Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aliran nya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
arus1. gerakan air atau udara: ~ deras air sungai; 2. = ~ elektrik gerakan atau aliran tenaga elektrik melalui sesuatu pengalir; ~ terus = ~ searah Id aliran elektrik yg tetap haluan dan kuasanya; ~ ulang-alik = ~ bolak-balik Id aliran elektrik yg haluan dan had kuasanya bertukar-tukar; 3. pergerakan kenderaan (manusia dll) yg tidak putus-putus: menantikan redanya ~ lalu lintas di jalan; hilang dlm ~ orang banyak yg meninggalkan stadium; 4. ki aliran, perkembangan: sesuatu perlakuan tidak boleh didefinisikan secara ber­­asingan drpd kedudukannya dlm ~ pen­­ce­ri­taan; ~ sejarah; ~ zaman; ~ per­ubahan fesyen; ~ pembangunan; 5. = ~ hidup (peng­hidupan) perjalanan hidup, kehidupan: dia tidak lagi menghanyutkan diri ke dlm ~ kota; ~ air mata air mata yg mengalir dgn tidak putus-putus; ~ dingin = ~ sejuk arus yg mem­bawa udara yg dingin (sejuk); ~ lautan arus yg bergerak di kawasan lautan; ~ panas arus yg membawa udara yg panas; ~ pasang surut arus yg disebabkan oleh gerakan pasang surut; ~ perdana perkembangan semasa yg sedang giat berlaku dr segi pembangunan (fizikal, men­tal, kebudayaan, kehidupan dsb): tiada kawasan di negeri yg disisihkan drpd ~ per­dana pembangunan; berarus ada arusnya: air yg melaut itu rupa­nya tenang tetapi pd setengah-setengah tempat ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
gelombang1. ombak laut yg bergulung-gulung panjang, ombak besar: laut mengganas dgn ~; ~nya membukit berlapis-lapis; ~ dua belas Mn sj tarian pedang; 2. = riak ~ Id aliran getaran (unsur bunyi, cahaya dsb) yg bergerak dlm satu perantaraan: radio Malaysia disiarkan melalui ~ pendek 49 meter; ~ bunyi; 3. gerakan (tindakan dsb) yg dilakukan berturut-turut (serangan tentera, tunjuk perasaan, dll): ~ pertama kapal-kapal terbang pengebom sudah berangkat; 4. gerakan atau aliran (manusia dll) dlm kumpulan yg besar, dan meliputi kawasan yg luas: ~ pertama manusia yg dipanggil oleh Heine Gelden, seorang ahli prasejarah sbg ‘Proto Malaya’; ~ elektromagnet (Fiz) gelombang tenaga yg dirambat dlm medan elektromagnet; ~ haba (Fiz) gelombang udara panas yg besar dan bergerak perlahan; ~ mikro (Fiz) gelombang elektromagnet yg sangat pendek dgn jarak gelombang antara 1 - 300 mm, digunakan terutamanya dlm perhubungan radio dan ra­dar, memasak dsb, mikrogelombang; ~ panjang (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya lebih drpd 1000 meter; ~ pendek (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya antara 10 - 100 meter; ~ radio (Fiz) gelombang tenaga elektrik yg bergerak melalui udara dan ruang angkasa, yg frekuensinya antara 10 KHz - 300 000 MHz; ~ sederhana (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya antara 100 - 1000 meter; bagai ~ dua belas prb hebat (pendekar apabila menarikan pedang); sama naik bak ~, sama turun bak ke pencong prb dua hal atau kejadian yg sama keadaannya; bergelombang 1. = menggelombang berombak panjang-panjang, mengombak; 2. berlaku berturut-turut (serangan, tunjuk perasaan, dll): serangan-serangan itu datang ~-gelombang.Kamus Dewan Edisi Keempat
halaarah yg dituju (aliran sungai, tiup­an angin dll): Angin bertiup ~nya ke pantai. menghala mengikut hala; mengarah; menuju: Kapal itu berlayar ~ ke utara. menghalakan menetapkan hala; menujukan; mengarahkan: Dia ~ tembakan itu kpd musuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
halaarah yg dituju (aliran sungai, tiupan angin dll): Angin bertiup ~nya ke pantai. menghala mengikut hala; mengarah; menuju: Kapal itu berlayar ~ ke utara. menghalakan menetapkan hala; menujukan; mengarahkan: Dia ~ tembakan itu kpd musuh.Kamus Pelajar
pemihakanperihal memihak pd sesuatu kumpulan (aliran): sumbangan utama al-Ghazali sebenarnya terletak pd ~nya kpd kelompok antifalsafah.Kamus Dewan Edisi Keempat
pemelajaranproses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg meng­hadiri sekolah aliran Inggeris.Kamus Dewan Edisi Keempat
cucur Ialiran (pancaran) ke bawah (air dll): tanah yg dibelinya dgn harta ~ peluhnya sendiri; bercucuran mengalir ke bawah, memancur ke bawah, berpancaran ke bawah: seraya ia menangis ~ air matanya bagai manik diurai; mencucuri 1. menuang air dsb pd, menyi­rami, menjirus: dia ~ kakinya yg berlumpur dgn air; 2. melimpahkan rahmat dsb ke atas atau pd seseorang: Tuhan ~ makhluk-Nya dgn rahmat; semoga Allah ~ kita dgn rahmat dan hidayah-Nya; mencucurkan 1. mengalirkan turun, me­mancarkan, memancurkan; ~ air mata me­nangis; 2. memberikan (mengurniakan dsb) banyak-banyak, melimpahkan: semoga Allah sentiasa ~ rahmat-Nya ke atas roh kedua-dua orang tua kami yg sangat dikasihi; cucuran aliran ke bawah, pancaran, pan­curan; ~ atap hujung atap tempat air hujan jatuh; ~ harta pembahagian harta kpd waris (kewarisan harta).Kamus Dewan Edisi Keempat
perjalanan1. hal atau perbuatan berjalan: Ia ternampak seekor ular ketika dlm ~nya ke sekolah tadi. 2. cara berjalan (bergerak):Dia bertanggungjawab atas ~ syarikat itu. 3. aliran (bkn air dsb): ~ air sungai itu selalu tersekat oleh sampah sarap.Kamus Pelajar
aliran1. gerakan mengalir (bkn air, tenaga elektrik, dll): ~ air sungai menuju ke laut; ~ tenaga elektrik; 2. gerakan keluar atau masuk biasanya banyak-banyak (dr sebuah negara ke negara lain dsb): ~ emas ke luar negeri; 3. saluran (spt paip air, dawai elektrik, dll) tempat mengalirnya sesuatu: ~ sungai itu selalu berpindah-pindah; 4. haluan pemikir­an (pendapat), mazhab (politik, pandangan hidup, dll); ~ falsafah moden pandangan (haluan) falsafah moden; ~ komunis pendapat atau pemikiran komunis; ~ zaman pandangan hidup masa tertentu; 5. jalan (cerita dsb): cerita ini kutuliskan secara roman sejarah, tetapi ~nya kusesuaikan dgn kisah pepe­rangan Kedah; 6. arah perkembangan, ke­cen­derungan atau kemungkinan (hala sesuatu perkembangan): ~ puisi tahun enam puluhan; ~ pasaran getah; 7. yg termasuk dlm sesuatu golongan yg khusus atau tertentu (bkn pem­bahagian atau pengelasan pelajar atau pelajar­an dsb), sekolah menengah ~ Melayu; pelajar-pelajar ~ sains; ~ tunai penerimaan dan pem­bayaran wang tunai;Kamus Dewan Edisi Keempat
lidah I1 organ yg lembut di dlm mulut yg digunakan utk merasa (menjilat atau berkata-kata). 2 cara bertutur atau cara melafazkan kata-kata; tutur kata: fasih ~nya. 3 bahagian benda yg menyerupai lidah 1: ~ kasut. ~ air hujung aliran air (banjir dsb) yg mula-mula datang. ~ bercabang (biawak) tidak dpt dipercayai percakapannya; tidak tetap percakapannya (tidak menepati janji). ~ keras sukar menuturkan atau menyebut perkataan dgn betul. ~ lembut dpt atau mudah menyebut perkataan dgn betul. ~ manis baik tutur katanya. ~ ombak bahagian hujung ombak (yg di depan sekali). ~ pendeta kata-kata hikmat drpd orang yg bijaksana (di dlmnya terdapat pengertian yg tinggi dan berguna utk panduan hidup). ~ pengarang rencana pengarang. lidah-lidah sesuatu yg menyerupai lidah. berlidah mempunyai lidah. ~ dua ki tidak tetap pendiriannya atau perkataannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas