megat I | sl gelaran utk orang bangsawan (bapanya orang kebanyakan tetapi ibunya drpd golongan raja). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menawan | 1. menangkap atau menahan musuh dll (dlm peperangan dll): bapa-nya tidak dapat ditawan, akhirnya Jepun menangkap dia; 2. merampas dll harta musuh, menjarah, merebut: tentera payung terjun dgn serta-merta telah ~ lapangan terbang itu dr tangan musuh; 3. = ~ hati ki menambat (memikat, mempengaruhi, menarik) hati: wajah yg menarik dan budi bahasa yg ~ membuat Badrul ingin meneruskan per-sahabatan; banyak dia berkorban utk ~ hati gadis itu; 4. menguasai: mereka sentiasa berusaha utk ~ perhatian negara jiran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengangkut | 1. mengangkat dan membawa (ke sesuatu tempat): ia menolong ibu bapanya ~ kayu api; 2. membawa dr satu tempat ke tempat lain (bkn kenderaan dll), memuatkan dan membawa ke sesuatu tempat dgn menggunakan alat pengangkutan: beberapa buah lori ~ kayu balak menuju kilang papan; petani-petani ~ hasil tanaman mereka ke bandar-bandar yg berhampiran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haus akan (kpd) | sangat ingin akan (kpd): saya ~ akan pengetahuan; anak kecil yg masih ~ kpd kemanjaan dan kemesraan ibu bapanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tawan I | menawan 1. menangkap atau me-nahan musuh dll (dlm peperangan dll): bapa-nya tidak dapat ditawan, akhirnya Jepun menangkap dia; 2. merampas dll harta musuh, menjarah, merebut: tentera payung terjun dgn serta-merta telah ~ lapangan terbang itu dr tangan musuh; 3. = ~ hati ki menambat (memikat, mempengaruhi, menarik) hati: wajah yg menarik dan budi bahasa yg ~ membuat Badrul ingin meneruskan per-sahabatan; banyak dia berkorban utk ~ hati gadis itu; 4. menguasai: mereka sentiasa berusaha utk ~ perhatian negara jiran; tertawan 1. dapat ditawan (musuh, penjahat, dll), tertangkap: anak raja Kelantan yg perem-puan itu ketiga-tiganya ~ oleh Raja Melaka; 2. dapat dirampas (dikuasai), ditakluki: dgn ~nya pulau-pulau Maranas, pihak Amerika makin bertambah dekat dgn Filipina; 3. = ~ hati ki terpikat, terpedaya: telah ia me-mandang harta banyak itu, maka ~lah hatinya; tawanan 1. orang yg ditawan: ia telah men-jadi ~ musuh; 2. apa yg ditawan (drpd musuh), rampasan, jarahan: barang ~; ~ karang sl barang-barang (kapal dll) yg dirampas kerana terkandas di pantai; penawanan perihal (perbuatan dsb) menawan; penawan 1. orang yg menawan; 2. alat utk menawan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haus I | 1. berasa kering tekak (ingin minum), dahaga: ia meminta air sebab tersangat ~; 2. = ~ akan (kpd) sangat ingin akan (kpd): saya ~ akan pengetahuan; anak kecil yg masih ~ kpd kemanjaan dan kemesraan ibu bapanya; ~ dahaga a) terlalu dahaga; b) terlalu ingin akan; orang ~ diberi air, orang lapar diberi nasi prb mendapat apa yg diingini; menghauskan 1. menyebabkan (menjadikan) haus; 2. sangat menginginkan, sangat berkehendakkan: kami sedang ~ penerangan dan pimpinan drpd pemimpin-pemimpin kami; kehausan 1. perihal haus (dahaga, menderita dahaga): masing-masing mahu memuaskan ~ dgn air di hadapan mata; 2. ki keinginan, kemahuan; 3. menderita atau berasa haus: mungkin dia akan mati ~ atau dibaham anjing liar; sekali sekala kedengaran suara lembu ~ dan kehabisan rumput di kandangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angkut I | ; berangkut mengangkat dan membawa (berkali-kali): empat kali Pak Pandir dan Mak Andeh ~ ulang-alik barulah habis; mengangkut 1. mengangkat dan membawa (ke sesuatu tempat): ia menolong ibu bapanya ~ kayu api; 2. membawa dr satu tempat ke tempat lain (bkn kenderaan dll), memuatkan dan membawa ke sesuatu tempat dgn menggunakan alat pengangkutan: beberapa buah lori ~ kayu balak menuju kilang papan; petani-petani ~ hasil tanaman mereka ke bandar-bandar yg berhampiran; angkutan barang yg diangkut: lori itu terbalik kerana ~nya terlampau banyak; pengangkutan pembawaan (barang-barang dll) dr satu tempat ke tempat lain: ~ barang-barang itu harus didahulukan; ~ awam sistem pengangkutan bermotor spt teksi, bas dan kereta api yg boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dgn kadar tambang yg telah ditetapkan; pengangkut 1. orang yg mengangkut; 2. alat utk mengangkut: ~ barang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
duyung III | wanita yg kononnya berbadan separuh manusia dan separuh ikan (bahagian ekor) dan tinggal di laut; air mata (minyak tangis) ~ ark air yg dipercayai boleh dibuat ubat pengasih (guna-guna); minyak ~, perendang ~ prb melawan guru dgn ilmunya atau menghabiskan harta tuan atau ibu bapanya sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bapa | 1 orang tua kita yg lelaki; ayah: Sebelum keluar rumah, ia meminta izin ibu dan ~nya. 2 panggilan kpd orang lelaki yg dpt dianggap bapa dr segi usia: ~ hendak ke mana? 3 orang yg mula-mula menubuhkan sesuatu pergerakan serta banyak pula pengikutnya; pelopor: Beliau bolehlah dianggap sbg ~ kemerdekaan Malaysia. ~ saudara saudara lelaki kpd ibu atau kpd bapa sendiri: ~ tiri lelaki yg berkahwin dgn ibu kita sesudah ayah kita meninggal atau sesudah ayah bercerai dgn ibu kita. ~ tunggal lelaki bergelar ayah yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa isterinya kerana perceraian, kematian dsb. berbapa mempunyai bapa: Asyraf tidak ~ sejak kecil lagi. berbapakan mempunyai seseorang sbg bapa; berayahkan: Saufi ~ seorang pejuang bahasa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
anak I | 1. manusia atau binatang yg masih dlm kandungan atau yg baru lahir: seseorang ibu yg sedang mengandung perlu menjaga kesihatannya supaya ~nya yg di dlm kandungan juga sihat; ~ kecil yg baru berumur dua bulan; 2. baka yg diturunkan oleh ibu dan bapa: ~ mereka kesemuanya perempuan; 3. kanak-kanak, budak: ~ itu sudah ke sekolah; 4. binatang yg masih kecil: ~ monyet; ~ gajah; ~ burung; ~ ikan; 5. pokok kecil yg tumbuh pd umbi atau rumpun pokok yg besar, pokok yg baru tumbuh: ~ lengkuas; ~ pisang; 6. orang yg berasal dr (sesuatu tempat atau sesebuah negeri): ~ Melaka; ~ Siam; 7. anggota (kumpulan pekerja dll), kakitangan, pekerja: ~ perahu; 8. bahagian yg kecil pd sesuatu benda: ~ tangga; 9. sesuatu yg kecil drpd yg lain: ~ bukit; ~ Adam manusia; ~ air sungai kecil; ~ alang anak ketiga; ~ ali-ali batu humban; ~ angin angin yg lembut; ~ angkat anak yg diambil dan dijadikan sbg anak sendiri; ~ anjing a) anjing yg masih kecil; b) bahagian bawah buah (jantung) betis; ~ asak boneka, patung; ~ ayam a) ayam yg masih kecil; b) alat muzik (digunakan dlm permainan makyung dll); ~ baju baju dalam; ~ bangsawan pelakon (wayang) bangsawan; ~ batu batu kecil; ~ bedil peluru; ~ bilik ruangan kecil yg ditambah pd bilik; ~ bini anak dan isteri (seseorang), keluarga (seseorang); ~ bongsu anak yg termuda; ~ buah a) orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga (negeri dll); b) orang yg temasuk dlm sesuatu pasukan atau terletak di bawah tanggungjawab seseorang; c) pekerja di kapal (kapal terbang dll); ~ bukit bukit kecil; ~ bulan bulan sebagaimana yg kelihatan pd hari pertama sesuatu bulan Hijrah; ~ busur peluru busur, anak panah; ~ cucu a) anak dan cucu; b) keturunan, zuriat; ~ dacing = ~ timbangan batu (besi) pd sj timbangan utk menentukan berat; ~ dagang orang asing; ~ damak peluru sumpitan; ~ dapat anak yg dijumpai di jalan; ~ dara anak perempuan yg agak besar (belum berkahwin atau bernoda), gadis; ~ dayung orang yg mendayung perahu; ~ didik seseorang, organisasi dsb yg dididik (dilatih, dibimbing dsb) supaya mahir atau terampil dlm sesuatu bidang; ~ emas a) anak abdi yg diambil jadi anak oleh tuannya; b) Id anak yg diambil sbg anak oleh orang asing; c) orang yg dikasihi oleh majikannya (diberikan layanan istimewa); ~ gadis anak dara; ~ gahara anak raja drpd permaisuri; ~ galuh Jw puteri; ~ gampang anak yg lahir di luar nikah; ~ genta bahagian genta (loceng) sbg pemukul (yg membunyikan); ~ gobek pelocok (antan) pd gobek; ~ guam orang yg menggunakan khidmat atau mendapat bantuan (nasihat) perundangan drpd peguam utk urusan sesuatu kes; ~ gugur anak yg lahir mati sebelum genap bulannya; ~ gundik anak raja drpd gundik; ~ halal anak yg sah (lahir hasil perkahwinan yg sah); ~ haram bk anak yg lahir tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu bapanya, anak sundal; ~ hitam anak yg ketujuh; ~ jantan a) bp anak lelaki; b) orang (lelaki) yg berani; ~ jari jari tangan; ~ jati seseorang yg dilahirkan dan biasanya dibesarkan di sesuatu tempat (kampung, negeri dsb); ~ jentera jari-jari jentera; ~ joget penari joget; ~ kalimat Id ayat yg bergantung pd ayat lain; ~ kandung anak sendiri; ~ kapal pekerja kapal (kapal terbang); ~ kati anak dacing; ~ kemanakan anak (dr) saudara; ~ kembar dua (tiga dll) anak yg lahir bersama-sama dr satu kandungan; ~ kencing bk anak haram; ~ keti bola kayu yg dipakai dlm sj permainan; ~ kolong Id bk anak serdadu (zaman kolonial); ~ komidi pelakon; ~ kunci a) alat utk membuka kunci (diputarkan pd mangga dll); b) ki petua utk mencapai sesuatu: ~ kunci pd kebanyakan pengetahuan; ~ lidah bahagian kecil di belakang lidah (dlm kerongkongan); ~ limpa kelenjar yg mengeluarkan hempedu; ~ luar nikah anak yg dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu bapanya; ~ lumpang pelocok pd lumpang; ~ mata bulatan kecil di tengah-tengah mata; ~ meja laci meja; ~ merah anak yg baru lahir; ~ muda a) orang yg masih muda, pemuda; b) anak yg kelapan; ~ murid a) anak yg masih belajar di sekolah; b) murid kpd seseorang guru; ~ negeri a) orang yg berasal atau dilahirkan di sesebuah negeri; b) peribumi di Sabah dan Sarawak mengikut konteks Perlembagaan Persekutuan; ~ ngah anak yg kedua; ~ panah peluru panah, anak busar; ~ pandak anak yg keempat; ~ panggung pelakon (wayang bangsawan, sandiwara); ~ panjang anak yg kelima; ~ pelor peluru; ~ penakan anak drpd saudara; ~ perahu pekerja dlm perahu, kakitangan perahu; ~ piara anak yg dipelihara orang; ~ piatu anak yg tidak beribu bapa; ~ pisang Mn anak mamak (menurut keturunan laki-laki); ~ pungut anak yg diambil jadi anak sendiri; ~ putih anak yg keenam; ~ rambut rambut di pelipis; ~ ronggeng penari ronggeng; ~ saku kocek kecil; ~ sanak = ~ saudara anak drpd saudara, anak abang (kakak, adik) seseorang; ~ sasian Mn murid; ~ sekolah anak murid (di sekolah); ~ semang orang yg bekerja (menumpang) pd orang lain; ~ sulung anak yg tertua; ~ sumbang anak yg lahir drpd perempuan yg tidak boleh dikahwini; ~ sundal bk a) anak haram; b) kata makian yg kasar; ~ sungai sungai kecil yg bermuara pd sungai besar; ~ susuan a) anak yg masih menyusu; b) anak orang lain yg disusui; ~ syarikat syarikat yg sebahagian besar saham dan kepentingannya yg lain dimiliki atau dikuasai oleh syarikat lain; ~ syarikat bersama dua syarikat atau lebih yg dikuasai oleh syarikat induk yg sama, sama ada secara langsung atau tidak langsung; ~ syarikat milik penuh syarikat yg seluruh saham yg diterbitkan dimiliki oleh syarikat lain; ~ tangan jari tangan; ~ tangga tempat berpijak pd tangga; ~ tanggung anak yg hampir dewasa; ~ tari penari; ~ taruhan anak yg paling dikasihi; ~ tekak anak lidah; ~ telinga bahagian kecil di depan daun telinga; ~ tempatan orang yg berasal dr sesuatu tempat itu juga (bukan orang asing); ~ teruna pemuda; ~ timbangan anak dacing; ~ tonil Id pelakon; ~ tunggal anak satu-satunya (tidak ada anak lain lagi); ~ ubat a) orang sakit yg sedang dirawat; b) anak yg dibesarkan dgn ubat; ~ wang bunga wang; ~ wayang pelakon (wayang, bangsawan); ~ watan anak negeri (bukan orang asing); ~ yatim a) anak yg tidak berbapa; b) (ada juga dipakai utk) anak yg tidak beribu atau tidak beribu bapa; ~ yatim piatu anak yg sudah tidak beribu bapa lagi, anak piatu; ~ baik menantu molek prb kalau orang mendapat untung baik, maka keuntungan itu datang berganda-ganda; ~ di pangku dilepaskan, beruk di rimba disusui = ~ di riba diletakkan, kera di hutan disusui prb menguruskan hal orang lain sedangkan hal sendiri diabaikan; ~ harimau tidak akan menjadi ~ kambing prb anak orang besar biasanya jadi orang besar juga; ~ kunci jahat, peti derhaka prb kalau suami jahat isterinya akan berkhianat kelak; ~ orang ~ orang juga prb seseorang yg asing bagi kita akan tetap asing juga; ~ seorang menantu malim prb dikatakan kpd seseorang yg beruntung mempunyai anak perempuan; ~ seorang penaka tidak prb dikatakan kpd seseorang yg mempunyai sesuatu barang yg tidak ada gantinya; ~ sendiri disayang, ~ tiri dibengkeng prb bagaimana sekalipun keadilan orang kepentingan sendiri juga yg diutamakan; bagai ~ sepat ke tohor prb dikatakan kpd orang yg bermalas di tempat orang lain; bagai menggantang ~ ayam = bagai menyukat ~ ayam (masuk empat keluar lima) prb mengerjakan pekerjaan yg tidak mungkin dilakukan; dengarkan cerita burung, ~ di pangku dilepaskan prb mendengarkan tutur manis orang, pekerjaan sendiri diabaikan; kalau tiada hak sendiri ~ mata terdiri-diri prb kalau tak ada hak sendiri makin besar pula keinginan kita kalau melihat kepunyaan orang; kasihkan ~ tangan-tangankan, kasihkan bini tinggal-tinggalkan = Mn sayang di ~ dilecuti, sayang di negeri ditinggalkan prb yg disayangi itu hendaknya janganlah terlalu dimanja-manjakan; kecil-kecil ~ harimau prb kecil tetapi berbahaya juga; kecil-kecil ~, kalau sudah besar onak prb anak itu apabila kecil menyukakan hati, kalau besar mendatangkan kesukaran; menggerek bagai ~ nangoi prb dikatakan kpd seseorang yg beranak banyak tetapi malas mencari nafkah; rosak ~ oleh menantu prb mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaan atau yg dikasihinya; spt ~ ayam kehilangan ibunya prb berpecah-pecah kerana kehilangan tempat tumpuan (pengharapan); spt ayam patuk ~nya = spt kerbau menanduk ~ | Kamus Dewan Edisi Keempat |