bersapa-sapaan | saling bertegur (bercakap-cakap), tegur-menegur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersapaan | , bersapa-sapaan saling bertegur (bercakap-cakap), tegur-menegur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senyum-menyenyum | saling tersenyum: sudah luput segala tunduk-menunduk, ~ serta tegur-menegur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nasihat-menasihati | saling memberi nasihat: ternyata Islam memelihara kebebasan berpendapat melalui konsep ~ sesama Muslim; tegur-menegur dan ~ adalah antara unsur pendidikan yg berkesan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sapa | 1. tegur: “Duduklah nona,” ~nya lembut; 2. ramah: raja itu murah sekali serta dgn tegur ~nya kpd rakyatnya; bersapa keteguran (oleh hantu dll); bersapaan, bersapa-sapaan saling bertegur (bercakap-cakap), tegur-menegur; menyapa mengajak bercakap-cakap, menegur: seorang pun tidak ~ atau mengendah-kan dia; sapa-menyapa saling menyapa atau bertegur sapa, bersapa-sapaan: banyak teman mulai ~; mereka sudah lama tidak ~; tersapa 1. ark ditegur, diajak bercakap-cakap; 2. disapa, keteguran (oleh hantu, orang halus, dll); sapaan teguran, ajakan utk bercakap-cakap: tiba-tiba terdengar ~ di dapur rumah; ~ salam ucapan salam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nasihat | ajaran, petunjuk yg baik, peringatan: tidak mahu mendengar ~ orang tua-tua; menasihati 1. memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kpd: ia sentiasa ~ anak-anaknya supaya tidak meninggalkan sembahyang; 2. mengesyorkan kpd, menganjurkan kpd, mengusulkan kpd: doktor ~nya supaya berhenti menghisap rokok dan meminum minuman keras;nasihat-menasihati saling memberi nasihat: ternyata Islam memelihara kebebasan berpendapat melalui konsep ~ sesama Muslim; tegur-menegur dan ~ adalah antara unsur pendidikan yg berkesan; menasihatkan memberikan sesuatu sbg nasihat atau sbg tunjuk ajar;penasihat orang yg memberi nasihat (tunjuk ajar dll); ~ ekonomi penasihat tentang pelbagai hal yg berkaitan dgn soal ekonomi; ~ kerjaya pe-nasihat tentang kerjaya; ~ pelaburan orang atau pihak yg memberikan nasihat profesional tentang hal-hal pelaburan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senyum | 1. gerak bibir yg ternaik pd hujungnya yg membayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dsb) tanpa mengeluarkan suara: perempuan muda itu kelihatan memberikan ~ manisnya kpd laki-laki itu; 2. menggerakkan bibir hingga ternaik sedikit hujungnya bagi mem-bayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dsb) tanpa mengeluarkan suara: “~, ~,” kata ayah sebelum memetik kamera; ~(-senyum) kambing senyum yg dibuat-buat utk mengejek; ~ kanyur senyum yg dibuat-buat (ketika marah); ~ kucing Kl senyum yg mengandungi sesuatu muslihat; ~ manis senyum yg menarik sekali (menampakkan kejelitaan seseorang); ~ mesra a) senyum yg menunjukkan rasa mesra; b) sj kuih drpd tepung yg dicampur dgn berbagai-bagai ramuan; ~ raja senyum yg dibuat-buat (tidak mengan-dungi apa-apa makna); ~ serong-serong bahasa senyum sedikit sahaja; ~ simpul senyum yg menandakan gembira (geli hati, dll); ~ sinis senyum yg dibuat-buat kerana mengejek (me-nyindir); ~ sumbing senyum sedikit sahaja; ~ tawar senyum yg dibuat-buat ketika berduka-cita (dlm kecewa dll); senyum-menyenyum saling tersenyum: sudah luput segala tunduk-menunduk, ~ serta tegur-menegur; menyenyumi melahirkan senyuman kpd: dia ~ si pelacur tua secara sinis; tersenyum melahirkan senyum: Wan Intan ~ berkulum melihat temasya yg berlaku di hadapannya itu; tersenyum-senyum mengeluarkan senyum yg berulang-ulang dan agak berpanjangan, tersenyum berulang-ulang atau dgn agak ber-panjangan: beberapa orang mahasiswa ke-lihatan ~ memandang gelagat kami; dia ~ mendengar segala janjiku itu; senyuman hasil tersenyum: ~nya menyejuk-kan hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegur; ~ sapa | menegur | Kamus Pelajar |
tegur | , = ~ sapa kata-kata yg diucapkan utk menyapa (mengajak berbual dsb): Orangnya lemah lembut dan baik ~ sapanya. menegur 1 = ~ sapa mengajak orang lain berbual-bual atau bercakap-cakap; menyapa: Saya tidak tahu akan sebabnya dia tidak mahu ~ saya. 2 memberikan nasihat; menasihati: Sesudah ditegur oleh ibu dan bapanya, barulah dia rajin belajar. teguran 1 kata-kata utk menegur. 2 amaran; peringatan; nasihat. keteguran jatuh sakit kerana kononnya diganggu oleh hantu; tersampuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tegur; ~ sapa | 1 kata-kata utk menegur. | Kamus Pelajar |