diskriminasi | perlakuan membeza-bezakan sesuatu hal (kerana keturunan, warna kulit dll): Di sekolah-sekolah pun ada juga timbul perkara ~ antara murid-murid. ~ harga perihal atau perbuatan mengenakan harga yg berbeza-beza bagi barang atau perkhidmatan yg sama kpd pembeli yg berlainan. ~ kaum layanan yg berbeza-beza terhadap kaum yg berlainan kerana beranggapan bahawa terdapat keadaan tidak seimbang dr segi kemahiran, kebolehan, keistimewaan hak dsb. mendiskriminasikan membeza-bezakan antara satu sama lain; memberikan layanan yg istimewa (berlainan) kpd golongan, negara dll tertentu: Terdapat golongan rendah yg didiskriminasikan oleh pihak tertentu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbeza-beza | tidak serupa sama sekali; berlainan: Pendapat manusia memanglah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbeza-beza | berlain-lain, berlainan: adat itu mempunyai tafsiran yg ~ antara ahli-ahli penganutnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbeza-beza | tidak serupa sama sekali; berlainan: Pendapat manusia memanglah ~. | Kamus Pelajar |
bervariasi | berlainan atau berbeza-beza keadaan, bentuk atau sifat sesuatu: Teknik yg ~ digunakan utk menangani projek itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bervariasi | berlainan atau berbeza-beza keadaaan (bentuk, ciri atau sifatnya dsb): kehidupan kesusasteraan mulai beragam dan ~; latihan selalunya dijalankan dlm bentuk permainan kecil yg ~ supaya pemain tidak merasa bosan semasa menjalani latihan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diskriminasi kaum | layanan yg berbeza-beza terhadap kaum yg berlainan kerana beranggapan bahawa terdapat keadaan tidak seimbang dr segi kemahiran, kebolehan, keistimewaan hak dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lot | bidang tanah (yg ukurannya berbeza-beza). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berdolak-dalik | memberikan alasan yg berbeza-beza mengenai perkara yg sama: Dia lurus dan tidak pandai ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
diskriminasi harga | pengenaan harga yg berbeza-beza bagi barang atau perkhidmatan yg sama kpd pembeli yg berlainan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |