Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.yang.ba.yang] | بايڠ - بايڠ

Definisi : 1. tempat yg tidak kena sinar kerana terlindung oleh sesuatu benda: jangan engkau makan dlm ~; 2. lembaga gelap yg wujud pd suatu latar belakang kerana sesuatu benda menahan sinar: ~ orang; 3. gambar pd cermin (air dll): melihat ~ sendiri di air; 4. rupa yg tidak jelas dlm gelap: ternampak ~ orang datang dlm gelap; 5. ki gambaran dlm fikiran, khayal: sudah ada ~ dlm ingatanku;~ disangka tubuh prb mengharap sesuatu yg belum pasti; ~ sepanjang badan (tubuh) prb sesuatu yg dikerjakan hendaknya berpadanan dgn kekuatan diri; ~ tidak sepanjang badan prb berbuat sesuatu yg melebihi kemampuan; dimabuk ~ prb ingin akan sesuatu yg mustahil; takutkan ~ sendiri prb takut kerana perbuatan buruknya sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.yang.ba.yang] | بايڠ - بايڠ

Definisi : 1 tempat yg tidak mendapat cahaya kerana dilindungi oleh sesuatu benda: Jangan selalu makan dlm ~. 2 bentuk hitam yg terjadi drpd sesuatu benda yg menahan cahaya: Orang yg berdiri dlm gambar ini tingginya 6 kaki dan bayang-bayangnya 12 kaki panjang. 3 gambar sesuatu benda spt yg dpt dilihat dlm cermin, air dsb: Orang tamak selalu rugi, spt anjing dgn ~. 4 lembaga yg kelihatan gelap tetapi tidak berapa jelas: Saya ternampak ~ orang berjalan di lorong yg gelap itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bayang-bayang

Puisi
 

Kain batik merah mirap,
     Palembang anak Raja Bayang;
Nampak adik darah tersirap,
     Badan bak rasa bayang-bayang.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bayang-bayang sepanjang badan (= tubuh).

Bermaksud :

Berpadanan dengan tenaga; yang lahir serupa dengan yang batin.

 

Lihat selanjutnya...(7)

110

Don't count your chickens before they are hatches

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Bayang-bayang disangka tubuh

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Don't count your chickens before they are hatches. Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah bayang-bayang disangka tubuh. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bayangan1 bayang; bayang-bayang. 2 sesuatu atau apa-apa yg dibayangkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bayangan1. bayang; bayang-bayang. 2. sesuatu atau apa-apa yg dibayangkan.Kamus Pelajar
membayangmenyebabkan adanya bayang-bayang, spt bayang-bayang: ia menjaga supaya penanggungan batinnya tidak ~ keluar;Kamus Dewan Edisi Keempat
bayang, = bayang-bayang 1 tempat yg tidak mendapat cahaya kerana dilindungi oleh sesuatu benda: Jangan selalu makan dlm ~. 2 bentuk hitam yg terjadi drpd sesuatu benda yg menahan cahaya: Orang yg berdiri dlm gambar ini tingginya 6 kaki dan bayang-bayangnya 12 kaki panjang. 3 gambar sesuatu benda spt yg dpt dilihat dlm cermin, air dsb: Orang tamak selalu rugi, spt anjing dgn ~. 4 lembaga yg kelihatan gelap tetapi tidak berapa jelas: Saya ternampak ~ orang berjalan di lorong yg gelap itu. berbayang kelihatan sbg bayang-bayang dlm air dll: Pohon-pohon yg tumbuh di tepi-tepi sungai itu kelihatan ~ dlm air. membayang 1 dpt dilihat spt bayang-bayang; kelihatan samar-samar: Kerana bajunya tipis, maka susuk tubuhnya tampak ~. 2 dpt ditanggap keadaannya; tergambar: Segala penderitaan yg hendak disembunyikannya itu ~ pd wajahnya. membayangi 1 menutupi atau melindungi dgn bayang-bayang: Pd waktu petang pula, pohon ketapang itu ~ bahagian belakang rumah kami. 2 ki mengikut jejak langkah; mengawasi: Ke mana saja dia pergi, ada saja orang yg ~nya. membayangkan 1 menggambarkan sesuatu dlm fikiran: Dlm menungannya, ia ~ dirinya sbg pengusaha yg berjaya mengurus perusahaannya. 2 menyatakan sesuatu tidak dgn terus terang: Dia telah ~ hasratnya hendak bertanding dlm pilihan raya yg akan datang. terbayang 1 seakan-akan dpt dilihat: Wajah anaknya ~ di ruang matanya. 2 kelihatan bayangnya; tampak berbayang. bayangan 1 bayang; bayang-bayang. 2 sesuatu atau apa-apa yg dibayangkan. pembayangan perbuatan atau hal membayangkan. pembayang sesuatu yg membayangkan keadaan yg sebenarnya: ~ maksud.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tiga tapak bayang-bayangwaktu ketika bayang-bayang tiga telapak tangan panjangnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
bayang=bayang-bayang 1. tempat yg tidak mendapat cahaya kerana dilindungi oleh sesuatu benda: Jangan selalu makan dlm ~. 2. bentuk hitam yg terjadi drpd sesuatu benda yg menahan cahaya: Orang yg berdiri dlm gambar ini tingginya 6 kaki dan bayang-bayangnya 12 kaki panjang. 3. gambar sesuatu benda spt yg dpt dilihat dlm cermin dsb: Orang tamak selalu rugi, spt anjing dgn ~. 4. lembaga yg kelihatan gelap tetapi tidak berapa jelas: Saya ternampak ~ orang berjalan di lorong yg gelap itu. berbayang kelihatan sbg bayang-bayang dlm air dll: Pohon-pohon yg tumbuh di tepi-tepi sungai itu kelihatan ~ dlm air. membayang 1. dpt dilihat spt bayang-bayang; kelihatan samar-samar: Kerana bajunya tipis, maka susuk tubuhnya tampak ~. 2. dpt ditanggap keadaannya; tergambar: Segala penderitaan yg hendak disembunyikannya itu ~ pd wajahnya. membayangi 1. menutupi atau melindungi dgn bayang-bayang: Pd waktu petang pula, pohon ketapang itu selalu ~ bahagian belakang rumah kami. 2. ki mengikut jejak langkah; mengawasi: Ke mana saja dia pergi, ada saja orang yg ~nya. Membayangkan 1. menggambarkan sesuatu dlm fikiran: Dlm menungannya, ia ~ dirinya sbg pengusaha yg berjaya mengurus perusahaannya. 2. menyatakan sesuatu tidak dgn terus terang: Dia telah ~ hasratnya hendak bertanding dlm pilihan raya yg akan datang. terbayang 1. seakan-akan dpt dilihat: Wajah anaknya ~ di ruang matanya. 2. kelihatan bayangnya; tampak berbayang. bayangan 1. bayang; bayang-bayang. 2. sesuatu atau apa-apa yg dibayangkan. pembayangan perbuatan atau hal membayangkan. pembayang sesuatu yg membayangkan keadaan yg sebenarnya: ~ maksud.Kamus Pelajar
bayang-bayang1. tempat yg tidak kena sinar kerana terlindung oleh sesuatu benda: jangan engkau makan dlm ~; 2. lembaga gelap yg wujud pd suatu latar belakang kerana sesuatu benda menahan sinar: ~ orang; 3. gambar pd cermin (air dll): melihat ~ sendiri di air; 4. rupa yg tidak jelas dlm gelap: ternampak ~ orang datang dlm gelap; 5. ki gambaran dlm fikiran, khayal: sudah ada ~ dlm ingatanku;~ disangka tubuh prb mengharap sesuatu yg belum pasti; ~ sepanjang badan (tubuh) prb sesuatu yg dikerjakan hendaknya berpadanan dgn kekuatan diri; ~ tidak sepanjang badan prb berbuat sesuatu yg melebihi kemampuan; dimabuk ~ prb ingin akan sesuatu yg mustahil; takutkan ~ sendiri prb takut kerana perbuatan buruknya sendiri;Kamus Dewan Edisi Keempat
gila bayang-bayangmengingini sesuatu yg tidak mungkin tercapai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menangkap bayang-bayangsia-sia sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
terpijak bayang-bayangtepat waktu tengah hari;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas