agensi pelancongan | badan atau syarikat yg menyediakan perkhidmatan pelancongan, spt memberikan maklumat destinasi percutian, mengurus penempahan tiket, mengurus penginapan utk orang ramai yg ingin melancong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
agensi pelancongan | badan atau syarikat yg menyediakan perkhidmatan pelancongan tertentu, spt menguruskan penempahan tiket pengangkutan, memberikan maklumat destinasi percutian dsb utk orang ramai yg ingin melancong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
agensi | (agénsi) 1. organisasi perniagaan dsb yg mengendalikan sesuatu perkhidmatan: ~ pekerjaan; ~ pembantu rumah; 2. pejabat ejen; 3. organisasi pentadbiran kerajaan; ~ pelancongan badan atau syarikat yg menyediakan perkhidmatan pelancongan tertentu, spt menguruskan penempahan tiket pengangkutan, memberikan maklumat destinasi percutian dsb utk orang ramai yg ingin melancong; ~ penarafan badan yg membuat penilaian tentang kedudukan, keutuhan kewangan dsb sesebuah syarikat, institusi, atau individu serta memberikan taraf kedudukan tertinggi, sederhana, atau terendah mengikut merit masing-masing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
agensi | /agénsi/ 1 tempat ejen menjalankan urusan. 2 badan yg menjalankan urusan tertentu. ~ kerajaan organisasi yg dibentuk oleh pihak kerajaan, bertujuan utk merancang, mengawal, membantu dan melaksanakan aktiviti kerajaan dlm mencapai matlamat negara. ~ pelancongan badan atau syarikat yg menyediakan perkhidmatan pelancongan, spt memberikan maklumat destinasi percutian, mengurus penempahan tiket, mengurus penginapan utk orang ramai yg ingin melancong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
biro | jabatan atau agensi (terutama yg mengendalikan urusan tertentu, spt pelancongan, iklan): ~ Guaman Negara; ~ Tatanegara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |