulat halus (utk menun­jukkan tempat berhenti membaca, tempat tumpuan, dll), noktah: di hujung tiap-tiap ayat hendaklah dibubuh ~; 2. ki sesuatu (keadaan, perkara, hal, ketika, dll) yg penting (khusus, menarik perhatian, dll): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu ~ pengertian; pd satu ~, peng­iktirafan dan mutu tidak dapat dipisahkan; ~ api Id tumpuan pertemuan sinar yg dibalik­kan atau dipecahkan oleh kanta; ~ bengik kecil, remeh, tidak penting: jangan terlalu cenderung dgn hal-hal yg ~ bengik; ~ ber-tindih tanda yg terdiri drpd dua titik bertindih (tanda :) digunakan dlm penulisan sebelum mem­perkenalkan atau menyenaraikan sesuatu; ~ cuali = ~ neutral (Fiz) suatu tempat di antara dua kutub magnet di mana tidak terdapat medan atau kesan magnet; ~ didih Id tingkat suhu apabila sesuatu cecair men­didih; ~ dua titik (noktah) bertindih (tanda :); ~ kata kata pemutus, keputusan; ~ koma tanda koma dgn titik di atasnya, koma bernoktah (tanda ;); ~ mata a) titik (tempat) pd sesuatu yg menjadi tum­puan pelihatan mata; b) ki sesuatu yg menarik perhatian (minat) orang ramai; ~ menen­gah ark titik pusat; ~ pangkal = ~ tolak perkara yg menjadi bahan atau yg di­guna­kan utk membuka perbincangan (huraian dll) mengenai sesuatu, sesuatu yg menjadi dorongan atau permulaan bagi se­suatu (usaha, kegiatan, dll); ~ peralihan sesuatu yg menjadi atau menandakan per­mulaan sesuatu per-ubahan atau perkembangan baru; ~ per­mulaan sesuatu (hal, keadaan, keja­dian, keja­yaan, pengemukaan, dll) yg menjadi punca atau asas utk mencapai sesuatu yg lebih besar (yg selanjutnya); ~ perpuluhan tanda titik di antara dua rangka yg mengasingkan angka se(satuan) dgn pecahan perpuluhan; ~ persa­maan unsur-unsur (bahagian-bahagian) yg menampakkan persamaan (antara bebe­rapa pendapat dll); ~ persilangan (Mat) tum­puan pd persilangan dua garis (tempat ber­silang dua garis); ~ pusat Id titik di tengah-tengah bulatan dll; ~ sentuh (Mat) tumpuan (tempat) garis kena (ber-sentuh) pd sempadan (batas) bulatan; ~ tolak = ~ pangkal; tidak tentu ~ komanya ki tidak tentu hujung pangkalnya (bkn percakapan seseorang); menitik membubuh tanda titik.Kamus Dewan Edisi Keempat
garisan1. tanda yg halus panjang pd sesuatu permukaan yg tidak ada tebalnya dan lebarnya, garis: beberapa ~ berwarna hijau terdapat pd kertas itu; 2. coret panjang yg dibuat utk menandai batas atau sempadan, garis: dia menendang bola itu keluar ~; 3. barisan kubu utk bertahan, deretan benteng utk mempertahankan kawasan yg dikuasai, garis: pasukan komando kita telah berjaya menawan ~ musuh;~ bujur (Geog) garis di peta dr kutub utara sampai ke kutub selatan; ~ lintang (Geog) garis di peta yg selari dgn khatulistiwa;~ penamat garis yg menandakan tempat berakhirnya perlumbaan; ~ pusat garis pusat; ~ rentas garis rentas; ~ sejajar = ~ selari dua garis yg sama jarak antaranya;Kamus Dewan Edisi Keempat
garis1. = garisan tanda yg halus panjang tetapi tidak ada tebalnya atau lebarnya; coret panjang yg lurus, bengkok atau lain-lain: ~ dr A ke B hendaklah dipanjangkan hingga ke C. 2 = garisan coret panjang yg dibuat utk menandai batas atau sempadan: Dia menendang bola itu keluar ~. 3. sesuatu yg telah dijadikan asas (pegangan) utk melakukan sesuatu; pedoman: Kita harus menyelesaikan pekerjaan itu mengikut ~-~ yg telah ditentukan. 4. kesan berupa gores yg terdapat pd kulit atau pd badan seseorang atau sesuatu: Pd betisnya masih kelihatan ~-~ bekas kena rotan. 5 = garisan barisan kubu utk bertahan; deretan benteng utk mempertahankan kawasan yg dikuasai: Pasukan komando kita telah berjaya menawan ~ pertahanan musuh. ~ daya magnet garis(-garis) lengkung di keliling sesuatu magnet yg tidak memotong antara satu sama lain. ~ finiti, = unjuran ~ finiti garis putus-putus yg dibuat utk menunjukkan berbagai-bagai pandangan terhadap sesuatu objek (spt tinggi, panjang dan dalamnya). ~ kasar a. garis yg dibuat (dilukis) secara kasar. b. apa-apa yg ditulis (dirakamkan) dlm buku secara ringkas; catatan ringkas. ~(an) pusat garis lurus dr tepi ke tepi sesuatu bulatan dan melalui pusat bulatan itu; diameter. ~(an) rentas garis yg menghubungkan dua titik pd garisan tepi sesuatu bulatan. ~(an) selari (sejajar) garisan yg sama jarak di antaranya (dr pangkal hingga ke hujung). ~(an) sentuh garis di luar bulatan yg bersentuh dgn bulatan itu (pd sesuatu titik). ~(an) tegak garis lurus yg membentuk sudut 90 o dgn garis lurus yg lain. ~an Antartik garisan lintang 66 ½ o Selatan. ~an Artik garisan lintang 66 ½ o Utara. ~an bujur a. jarak ke timur atau ke barat dr sesuatu meridian terutamanya meridian Greenwich (diukur dlm satuan darjah). b. garis pd peta (glob) dr kutub utara ke kutub selatan. ~an Jadi garisan lintang 23 ½ o Selatan. ~an khatulistiwa khatulistiwa. ~an lintang a. jarak ke utara atau ke selatan dr garisan khatulistiwa (diukur dlm satuan darjah). b. garis pd peta (glob) yg merentang dr timur ke barat. ~an Sartan garisan lintang 23½ o Utara. ~an sesuhu garisan yg menandai sempadan atau batas bagi sesuatu kawasan yg mempunyai suhu yg sama. ~an tegak (cancang) garisan yg lurus ke atas dan membentuk sudut tepat dgn dasarnya. ~an ufuk garisan yg mendatar. bergaris ada garisnya: Utk membuat lukisan, gunakanlah buku yg tidak ~. bergaris-garis banyak garisnya: Getah itu dimesin lagi dgn mesin getah yg ~. menggaris membuat garis: Sambil membaca, dia ~ di bawah perkataan-perkataan yg tidak diketahui maknanya. menggarisi memberi bergaris pd: ~ kertas. menggariskan 1. menggunakan sesuatu utk membuat garis; membuat garis dgn sesuatu: Anaknya telah ~ hujung paku itu pd dinding rumahnya. 2. membuat pedoman atau asas-asas yg dijadikan pegangan: Dlm hadis itu, Rasulullah ~ enam perkara yg wajib dijauhi oleh setiap muslim. penggaris kayu dll yg digunakan utk membuat garis atau utk mengukur; pembaris.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas