Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balas kan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penindakbalasanproses menindak­balas­kan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
tindak balastindakan yg diakibatkan oleh suatu tindakan lain; ~ berbalik (Kim) tindak balas kimia yg berlaku mengikut dua arah yg berlawanan; ~ fotokimia (Kim) tindak balas yg disebabkan oleh cahaya; ~ kimia perubahan kimia yg berlaku apabila satu atau lebih bahan bertindak balas bagi menghasilkan satu atau lebih bahan baru (lazimnya disertai pembebasan atau penye­rap­an tenaga); ~ kondensasi (Kim) tindak balas yg berlaku antara satu molekul dgn molekul yg lain utk membentuk molekul yg lebih besar (dgn menyingkirkan molekul kecil spt air dll); ~ nuklear (Fiz) tindak balas yg melibatkan perubahan dlm nukleus sesuatu atom; ~ penambahan (Kim) tindak balas yg melibatkan penambahan molekul pd ikatan berganda tanpa penyingkiran sebarang molekul kecil; ~ penggantian = ~ penyesaran (Kim) tindak balas yg melibatkan pertukaran sesuatu unsur atau radikal dgn unsur atau radikal lain; ~ rantaian (Kim) sj tindak balas kimia yg berlangsung mengikut mekanisme langkah demi langkah, secara berturutan, dgn setiap langkah menjana bahan reaktif yg menyebabkan langkah seterusnya berlaku; ~ redoks (Kim) tindak balas penurunan dan pengoksidaan yg berlaku serentak dlm sesuatu tindak balas kimia; ~ tak berbalik (Kim) tindak balas kimia yg berlangsung mengikut satu arah; bertindak balas berlaku tindak balas: kalsium karbonat ~ dgn asid hidroklorik utk meng-hasilkan karbon dioksida, air dan kalsium klorida; menindakbalaskan melakukan tindak balas, menjadikan bertindak balas: ~ asid hidroklorik dgn kalsium karbonat; penindakbalasan proses menindak­balas­kan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
usul balasancadangan sbg ganti cadangan yg telah lebih dahulu dikemuka-kan, cadangan balas;Kamus Dewan Edisi Keempat
hidrolisis(Kim) tindak balas kimia apabila sebatian bertindak balas dgn air utk menghasil­kan sebatian lain; menghidrolisis 1. melakukan hidrolisis; 2. menjalani hidrolisis.Kamus Dewan Edisi Keempat
usul IIpendapat dll yg dikemukakan utk dibincangkan (disetujui, diterima), anjuran, cadangan, saran: mereka menerima segala ~ yg dikemukakan; ~ balasan cadangan sbg ganti cadangan yg telah lebih dahulu dikemuka-kan, cadangan balas; mengusulkan mengemukakan pendapat (supaya diterima atau disetujui), menganjur-kan, mencadangkan, menyarankan: aku ~ agar semua anggota memakai pakaian seragam; pengusul orang yg mengemukakan sesuatu usul, pencadang, penyaran.Kamus Dewan Edisi Keempat
menangkis1. menepiskan atau mengelak­kan pukulan musuh dgn tangan (alat, senjata, dll): segera ditikamnya, maka ditangkis ba­ginda; maka ditangkisnya dgn perisainya; 2. membalas dan melawan serangan, mematah­kan serangan musuh: mereka akan diberi pene­rangan oleh pegawai-pegawai utk ~ serangan musuh; 3. menjawab atau mem­balas (kritikan, tuduhan, dll), membantah, menolak: dia hanya tersenyum kerana tidak dapat ia hendak ~ tuduhan itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
tenaga1. kekuatan yg membolehkan sese­orang membuat sesuatu (pergerakan dll), daya: selesai makan, dia kini berenang, seolah-olah dia dapat ~ drpd nasi dan lauk ayam yg telah dijampi oleh neneknya; 2. kegiatan utk melakukan sesuatu: seluruh ~ rakyat disalur­kan utk meninggikan ekonomi negara; 3. = ~ pekerja orang yg bekerja, orang yg mengerja­kan sesuatu, kakitangan: wanita ialah ~ manusia yg merupakan harta terpendam yg belum dihargai sepenuh-penuhnya;~ atom = ~ nuklear (Fiz) tenaga yg terhasil drpd tindak balas atom atau nukleusnya; ~ baru orang-orang (yg akan mem­beri tenaga mereka) baru; ~ batin a) keupayaan melaku-kan hubungan seks; b) kekuatan yg timbul drpd wujudnya daya jiwa atau semangat juang dlm diri seseorang, kekuatan batin: dgn ~ batin yg baru, mereka sanggup melepaskan diri dr tradisi yg nam­pak­nya semakin kuat mengikat kaum penulis kita; ~ buruh seluruh pekerja; ~ elektrik tenaga yg dihasilkan oleh kuasa elektrik; ~ gerak tenaga yg terdapat pd sesuatu yg bergerak (air yg mengalir dll); ~ ikatan (Kim) tenaga yg diperlukan utk memutuskan ikatan dlm molekul; ~ kimia (Kim) tenaga yg dimiliki oleh sesuatu bahan kimia, yg akan dibebaskan semasa tindak balas kimia; ~ kinetik (Fiz) tenaga yg ada pd sesuatu jasad akibat per­ge­rakannya; ~ kuda bp kuasa kuda; ~ nuklear tenaga atom; ~ pengajar orang yg ahli atau berkelayakan utk mengajarkan sesuatu mata pelajaran, bidang ilmu, ke-mahiran dsb; ~ pengaktifan (Kim) tenaga yg perlu diatasi oleh bahan tindak balas sebelum tindak balas berlaku; ~ pengionan (Kim) tenaga minimum yg diperlukan utk menying-kirkan satu elektron dr satu atom atau ion gas; ~ sawat tenaga pd sesuatu mesin; ~ sinaran (Fiz) tenaga yg dipancarkan dlm bentuk sinaran (terutama sinaran elektromagnet); ~ suria tenaga yg diperoleh drpd matahari, iaitu tenaga cahaya, tenaga ultraungu dan tenaga haba; ~ wap tenaga drpd wap; bertenaga 1. mempunyai (memperlihatkan) tenaga, ada tenaganya, berkekuatan, berdaya: dia tidak ~ utk membuat kerja itu; penulis yg dikira kurang ~ dlm penghasilan kreatif; memperkemas gaya pengucapan agar lebih ~; 2. rajin, giat (bekerja dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
timbangsama berat, imbang, timbal; batu ~ benda yg digunakan utk mengukur berat barang lain; ~ terima saling menerima, penyerahan dan penerimaan (tugas, jawatan, tanggung­jawab, dll); ~ tunai pembelian tunai; setimbang 1. sama beratnya; 2. sama ke­duduk­annya, setaraf (sedarjat, sepangkat, dll): manakan ~ anak raja dgn orang kebanyakan? 3. seimbang, setimpal (hukuman, hadiah, dll), sepadan, sebanding: penghormatan yg diberi kepadanya ~ dgn jasanya kpd negara; 4. stabil (keadaan), tetap (tidak berubah-ubah): keadaan tidak ~ dlm ekonomi Malaysia boleh disebabkan oleh turun naik harga getah dan bijih timah; setimbangan sesuai dgn; menyetimbangkan menjadikan setimbang (seimbang, sama berat, dll); kesetimbangan 1. perihal (keadaan) setim-bang, keseimbangan; 2. ketenteraman (fikiran, perasaan, dll), kestabilan (keadaan): ~ keadaan politik dan ekonomi; bertimbang berimbang, bertimbal: ke­untung­­an itu ~ dgn kerugian; ~ rengka ber­timbal rengka; ~ tanda bertukar tanda (ketika bertunang); ~ tunai prb men-jawab dgn tepat; bertimbang-timbang berkira-kira atau ber-fikir-fikir (tentang buruk baik sesuatu): Zainab takjub sendiri kenapa dia tidak ~ menerima sahaja segala pelawaan itu; bertimbangan 1. berimbangan, berpadanan, berpatutan, bersesuaian; 2. bersambutan, berbalas-balas, saling bertukar; ~ kata ber­balas-balas kata, jawab-menjawab; ~ pandang bertukar pandang, saling ber-pandangan; ~ rasa bertimbang rasa, bersimpati; ~ tanda bertukar tanda (sbg tanda sudah bertunang); ~ taruh menyamakan taruh (taruhan); ~ terima menjalankan timbang terima (penyerahan dan penerimaan tugas dll); menimbang 1. menentukan (mengukur) berat sesuatu benda (dgn menggunakan dacing dll): pekedai itu ~ gula sebanyak yg dikehen­daki pembelinya; 2. memikirkan (merenung­kan) dgn teliti akan baik buruk sesuatu: jangan­lah awak susahkan perkara saya itu, saya boleh ~nya sendiri; ~ perkara meneliti (mengadili) perkara; 3. mengingat (akan), mengenang (akan), mengacuhkan, mengen­dah­kan: ~ keadaan yg genting ini, tindakan harus diambil dgn tegas; tahu ~ rasa a) halus perasaan hatinya; b) ada atau menaruh belas kasihan, berlaku adil; ~ sama berat prb menghukum dgn adil; timbang-menimbang 1. memikirkan baik-baik, meneliti atau mengkaji (cadangan, masalah, dll), memikirkan berulang-ulang; 2. dgn memperhitungkan (mengingatkan) perasaan orang, menimbang rasa; menimbangkan 1. menimbang; 2. = mem-pertimbangkan memikirkan utk membuat kesimpulan (keputusan dll): kera­jaan sedang ~ permintaan orang-orang yg berkehendakkan tanah; kepentingan orang lain harus juga dipertimbangkan; 3. menimbang utk; mempertimbangkan 1. memikirkan utk membuat kesimpulan (keputusan dll), menim­-bangkan; 2. memberikan utk ditim­bang­kan, meminta utk ditimbangkan: peraduan novel itu dipertimbangkan kpd Dewan Bahasa dan Pustaka; timbangan 1. imbangan, banding, tara; ~ badan (nyawa) kekasih; ~ kira-kira keterang­an yg menunjukkan imbangan antara harta dan tanggungan, kunci kira-kira; batu ~ = anak ~ batu menimbang, anak dacing; 2. alat utk menimbang (spt dacing dll); 3. hasil menimbang, (ukuran) berat: harga ditetapkan menurut berat ~ dacing; kalau alat menim­bang tidak baik, ~ yg tepat tidak akan diper­oleh; 4. = pertimbangan fikiran (pendapat) yg memperhitungkan buruk baik dll sesuatu: undang-undang hanyalah membuat ~ yg adil dan saksama antara hak seseorang dgn hak awam; bagaimana ~nya apa pendapat­nya (nasihatnya); terserah kpd ~nya sendiri ia sendiri yg harus memikirkan dan memutus­kannya; ~nya berat sebelah prb tidak adil; pertimbangan fikiran atau renungan menge­nai buruk baik dll sesuatu perkara (masalah dll), sbg dasar sesuatu keputusan (tindakan dll), timbangan, perhitungan, perhatian (pene-litian): seseorang pemberita haruslah mem-pergunakan ~ sendiri utk menilai sesebuah berita; permohonan itu masih dlm ~ kerajaan masih dlm perhatian (penelitian) kerajaan; dewan ~ dewan pena­sihat; penimbangan 1. perihal menimbang: neraca kimia ini ialah sejenis alat penimbang yg terlalu tepat ~nya; 2. tempat menimbang barang; penimbang 1. orang yg tugasnya menim­bang, tukang timbang; 2. orang yg memper­timbangkan (meneliti) perkara dll, penasihat: Tok Guru menjadi ~ dan Wan Derus menjadi ketua; 3. alat utk menimbang berat sesuatu, timbangan: selain drpd dacing digunakan juga alat ~ lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
tanamcucuk ~ perihal tanam-menanam (bertani); musim ~ musim menanam padi; bertanam 1. sedang bercucuk tanam, mem­buat pekerjaan pertanian: kehidupan mereka itu memukat dan ~ padi; 2. sl mengebumi­kan, menguburkan mayat: di bawah gereja itulah tempat orang Hollanda ~ orang mati; ~ cacar bersuntik; berkotek (berketuk) di luar sangkar, ~ di luar pagar prb sesudah perkara selesai barulah terdengar keterangan atau aduan; menanam 1. menaruh (mencucuk, menabur, dll) benih ke dlm tanah supaya tumbuh: ben­dang ialah tempat ~ padi; 2. menaruh sesuatu dlm lubang dan dikambusi dgn tanah, menim­buni sesuatu yg di dlm lubang dgn tanah, menguburkan (mayat, bangkai, dll): ia me­nyum­­pah orang yg ~ barang letupan itu; maka baginda pun mangkatlah, maka di­tanam orang hampir masjid; 3. = me­na­nam­­­kan menyebarkan sesuatu ajaran (faha­m­an dll), membangkitkan dgn memupuk (semangat, perasaan, dll): di sana beliau telah mena­nam­kan semula benih-benih kebang­saan yg telah patah; 4. memasukkan wang (modal) dlm sesuatu perusahaan dll, memodali, melabur: ia telah ~ modal sebanyak RM600; 5. menegakkan (kekuasaan), memperluas (pengaruh, kepentingan): pihak Komunis sedang giat berusaha ~ pengaruh mereka di dunia sebelah sini; 6. memasukkan benih penyakit ke dlm badan (utk mencegah drpd dihinggapi penyakit), menyuntikkan, mem­biak­kan (benih penyakit dll); 7. mempunyai niat, berhajat (utk berbuat sesuatu), berniat: ~ niat utk naik haji; 8. mengangkat atau menempatkan (sbg wakil, pegawai, dll); 9. Pl, bp masuk ke dlm lumpur (ikan), mem­benamkan diri (dlm lumpur): puas aku men­cari ikan haruan tadi, sudah ~ agaknya; ~ budi berbuat kebajikan (kebaikan) kpd; ~ modal mengeluarkan modal utk sesuatu per­usahaan, melabur; ~ semula menanam pokok baru utk mengganti yg tua (getah); bagai­mana ditanam, begitulah dituai prb tiap-tiap kejahatan itu, kejahatan jugalah akan balas­annya; tanam-menanam perihal menanam tumbuh-tumbuhan dll; menanami menanam sesuatu di: di atas pulau itu ditanami pelbagai kayu-kayuan, buah-buahan dan bunga-bungaan; tertanam 1. sudah ditanam (ditanamkan), termasuk ke dlm, terbenam: baru ia bertum­pu hendak melompat maka ~ ke bumi hing­ga lehernya; 2. ki tersemat di hati: apabila ~nya iman dan terlaksananya usaha utk men­dirikan masyarakat...; tanaman 1. tumbuh-tumbuhan yg biasa di­tanam (spt ubi, keladi, dll), apa yg ditanam: sebahagian drpd hasil ~nya dijual; ~ kontan tanaman yg diusahakan dlm sesuatu kawasan tanam­an utk mendapatkan hasilnya semen­tara menantikan hasil tanaman kekalnya; ~ penutup (Bio) tumbuhan (lazimnya drpd jenis rumput rampai) yg ditanam utk menghalang berlakunya hakisan serta mengekalkan kelem­bapan dan kesuburan; 2. sesuatu yg tertanam, pendaman;tanam-tanaman berbagai-bagai jenis ta­nam­­an; petanaman tempat menanam tumbuh-tum­buhan; penanaman perihal menanam (menanam­kan): petani-petani dlm mukim tersebut ber­setuju memulakan ~ padi jenis baru itu; ~ modal perihal menanam modal, pelaburan; penanam orang yg menanam (menanam­kan); ~ padi pesawah; ~ modal orang yg mengeluarkan modal (wang dll) utk menjalan­kan perniagaan dll, pemodal, pelabur.Kamus Dewan Edisi Keempat
tangkistangkisan: Terung Pipit pun tersalah ~ penikam Tengku Sultan; bulu ~ sj permainan spt tenis dan meng­gunakan sj bola drpd bulu ayam, badminton; bertangkis-tangkisan saling mengelakkan pukulan dll drpd lawan: maka kedelapan hulu­balang berpalukan cokmarnya ~; menangkis 1. menepiskan atau mengelak­kan pukulan musuh dgn tangan (alat, senjata, dll): segera ditikamnya, maka ditangkis ba­ginda; maka ditangkisnya dgn perisainya; 2. membalas dan melawan serangan, mematah­kan serangan musuh: mereka akan diberi pene­rangan oleh pegawai-pegawai utk ~ serangan musuh; 3. menjawab atau mem­balas (kritikan, tuduhan, dll), membantah, menolak: dia hanya tersenyum kerana tidak dapat ia hendak ~ tuduhan itu; menangkis-nangkis menangkis berturut-turut atau berulang kali; tangkis-menangkis saling menangkis: ma­ka kedelapan hulubalang itu bertetakan mata pedang ~;tertangkis dapat ditangkis, terelak: dia ter­paksa menghadapi pelbagai kritik yg tidak ~ olehnya; tangkisan gerakan menangkis (serangan dll), hasil menangkis; penangkisan perbuatan menangkis: suara sorak-sorai kian gemuruh mengikuti setiap suara ~ yg didengar dr dewan itu; penangkis alat utk menangkis: dua ketum­bu­kan askar ~ Jepun dgn satu pasukan kereta kebal telah mendarat di utara Tanah Melayu; meriam ~ meriam utk menangkis serang­an kapal terbang.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas