Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : angin yg bertiup dr sebelah tenggara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 udara yg bergerak: Kertas-kertas yg bersusun di atas mejanya habis berterbangan ditiup ~. 2 udara yg dimampatkan (spt yg diisikan ke dlm tayar dsb); Tayar kereta itu tidak cukup ~. 3 gas yg terdapat dlm tubuh badan (biasanya dikeluarkan ketika kentut atau sendawa). 4 udara secara umum: mengambil ~ berjalan-jalan menyedut udara bersih. ~ ahmar keadaan yg terjadi dgn tiba-tiba disebabkan saluran darah tersumbat, rosak atau pecah, yg mengakibatkan hilang kemampuan utk menggerakkan sesetengah anggota badan. ~ badai angin yg datang dr sesuatu jurusan hingga beberapa hari lamanya. ~ barat angin yg datang dr sebelah barat. ~ darat angin yg bertiup dr darat. ~ gila angin yg tidak tentu haluannya. ~ lalu khabar yg tidak tentu benar tidaknya. ~ laut angin yg bertiup dr laut. ~ paksa angin yg baik utk belayar. ~ puyuh (puting beliung) angin yg berpusing. ~ sepoi-sepoi (bahasa) angin yg bertiup perlahan-lahan. angin-angin khabar yg belum sah; desas-desus; khabar angin. angin-anginan orang yg kelakuannya tidak tetap. berangin 1 ada angin bertiup. 2 ada anginnya atau berisi angin: Tayar belakang basikal itu tidak ~. mengangin 1 memisahkan padi dr hampanya dgn menjatuhkannya dr tempat tinggi ketika angin bertiup: ~ padi. 2 menjadi angin (hilang lenyap). mengangini memasukkan angin ke dlm (tayar dsb); meniupkan angin pd; memberi berangin. menganginkan ki memberitahukan sesuatu tidak dgn terus terang; membayangkan. memperanginkan meletakkan sesuatu di tempat yg berangin; menjadikan berangin: Dia ~ kainnya yg basah itu di bawah kipas. peranginan; tempat ~ tempat beristirahat. anjung ~ anjung tempat duduk-duduk berehat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angin

Puisi
 

Angin ini angin apa? Angin melelai pucuk jambu;
     Main ini main apa? Main sudah sejelak jemu.


Lihat selanjutnya...(94)
Peribahasa

Angin tak dapat ditangkap,
     asap tak dapat digenggam.

Bermaksud :

Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.

 

Lihat selanjutnya...(35)

535

No smoke without fire

Khabar angin yang didengar mengenai sesuatu perkara itu tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana jika tidak, masakan orang bercakap

Kalau tiada api, masakan ada asap

The government refuted the allegations made by the local newspaper that were would be a coup d’’etat by a new junta, but no smoke without fire , and the public remained concerned.

Kerajaan menyangkal dakwaan akhbar tempatan bahawa junta baru akan membuat rampasan kuasa, tetapi kalau tiada api, masakan ada asap, dan orang ramai tetap resah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tenggaramata angin di antara timur dgn selatan; angin ~ angin yg bertiup dr sebelah tenggara; (angin) ~ mandi angin kencang dr tenggara; musim ~ musim tengkujuh (dr bulan April hingga bulan Oktober); menenggara ke sebelah tenggara; selatan ~ mata angin di antara selatan dgn tenggara; timur ~ mata angin di antara timur dgn tenggara.Kamus Dewan Edisi Keempat
ribut I1. = angin ~ angin kencang, badai; 2. keadaan cuaca buruk yg merupakan gabungan unsur spt angin, tekanan, awan dan kerpasan, yg merangkumi ribut petir, siklon dan tornado; hujan ~ hujan dan ribut; turun ~ angin kencang bertiup; ~ angin ribut dgn angin yg sangat kencang; ~ api api kebakaran yg tidak ter­kawal disebabkan angin kencang, biasanya terjadi akibat letupan bom; ~ pasir angin ken­cang di padang pasir yg menyebabkan ke­pulan-kepulan pasir berterbangan; ~ petir ribut yg disertai guruh dan kilat, biasanya diikuti hujan lebat; ~ salji angin kencang yg sangat sejuk dan disertai salji; ~ taufan angin ribut; ~ tenggara ribut dr arah tenggara; tak ada ~ masakan daun bergoyang prb tentu ada sebab-nya maka terjadi sesuatu per­kara; beribut membadai, berkecamuk (angin dll): taufan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kelambu II; angin ~ angin utara; ~ menunggal angin yg bertiup ke utara; ~ sebelah angin yg bertiup ke arah laut; musim ~ menunggal musim angin utara.Kamus Dewan Edisi Keempat
silirantiupan angin yg lemah lembut; angin ~ angin yg lemah lembut.Kamus Dewan Edisi Keempat
angin-anginkhabar yg belum sah; desas-desus; khabar angin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
silir Iangin yg lemah lembut; ~-semilir bertiup perlahan-lahan (angin dll); bersilir-silir bertiup perlahan-lahan, atau sepoi-sepoi bahasa (angin), silir-semilir; siliran tiupan angin yg lemah lembut; angin ~ angin yg lemah lembut.Kamus Dewan Edisi Keempat
puyu I; angin ~ angin yg berkisar (berpusing-pusing), angin puting beliung.Kamus Dewan Edisi Keempat
utara Iarah hadapan kalau kita berdiri dgn kiri ke barat (kanan ke timur), mata angin yg bertentangan dgn selatan; angin ~ angin yg bertiup dr sebelah utara; bintang ~ bintang kutub utara; musim ~ musim tengkujuh yg dibawa angin dr timur laut; ~ barat laut mata angin antara utara dgn barat laut; ~ semata timur = ~ timur laut mata angin antara utara dgn timur laut; ~ tepat utara betul.Kamus Dewan Edisi Keempat
sakal; angin ~ angin yg datang dr arah haluan perahu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
yahum; angin ~ angin yg berpuput dr buritan kapal dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas