Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ah.li] | اهلي

Definisi : 1. anggota (pertubuhan, persatuan, golongan, dll): ~ parti politik; ~ persatuan sejarah; 2. orang yg mahir atau mempunyai pengetahuan yg mendalam dlm sesuatu bidang, pakar: ~ bahasa; ~ muzik; ~ sains; 3. sangat mahir, pakar: kalau fasal menghias, dia memang ~; ~ bahasa orang yg mahir atau mempunyai ilmu yg mendalam dlm bidang bahasa; ~ bersekutu anggota (persatuan dll) yg tidak mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepe­nuh­nya (mempunyai hak bersuara dan hak dipilih utk memegang sesuatu jawatan); ~ biasa anggota (persatuan dll) yg mempunyai taraf dan hak-hak ahli yg sepenuhnya (mem­punyai hak bersuara dan hak dipilih utk meme­gang sesuatu jawatan); ~ falak orang yg pakar tentang cakerawala (banyak tahu tentang kedudukan, pergerakan, dsb bulan, bintang, dll); ~ falsafah = ~ fikir orang yg mempunyai kemampuan memikirkan hal-hal yg bijaksana (yg berkaitan dgn alam, kehidupan, manusia, dll); ~ gusti orang yg pandai dan juga sering kali bergusti; ~ juri salah seorang drpd sekumpulan orang yg dipertanggungjawabkan membuat keputusan tentang sesuatu perkara yg dibicarakan dlm mahkamah; ~ kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll) orang yg pakar tentang kaji bumi (kaji hayat, kaji manusia, dll); ~ kehormat ahli yg keanggotaannya diberi sbg suatu kehormatan kerana khidmat atau jasanya (yg tidak dibayar); ~ linguistik orang yg mengkaji atau mengajarkan linguistik; ~ majlis tempatan wakil rakyat yg menjadi ang­gota majlis yg mentadbirkan kawasan (daerah) tempatan; ~ parlimen anggota parlimen (orang yg menduduki kerusi di Parlimen sbg wakil rakyat di sesuatu kawasan pilihan raya); ~ sains orang yg arif dlm salah satu cabang ilmu sains (spt botani) yg terlibat secara langsung dgn kerja-kerja kajian bidang ini; ~ sukan orang yg berminat dan juga sering kali mengambil bahagian dlm sukan; ~ terapi orang yg mahir dlm sesuatu jenis terapi; ~ tetap ahli yg sentiasa atau secara tetap menjadi anggota sesuatu (spt jawatankuasa dll); ~ tinju orang yg pandai bertinju dan selalu berlawan tinju; mengahlikan; ~ diri memahirkan diri dlm sesuatu ilmu pengetahuan (bidang kegiatan, pekerjaan yg dilakukan, dll), berusaha atau bergiat agar menjadi ahli: mula-mula ia ~ dirinya dlm ilmu fikah; keahlian 1. kemahiran dlm sesuatu ilmu (kepandaian, pekerjaan, dll): penterjemah yg baik memerlukan ~ seorang pengarang; 2. perihal menjadi ahli, kedudukan (hak) sbg ahli, keanggotaan: ~nya dlm kelab ini telah dibatalkan; berkeahlian mempunyai keahlian: mereka yg ~ dlm ilmu sains moden. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ah.li] | اهلي

Definisi : , ahlil, ahlu, ahlul kaum, orangnya (terutama dlm rangkaian kata Arab); ~ bait isi rumah; ~ kitab kaum yg berkitab suci (orang atau kaum yg mengikuti ajaran agama yg terkandung di dlm kitab-kitab Injil, Taurat, dan Zabur); ~ kubur orang-orang yg telah meninggal dunia; ~ nujum orang yg pandai meramalkan sesuatu (dgn melihat bintang, tapak tangan, dll); ~ suluk orang yg faham atau melakukan suluk; ~ sunah (waljamaah) kaum Islam yg menurut ajaran hadis Nabi Muhammad SAW. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ah.li] | اهلي

Definisi : 1 orang yg mahir dlm sesuatu bidang; pakar: ~ sains; ~ bahasa. 2 anggota sesuatu pertubuhan dsb. ~ bersekutu anggota sesuatu pertubuhan yg haknya terbatas (spt tidak boleh mengundi, tidak boleh dipilih). ~ biasa anggota sesuatu pertubuhan yg mempunyai hak mengundi dan juga hak dipilih. ~ falak orang yg pakar ttg ilmu bintang. ~ fitrah manusia yg hidup antara dua nabi atau rasul dan tidak sampai kpd mereka syariat mana-mana rasul. ~ jawatankuasa orang yg dipilih utk menjalankan pentadbiran sesuatu urusan (persatuan, kesatuan dsb). ~ kabinet anggota jemaah menteri. ~ kehormat orang yg diterima menjadi anggota sesuatu pertubuhan dsb kerana jasa-jasanya atau utk menghormatinya. ~ kubur orang-orang yg telah meninggal. ~ parlimen orang yg dipilih oleh rakyat utk menjadi wakil mereka di parlimen; wakil rakyat. ~ sunah (sunah wal-jamaah) orang Islam yg berpegang teguh pd ajaran dan perbuatan Nabi Muhammad SAW. ~ utama orang yg menganggotai sesuatu badan ilmiah atau ikhtisas yg tertinggi. ~ waris orang-orang yg berhak mewarisi pusaka. keahlian 1 kemahiran atau kepandaian dlm sesuatu bidang; kepakaran. 2 hal menganggotai sesuatu pertubuhan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ahli

Peribahasa

Tertawa dalam perkabungan.

Bermaksud :

Ahli waris yang bersenang hati dalam masa berkabung kerana akan mendapat harta pusaka.

 

Lihat selanjutnya...(10)

57

Blood is thicker than water

Ahli keluarga lebih dipentingkan daripada orang lain.

Masin lagilah garam sendiri

So you have been married to him for 20 years and you have remained loyal to him through thick and thin. But still he voted for his sister when you and she were vying for the post. It seems that blood is thicker than water, my dear friend.

Jadi awak telah hidup bersamanya selama 20 tahun dan susah senang, awak tetap setia padanya. Namaun dia tetap mengundi kakaknya apabila awak bersaing dengan kakak ipar awak itu untuk merebut jawatan tersebut. Nampaknya masin lagilah garam sendiri, wahai kawanku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sufiAr = ahli ~ ahli ilmu suluk (tasawuf); ilmu ~ ilmu suluk (tasawuf); kesufian tingkat pencapaian menjadi ahli sufi: rahsia ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
taklidpenyerahan kpd kuasa ahli-ahli hukum yg terdahulu utk memutuskan sesuatu. bertaklid 1 berserah kpd kuasa ahli hukum yg terdahulu. 2 percaya saja kpd kata orang; menurut; meniru: ~ buta hanya menurut saja tanpa berfikir.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mempertimbangkan1 memikirkan atau merenungkan sesuatu utk membuat kesimpulan: Ahli-ahli jawatankuasa sedang ~ per­mohonan saudara utk menjadi ahli. 2 menyerahkan sesuatu supaya ditim­bang: Hal itu akan dipertimbangkan kpd pihak mahkamah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
duniawikeduniaan: ahli-ahli siasah dan pemimpin negara memberikan corak hidup ~ yg tertentu kpd kita; keduniawian 1. bersifat dunia, mengenai sesuatu yg tidak kekal; 2. perihal terlalu mementingkan keduniaan (kebendaan dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
mendiskusikanmembincangkan sesuatu hal: Ahli-ahli panel sedang ~ novel itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lawak Ijenaka, kelakar: ahli-ahli ~ yg terkenal akan mengambil bahagian dlm pertunjukan itu; lawak-lawak perbuatan yg menggelikan hati (lucu); ~ main bunga tahi prb olok-olok biasanya membawa kpd perselisihan; berlawak, berlawak-lawak, melawak, melawak-lawak melakukan atau membuat sesuatu yg menggelikan hati (melucukan), berjenaka, berolok-olok; pelawak 1. orang yg suka membuat kelakar (lawak dsb); 2. tukang lawak; 3. Kl orang yg pembohong (tidak bercakap betul).Kamus Dewan Edisi Keempat
konvensyen(konvénsyen) 1. persidangan ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa (antara negara, pemerintah, dsb); berkonvensyen menyertai atau menghadiri konvensyen: berita gembira itu diterima ketika saya sedang ~ di Kuala Lumpur; mengkonvensyenkan membincangkan atau membahaskan sesuatu perkara, isu dsb dlm konvensyen: soal kelemahan prestasi akademik pelajar Melayu itu perlu dipandang serius dan dikonvensyenkan segera.Kamus Dewan Edisi Keempat
taklidpenyerahan kpd kuasa ahli-ahli hukum yg terdahulu utk memutuskan sesuatu.Kamus Pelajar
mempertimbangkan1 memikirkan atau merenungkan sesuatu utk membuat kesimpulan: Ahli-ahli jawatankuasa sedang ~ permohonan saudara utk menjadi ahli.Kamus Pelajar
timbang; ~ rasa1 memikirkan atau merenungkan sesuatu utk membuat kesimpulan: Ahli-ahli jawatankuasa sedang ~ permohonan saudara utk menjadi ahli. Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas