cemani | Jw hitam seluruhnya (hingga ke tulang-tulangnya); ayam ~ ayam yg hitam seluruhnya, ayam selasih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ayam I | 1. sj unggas yg biasanya diternak; 2. daging ayam: kari ~; sup ~; ~ aduan ayam sabung(an); ~ air, Porphyrio porphyrio; ~ alas ayam hutan; ~ bacul ayam sabung yg penakut; ~ (bulu) balik ayam yg bulunya terbalik; ~ bangkas ayam jantan yg borek (berbintik-bintik putih); ~ belanda sj unggas besar yg diternak, Meleagris gallopavo; ~ belorong ayam jantan yg putih; ~ beroga = ~ burga ayam hutan; ~ betina ayam jenis betina (jenis yg boleh bertelur); ~ biang ayam betina yg sudah bertelur; ~ biring ayam jantan yg kuning kakinya; ~ bogel ayam yg (hampir) tidak berbulu, ayam togel; ~ daging ayam yg diternak khusus utk dagingnya (bukan utk mendapatkan telur); ~ dara ayam betina yg hampir bertelur; ~ denak = ~ hutan ayam liar, Gallus gallus; ~ didik anak ayam yg tidak beribu tetapi dididik (dipelihara) oleh orang yg memeliharanya; ~ golek a) (daging) ayam yg dipanggang seekor-seekor; b) sj masakan yg daging ayamnya dimasak seekor-seekor; ~ hitam = ~ selasih ayam yg bulunya berbintik-bintik hitam atau kelabu; ~ itik berbagai-bagai jenis ayam dan itik yg dipelihara (ayam, itik, angsa, dll); ~ jalak ayam jantan yg rupanya spt perling dan kakinya kuning; ~ jantan ayam jenis jantan (jenis tidak boleh bertelur); ~ kampung ayam yg diternak secara yg biasa dilakukan di kampung, Gallus gallus domestica; ~ kasi = ~ kebiri = ~ kembiri ayam yg dikembiri; ~ katik sj ayam yg kecil; ~ kenantan = ~ cenantan = ~ sinantan ayam jantan yg putih; ~ koci sj ayam yg berasal dr Cochin China (Vietnam, Kemboja); ~ lemba ayam yg rendah badannya; ~ mandul ayam betina yg tidak bertelur; ~ mei, Gallicrex cinerea; ~ meluruh ayam yg bulunya sedang luruh (gugur); ~ mutiara , Numida meleagris; ~ panggang daging ayam yg dipanggang; ~ paya, Gallinula chlorophus; ~ pega burung tatera, Lophura ignita rufa; ~ pencen ayam yg tidak bertelur lagi; ~ penelur = ~ telur ayam yg diternak terutamanya utk mendapatkan telurnya (bukan dagingnya); ~ peranggang = ~ potongan ayam yg dipelihara utk disembelih; ~ percik ayam panggang yg disaluti sos yg diperbuat drpd santan dan rempah ratus; ~ pilas ayam jantan yg hitam lehernya dan kakinya (bulunya berbintik-bintik); ~ piru sj ayam belanda; ~ pupuh ayam aduan (sabungan) yg tidak memakai taji; ~ sabung(an) ayam jantan utk disabung; ~ sebandung ayam kembar yg menetas dr sebutir telur; ~ serama sj ayam peliharaan yg kecil, jinak, berbulu cantik dan berkaki pendek; ~ sinantan ayam kenantan; ~ tambatan ki orang yg dianggap hebat dan sangat diharapkan dapat membawa kemenangan dlm sesuatu perlawanan, spt bola sepak dsb; ~ tedung ayam jantan hitam yg besar dan tegak bulu suanya; ~ baru belajar berkokok prb baru saja cukup umur, baru mencuba hendakkan perempuan; ~ beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, ke hutan juga perginya prb orang dagang itu bagaimanapun senang di negeri orang, ingat juga akan negerinya sendiri; ~ bertelur di atas padi mati kelaparan prb orang yg menderita kesusahan di tempat yg mewah; ~ ditambat disambar helang, (padi ditanam tumbuh lalang) prb untung yg malang (spt isteri atau tunangan dirampas orang yg berkuasa); ~ hitam terbang malam, hinggap di pokok pandan, bergeresek ada, rupanya tiada prb kejahatan yg sulit dan diketahui orang tetapi tidak ada bukti yg nyata; ~ itik raja pd tempatnya prb setiap orang itu adalah penting pd tempatnya sendiri; ~ menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga suka ditujuinya prb perangai drpd baka yg asal tidak akan berubah juga; ~ putih terbang siang, (hinggap di halaman, malih kpd mata orang banyak) prb perihal pekerjaan yg dilakukan dgn terang dan nyata dan diketahui orang; ~ tak patuk, itik tak sudu prb dikatakan kpd seseorang yg hina atau sesuatu yg tidak berharga; ~ terlepas, tangan bau tahi prb dikatakan kpd orang yg mengerjakan perbuatan yg dilarang itu akhirnya mendapat malu; ~ tidur senang dlm reban, musang yg susah beredar keliling prb orang yg berperasaan dengki, tidak suka melihat orang lain senang; bagai ~ dimakan tungau prb dikatakan kpd orang yg kurus dan pucat kerana kena penyakit; bagai ~ mabuk tahi prb dikatakan kpd orang yg pucat lesi dan lemah kerana sakit; bagai ~ mengarang (mengeram) telur prb keelokan merah muka seseorang perempuan; spt ~, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang prb perihal orang miskin, tidak bekerja keras tidak dapat makan; ayam-ayaman 1. ayam tiruan (utk permainan); 2. ayam-ayam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ayam cemani | ayam yg hitam seluruhnya, ayam selasih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kinantan | 1. putih seluruhnya (ayam dll); ayam (kuda) ~ ayam (kuda) yg putih seluruh tubuhnya; 2. ki istimewa, luar biasa (kepandaiannya, keberaniannya, dll): akan anak Mak Guna yg ~ itu sekali-kali tak teringat oleh emak Amin; bagai ~ hilang taji prb orang yg bijak (kaya dll) yg tidak lagi mendapat penghargaan (penghormatan) orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taji I | = ~ ayam susuh buatan (drpd besi, tembaga, dll) yg dipasang pd kaki ayam sabungan; ~ bentuk taji yg melengkung bentuknya dipasang pd susuh ayam; ~ golok taji yg dipasang pd kais ayam (bermacam-macam bentuknya); berombong ~ memakai taji (ayam sabungan); membulang ~ mengikat atau melekatkan taji pd kaki ayam sabungan; penggabus ~ alat tempat memasang taji (pd kaki ayam); tuntung ~ hujung taji yg tajam; spt ~ dibentuk ki bentuk alis atau kening yg cantik; duduk diambung-ambung ~ prb perihal seseorang yg senantiasa dlm kerunsingan; bertaji memakai taji (ayam sabungan); belum ~ hendak berkokok prb belum berilmu apa-apa sudah hendak mengagungkan diri; menaji menikam, mencucuk, menusuk dsb dgn taji atau dgn benda tajam: dia segera berpaling ke belakang utk ~ Sang Jebat tetapi ditahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tungau I | sj kutu yg halus spt tuma (biasanya terdapat pd ayam atau kera); mati ayam, mati ~nya prb a) apabila tuannya atau ketuanya mendapat kecelakaan anak buahnya turut merasainya juga; b) hal dua orang yg sangat berkasih-kasihan (mati satu mati kedua-duanya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sembelih | ; menyembelih memotong leher (binatang dll hingga putus merihnya), meng-gorok, membantai: pd pagi-pagi esoknya Pak Pandir pun merapus kerbau lalu disembelih-nya; ~ ayam dgn pisau, ~ orang dgn kapas prb manusia harus diperlakukan dgn lemah lembut; sembelihan sesuatu yg disembelih (utk disem-belih): kerbau ~; penyembelihan 1. perbuatan menyembelih, pemotongan: dua ekor kerbau itu ditambat di belakang rumahnya sementara menunggu hari ~nya; 2. daging upah menyembelih; tidak usak kerbau oleh ~ prb tidak akan menjadi miskin bagi orang kaya yg berderma; penyembelih 1. orang yg kerjanya menyem-belih; 2. alat (spt pisau dll) utk menyembelih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tembolok | 1. kantung tempat menyimpan makanan pd leher burung (ayam dll): kelihatan padi berhamburan di tanah dr ayam tedung, kerana ~nya belah kena taji ayam kurik; 2. bk perut; asal berisi ~ senang hati prb apabila sudah cukup makan dan pakaian, senanglah hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laga I | 1. adu atau sabung (binatang spt lembu, ayam, dll), perkelahian: biar lambat ~ asal menang; ayam ~; kerbau ~; 2. langgar, hantuk; berlaga 1. bersabung (lembu, ayam, dll), berkelahi, bergaduh: maka kedua-dua ayam itu pun ~lah; 2. berlanggaran (kereta, pinggan mangkuk, dll), berhantukan: bunyi kuali dan sudip ~ jelas kedengaran; berlagaan, berlaga-lagaan saling berlaga: mata pedang bergemerencing ~ sesama sendiri; melaga 1. menyabung (lembu, ayam, dll), mengadu; 2. menghantuk, melanggar; melagakan 1. membuat supaya berlanggar (kereta, pinggan mangkuk, dll), melanggarkan, menghantukkan: dia sengaja ~ keretanya pd tembok itu; 2. membuat supaya dua orang sahabat dsb berkelahi (dgn cara menghasut, membuat fitnah, dsb), mengadudombakan: dia suka ~ kawan-kawannya sendiri; melaga-lagakan 1. melagakan (melanggarkan dsb) berulang kali, melanggar-langgarkan, menghantuk-hantukkan: seketika ia ~ kepalanya ke dinding spt orang gila; 2. mengadu domba: mereka akan dilaga-lagakan selagi tidak mengubah pandangan hidup; memperlagakan membuat supaya berlaga atau berkelahi (lembu, ayam, dll), menyabungkan, mengadukan; perlagaan perihal berlaga (binatang, kereta, dll), pergaduhan, perkelahian: negeri Kelantan termasyhur dgn temasya ~ lembu dan kerbau; pelaga 1. binatang dll yg berlaga atau dilagakan; ayam (ikan) ~ ayam (ikan) utk berlaga; 2. suka berlaga (berbantah, berkelahi, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rentang | terhulur panjang, terhulur memanjang; se~ perjalanan Mn beberapa lamanya (jauhnya) berjalan; se~ ayam selama (sepusing) menyabung ayam; merentang 1. membentang panjang, ter-letak memanjang: satu banjaran gunung ~ di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu; dawai telefon yg ~ dr rumah ke rumah; tugas hidupku ~ di depanku; 2. menggalang, menghalang, melintang (di jalan dll); ~ antap ark memotong (memintas) jalan; ~ jalan membuat jalan; ~ jambatan membuat jambatan; ~ panjang menghuraikan (menceritakan) panjang lebar; merentangi 1. merentang pd: mereka membina sebuah jambatan gantung yg ~ sungai; jalan kereta api Trans-Siberia yg lurus ~ kawasan ini; 2. menghalangi, merintangi: beberapa banyak kesukaran yg ~ usahanya telah dapat diatasi; merentangkan 1. menarik atau memasang kawat (benang, tali, dll) tegang-tegang, meregangkan: ~ kawat; ~ tali; maka diregangkan oleh Benderang dgn Badang rantai itu dan direntangkannya; 2. menghulurkan (tangan, kaki) ke hadapan dll: ia mulai bergerak, ~ tangan, dan menganjurkan kaki; 3. menerangkan dgn panjang lebar, menghuraikan: pandai ~ cerita; terentang 1. sudah direntangkan, terbentang: gunung itu ~ dr utara ke selatan melalui tanah besar Asia Tenggara; 2. tergalang, terhalang; perentangan perbuatan dsb merentangkan: kegiatan pengedaran dan penampalan poster dan ~ sepanduk di merata-rata tempat; perentang sesuatu (benda atau orang) yg merentang (menghalang), penghalang: rantai ~ itu dapat diputuskan; kenangan hitam itu berjaya menjadi ~ utama bagi Babu drpd berkahwin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |