Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ambil kan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ambil; jangan ~ berat jangan pedulikan sangat; tidak ~ pusing tidak peduli; ambil-mengambil, berambil-ambilan 1. saling mengambil, saling menerima; 2. = seambilan kahwin-mengahwini (antara dua keluarga, kaum, dll); mengambil 1. memegang (memungut, me­me­tik, dll) sesuatu serta menyimpannya atau membawa pergi dll, menerima dan menyim­pan sesuatu: dia ~ surat yg saya berikan itu dan menyimpannya di dlm laci; 2. meme­gang dan menarik dsb keluar (dr saku, beg, dll): ~ wang dr kocek; dia ~ sebentuk cincin dr kotak itu; 3. pergi ke sesuatu tempat dan kembali dgn membawa sesuatu atau seseorang yg dikehendaki (diperlukan dsb), mendapat­kan atau memperoleh (sesuatu yg diperlukan): ~ rotan di hutan; ~ air di perigi; dia ke hospital utk ~ ubat; pergi ke sekolah utk ~ anak; 4. memperoleh (membawa pergi dsb) sesuatu kepunyaan orang tanpa pengetahuan­nya atau dgn tidak mendapatkan kebenaran­nya: siapa agaknya yg telah ~ fail yg terletak di atas meja itu tadi? 5. menerima seseorang dlm sesuatu hubungan yg tertentu: dia sedia ~ Milah sbg isterinya; ~ Ahmad sbg rakan kongsi perniagaan; 6. menuliskan (keterang­an, penjelasan, dsb), mencatatkan: seorang pegawai polis sedang ~ keterangan drpd bebe­­rapa orang yg menyaksikan kejadian itu; 7. mengurangi: delapan diambil dua menjadi enam; 8. menerima (utk belajar, bekerja, dsb): syarikat itu akan ~ lebih ramai lagi pekerja bumiputera; 9. mempelajari, mengikuti: seseorang pelajar dikehendaki ~ sekurang-kurangnya empat mata pelajaran; 10. menerima atau meniru (unsur kebudayaan asing dll): kalau mereka berbahasa Melayu, mungkin juga mereka akan ~ cara hidup Melayu; 11. menggunakan atau memenuhi (ruang, tempat, masa, dll): kisah perbicaraan itu ~ ruang melebihi dua halaman; ~ akan saudara menganggap spt saudara; ~ anak a) memungut anak, mengambil utk dijadikan anak; b) (Sumatera) peraturan per­kahwinan dgn si isteri tidak perlu keluar dr rumah orang tuanya; ~ angin menghirup hawa yg baik; ~ bahagian turut serta, menyertai; ~ bena peduli, mengambil endah; ~ berat memberikan perhatian (minat, layanan) yg istimewa (kpd atau terhadap sesuatu atau seseorang); ~ berkat mengambil tuah atau pengaruh baik (drpd orang tua, orang suci, dll); ~ contoh = ~ ibarat a) memberi sbg umpama; b) mencontohi; ~ di hati = ~ ke hati memasukkan di hati; ~ gambar membuat (menghasilkan) gambar dgn menggunakan kamera; ~ haluan menentukan haluan, mengarah; ~ hati a) memikat hati; b) berasa tersinggung, berasa kecil hati; ~ ingatan me­masukkan ke dlm ingatan; ~ jalan mengikuti (menempuh) sesuatu jalan; ~ keputusan memutuskan, menentukan; ~ kesempatan = ~ peluang menggunakan kesempatan (dgn sebaik-baiknya); ~ kira mempertimbangkan, memperhitungkan; ~ langkah a) mulai hen­dak berjalan (berlari, melompat, dll); b) mulai bertindak; ~ masa menggunakan (memer­lukan, memakan) masa; ~ menantu men­jadikan menantu; ~ muka berbuat sesuatu dgn maksud supaya dipuji; ~ nyawa menyebabkan mati, mematikan; ~ oper Id menerima drpd orang lain (utk dipakai, diberi, dll); ~ panjang a) menjadikan urusan panjang; b) memaafkan kesalahan-kesalahan; ~ peduli = ~ pusing mempedulikan, menghiraukan; ~ pekerja (kakitangan, pegawai) menerima atau men­dapatkan pekerja (kakitangan, pegawai) baru; ~ ringkas (simpan, singkat) meringkaskan, mengikhtisarkan; ~ semangat menarik se­mangat drpd badan orang (bkn bomoh dll); ~ sempena mengambil berkat (dr), di samping terdapatnya (berlakunya dsb) sesuatu yg baik; ~ senang menganggap senang (mudah) sahaja; ~ tahu mencari maklumat (khabar) ber­kenaan sesuatu, mengetahui; ~ tanah a) = ~ kota = ~ negeri merampas (tanah, kota, negeri); b) upacara dlm perayaan Hassan Husain; ~ teladan mencontohi, mengambil contoh; ~ tindakan mulai bertindak; ~ ujian a) menduduki sesuatu ujian (peperiksaan di sekolah, ujian memandu kereta, dll); b) Id memberi peperiksaan, memeriksa (guru dll); ~ untung memperoleh (mendapatkan) ke­untungan drpd sesuatu jualan; ~ upah mengerjakan (melakukan) sesuatu utk orang lain dgn atau utk mendapat upah; mengambilkan mengambil utk: ia ~ anak-nya buah-buahan; ambilan yg diambil, sesuatu (hasil) yg diambil: temasya Safar ialah ~ drpd adat Hindu; salah ~ salah sangka; pengambilan 1. perbuatan (usaha, cara, dsb) mengambil, pemungutan, pengutipan: kita terpaksa menambah ~ orang-orang baru; 2. pendapat, pengetahuan; sepanjang ~ saya sepanjang pengetahuan saya; pengambil orang yg mengambil; ~ baha­gian orang yg mengambil bahagian, peserta.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengkafirkanmenganggap kafir, mengata­kan kafir: ~ ahli falsafah ialah sikap yg harus saya ambil sekiranya saya melihat tiga persoalan ini; sebab itu wajiblah dikafirkan mereka dan dikafirkan juga pengikut-pengikut mereka;Kamus Dewan Edisi Keempat
tak Isingkatan bagi tidak; ~kan tidak akan, tidak mung­kin; ~ apa a) tidak mengapa; b) tidak ada apa-apa; acuh ~ acuh tidak ambil peduli; ~ mboh Tr tidak mahu: Meli ~ mboh ajak kamu pergi melihat perlawanan bola sepak.Kamus Dewan Edisi Keempat
tidak tahu -menahua) tidak tahu apa-apa: kami tidak ~ tentang pergolakan dunia; b) tidak mempedulikan (mengendahkan), tidak ambil peduli: ia berbuat spt tidak ~ sahaja; c) tidak kenal-mengenal: aku persila­kan tetamu naik sahaja, tanpa ~ siapa;Kamus Dewan Edisi Keempat
tahu-menahutidak ~ a) tidak tahu apa-apa: kami tidak ~ tentang pergolakan dunia; b) tidak mempedulikan (mengendahkan), tidak ambil peduli: ia berbuat spt tidak ~ sahaja; c) tidak kenal-mengenal: aku persila­kan tetamu naik sahaja, tanpa ~ siapa;Kamus Dewan Edisi Keempat
tampang IVMn 1. biji buah dll yg akan ditanam atau disemai, benih, bibit; ~ cacar ark benih cacar; 2. keratan tumbuhan utk dijadikan benih: ambil ~ tebu itu dan tanam­kan di belakang rumah; 3. ki asal usul, pokok pangkal (drpd sesuatu), punca (drpd sesuatu): inilah ~ segala kejahatan; 4. ki bakal manusia atau binatang (di dlm rahim ibu), lembaga.Kamus Dewan Edisi Keempat
kafirAr (orang yg) tidak percaya kpd Allah dan rasul-Nya, orang yg bukan Islam; ~ Majusi kafir yg menyembah api; mengkafirkan menganggap kafir, mengata­kan kafir: ~ ahli falsafah ialah sikap yg harus saya ambil sekiranya saya melihat tiga persoalan ini; sebab itu wajiblah dikafirkan mereka dan dikafirkan juga pengikut-pengikut mereka; kafir-mengkafirkan saling mengkafirkan: isu ~ pula cuba dihidupkan semula, tetapi gagal menarik perhatian umum; kekafiran sifat-sifat kafir (tidak beriman, tidak percaya kpd Allah); pengkafiran perbuatan mengkafirkan: isu ~ yg diuar-uarkan sejak 19 tahun lalu adalah satu tindakan yg boleh memecahkan keharmonian.Kamus Dewan Edisi Keempat
keruh I1. tidak jernih (kerana mengandungi kotoran spt keladak, lumpur, dll), agak kotor (bkn air): lumpur dr lombong bijih itu menjadikan air sungai itu ~; 2. tidak menyenang­kan atau menggembirakan (bkn kejadian, peristiwa, suasana, dsb), tidak cerah (bkn ke­adaan cuaca dll), agak muram (bkn air muka), agak kacau (kusut) atau tidak keruan (bkn pe­rasaan dsb), tidak sopan atau tertib (bkn kata­-kata dsb): Bidin terkenangkan peristiwa-peristiwa ~ yg telah berlaku pd dirinya; cuaca cerah dan udara tenang telah berubah menjadi ~ dan malap; air muka yg ~ dan sedih; bahasanya ~ bahasanya tidak sopan (tertib); jejaknya ~ Mn asal keturunannya atau perbuatannya yg sudah-sudah kurang baik; ~-~ kerak keruh sedikit (bkn air); buang yg ~ ambil yg jernih prb lupakan perkara atau peristiwa yg tidak baik dan ambil (ingatkan) yg baik-baik sahaja; mengeruh menjadi keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dll); mengeruhkan menjadikan atau menyebab­kan keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dll): gas karbon dioksida boleh ~ air kapur; pertelingkahan mengenai calon pilihan raya ini akan ~ suasana dlm parti; kekeruhan keadaan atau sifat keruh, ke­adaan tidak jernih (tidak menyenangkan dll): ada sesuatu ~ dlm suasana rumah tangga Zarina; ~ air itu disebabkan oleh kotoran yg terkandung di dlmnya; ~ air mukanya menunjukkan ada sesuatu yg kurang baik telah berlaku.Kamus Dewan Edisi Keempat
raihtarik, lwn tolak (dorong, sorong); tolak (menolak) ~ a) beri-memberi serta ambil-mengambil; b) tawar-menawar (berjual beli); meraih 1. menarik kpd diri sendiri: Sufian diraihnya ke dadanya; ia ~ anak itu ke dlm rangkulannya; ~ dayung; 2. ki menarik (hati), memikat (orang dll); ~ hati menarik hati; 3. memborong utk menjual lagi (barang dagangan): kerjanya ~ ikan utk dibawa ke kampung-kampung; 4. memperoleh, men­dapat­kan, mengumpulkan: memang benar kata-kata Joyah isterinya, apalagi mahu diraih rezeki di sungai itu; dia hanya berjaya ~ pingat perak dlm acara 200 meter; ~ pekung ke dada prb sengaja mencari malu atau bencana; ~ pangkur ke dada prb insaf akan diri sendiri; malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih prb segala-galanya terserah kpd untung (nasib); peraih 1. pedagang yg membeli barang dgn jumlah yg banyak dan kemudian menjualnya, pemborong, orang tengah; 2. sampan utk ber­dagang (memborong barang-barang dan menjualnya); berjagal ~ Mn berjual beli barang dlm jumlah yg banyak, memborong.Kamus Dewan Edisi Keempat
meninggalkan1. membiarkan (mendiam­kan) sahaja pd tempatnya (keadaannya dll), tidak membawa pergi: mereka terpaksa ~ anak isteri di kampung utk pergi ke bandar men­cari pekerjaan; 2. pergi dr, berundur dr, menjauhkan diri dr: ia mula ~ tempat itu; kereta api bergerak semula ~ stesen Seremban menuju Kuala Lumpur; 3. membiarkan ber-baki, menyisakan: tidak dihabiskan makan­­an itu, ditinggalkan sedikit utk anaknya; 4. memberi (kpd), mewariskan, mem­beri (bekas-bekas, kesan, dll), meng­akibatkan: ~ pesanan; ~ harta; sindiran itu begitu tajam sehingga ~ kesan yg dalam di hatinya; 5. membiarkan sahaja (tidak meng­ambil, mempergunakan, dll), melepaskan (peluang, kesempatan, dll): sekarang aku berasa kesal kerana ~ peluang baik itu dahulu; 6. sudah melebihi (melampaui, melewati, mendahului, mengatasi): dlm banyak lapangan, bangsa lain telah ~ bangsa Melayu; dlm menguruskan perkara perkahwinan saudara-mara tidak baik ditinggalkan; 7. tidak memasukkan ke dlm per-timbangan (perkiraan dll), mengetepikan, mengesampingkan: kerana kesuntukan masa, beberapa acara dlm perayaan itu terpaksa ditinggalkan sahaja; ia hanya menyebut masalah-masalah besar dan ~ yg kurang penting; 8. membuang (adat dll), tidak memakai atau menjalankan lagi (peraturan, faham, cara, dll), meletakkan (mengosong­kan) jawatan dll: penyajak ini sudah ~ bentuk syair sama sekali; pernah kedapatan gadis bangsa asing ~ agama mereka kerana mengikut laki-laki bangsa kita; 9. tidak mempedulikan atau mengendahkan (kewajib­an dll), mencuaikan (mengalpakan, melalai­kan): ~ kewajiban;Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas