piara | pelihara, bela; anak ~ anak orang lain yg dibela dr kecil, anak angkat; memiara memelihara, membela; ~ ayam; ~ misai; ~ isteri mempunyai isteri; terpiara terpelihara, terbela; piaraan 1. sesuatu yg dipelihara (ayam, kucing, dll); 2. = bini ~ perempuan simpanan, gundik; pemiaraan perihal (perbuatan atau usaha) memiara, pemeliharaan: ~ ayam telur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pungut | ; anak ~ anak orang lain yg dipelihara dr kecil (anak angkat); mak ~ mak kpd anak pungut; saudara ~ orang lain yg dipelihara oleh ibu bapa seseorang, saudara angkat; memungut 1. mengambil atau mengutip sesuatu yg ada di bawah (kerana jatuh dll): semua barang lama, tempurung, botol, dll hendaklah dipungut, jangan dibiarkan bersepah-sepah; 2. memetik atau mengambil buah (bunga, hasil tanaman, dll): petani gembira ~ hasil tanaman mereka; kanak-kanak yg rajin ~ bunga; 3. ki mengambil manfaat (faedah, untung, dll): kita yg bersusah-payah, orang lain yg ~ hasilnya; 4. menarik atau mengutip (bia, cukai, derma, sewa, tol, dll): pertunjukan pentas kerana ~ derma bencana alam; kalau dapat bolehlah diberikan ubat-ubat itu tanpa ~ bayaran; hasil zakat yg dapat dipungut tahun ini sungguh memuaskan; 5. mengutip atau memetik (karangan dll), mengambil atau meminjam kata-kata (drpd bahasa lain): buku ini mengandungi beberapa cerita yg dipungut drpd beberapa hikayat yg terkenal; 6. = memungutkan ark mengambil akan anak, mengambil (laki-laki) utk dijadikan menantu, mengambil orang utk dijadikan pembantu rumah tangga: persatuan utk ~ anak-anak yg terbiar; akan kupungut anak cucunya; 7. = ~ suara mengundi dgn mengambil suara (anggota, rakyat, dll): cadangannya utk ~ suara seluruh ahli dewan diterima oleh ketua; memunguti memungut (mengambil) berkali-kali; memungutkan memungut (mengambil) sesuatu utk orang lain; pungutan sesuatu yg dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat; pemungutan perbuatan memungut: ~ hasil (cukai dll); ~ suara; pemungut 1. orang yg memungut: ~ derma; ~ sampah; ~ zakat; 2. orang yg mengetuai jabatan memungut hasil dll: ~ hasil tanah; ~ hasil setem. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak angkat | anak yg diambil dan dianggap sbg anak sendiri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
anak angkat | anak yg diambil dan dijadikan sbg anak sendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak-anakan | boneka, patung; ~ mentimun anak angkat yg dijadikan isteri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membinkan | memberikan atau membubuh nama bapa kpd anak lelaki: hukum ~ atau membintikan anak angkat kpd bapa angkat adalah haram di sisi Islam; ® ibnu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak pungut | anak orang lain yg dipelihara dr kecil (anak angkat); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak piara | anak orang lain yg dibela dr kecil, anak angkat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
adopsi | IB pengambilan anak orang lain menjadi anak sendiri, pengambilan sbg anak angkat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membintikan | memberikan atau membubuh nama bapa kpd anak perempuan: setiap umat Islam yg mengambil anak angkat perempuan perlu ~ anak tersebut dgn nama bapa kandungnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |