bahasanya keruh | bahasanya tidak sopan (tertib); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keruh I | 1. tidak jernih (kerana mengandungi kotoran spt keladak, lumpur, dll), agak kotor (bkn air): lumpur dr lombong bijih itu menjadikan air sungai itu ~; 2. tidak menyenangkan atau menggembirakan (bkn kejadian, peristiwa, suasana, dsb), tidak cerah (bkn keadaan cuaca dll), agak muram (bkn air muka), agak kacau (kusut) atau tidak keruan (bkn perasaan dsb), tidak sopan atau tertib (bkn kata-kata dsb): Bidin terkenangkan peristiwa-peristiwa ~ yg telah berlaku pd dirinya; cuaca cerah dan udara tenang telah berubah menjadi ~ dan malap; air muka yg ~ dan sedih; bahasanya ~ bahasanya tidak sopan (tertib); jejaknya ~ Mn asal keturunannya atau perbuatannya yg sudah-sudah kurang baik; ~-~ kerak keruh sedikit (bkn air); buang yg ~ ambil yg jernih prb lupakan perkara atau peristiwa yg tidak baik dan ambil (ingatkan) yg baik-baik sahaja; mengeruh menjadi keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dll); mengeruhkan menjadikan atau menyebabkan keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dll): gas karbon dioksida boleh ~ air kapur; pertelingkahan mengenai calon pilihan raya ini akan ~ suasana dlm parti; kekeruhan keadaan atau sifat keruh, keadaan tidak jernih (tidak menyenangkan dll): ada sesuatu ~ dlm suasana rumah tangga Zarina; ~ air itu disebabkan oleh kotoran yg terkandung di dlmnya; ~ air mukanya menunjukkan ada sesuatu yg kurang baik telah berlaku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susila | baik budi bahasanya; beradab; sopan. kesusilaan hal mengenai susila; kesopanan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepuitisan | keadaan puitis: ~ bahasanya dapat dilihat melalui banyaknya pilihan kata yg mempunyai pertalian bunyi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susila | baik budi bahasanya; beradab; sopan. | Kamus Pelajar |
sopan | 1 baik budi bahasanya; baik perangai dan tingkah lakunya; beradab: Jika ada tetamu datang, kamu hendaklah sentiasa ~. 2 hormat dan takzim: Tetamu itu disambutnya dgn ramah-tamah lagi ~. bersopan berlaku sopan: Kita hendaklah sentiasa ~. menyopankan menjadikan sopan: Mereka berusaha ~ remaja bermasalah itu. kesopanan keadaan atau hal sopan; tutur kata (tingkah laku dll) yg sopan: Perbuatan mereka sudah melanggar ~ timur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beradab | 1 baik budi bahasanya; sopan: Orang yg ~ tidak akan meninggikan suara apabila berkata-kata dgn ibu bapanya. 2 telah maju tingkat kehidupannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
susila | 1. baik budi bahasanya, beradab, sopan, tertib; 2. = kesusilaan a) adat istiadat yg baik, keadaban, kesopanan: pergaulan aku dgn kau pd ~ bangsaku tidak menjadi kesalahan; b) pengetahuan bkn adab: pendidikan kemasyarakatan dan pendidikan kesusilaan amat erat hubungannya; bersusila bersopan santun, beradab, berakhlak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sopan santun | 1 baik budi bahasanya serta dgn hormatnya. 2 adat istiadat yg baik. bersopan santun berkelakuan atau berlaku sopan santun: Budaya kita terkenal dgn budaya ketimuran yg lemah lembut lagi ~. kesopansantunan perihal atau keadaan sopan santun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyantun | orang yg halus budi bahasanya: Dia gadis yg peramah lagi ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |