Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ce.rai] | برچراي

Definisi : 1. tidak bersatu (bercampur, berkumpul, bersama) lagi, berpisah, berpecah: malam ini kita berkampung, malam esok kita ~; 2. terputus hubungan atau pertalian sbg suami isteri: mereka yg menjalani perkahwinan yg dipaksa-paksa spt itu, ~ juga akhirnya; ~ susu berhenti menetek; ~ tidak bertalak, bernikah tidak berkadi = ~ tidak bertalak, kembali tidak berkadi prb perhu­bungan jenis lelaki perempuan yg tidak sah (spt pelacuran dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ce.rai] | برچراي

Definisi : tidak bercampur atau tidak berhubungan lagi; berpisah: Malam ini kita berkampung, malam esok kita ~. 2 putus perhubungan sbg suami isteri: Ayah dan ibunya sudah lama ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercerai

Puisi
 

Terbang berkasih burung di awan,
     Telur menetas induknya mati;
Bercerai kasih muda bangsawan,
     Bercerai hidup baik mati.


Lihat selanjutnya...(65)
Peribahasa

Benang bercerai-cerai bukannya kain,
     dek rapat tetal tenunan kain,
jarum pun tidak menelusnya.

Bermaksud :

Ketangguhan bersatu padu. tetal = padat; telus = celus.

 

Lihat selanjutnya...(30)

623

Union is strength

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Seukur berbaur, bertopeng bercerai.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa seukur berbaur, bertopeng bercerai. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun.Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bersarakbercerai, berpisah; ~ serasa hilang, bercerai serasa mati prb seseorang yg terlalu rindu kerana bercerai dgn orang yg dikasihi;Kamus Dewan Edisi Keempat
sarak Icerai, pisah; bersarak bercerai, berpisah; ~ serasa hilang, bercerai serasa mati prb seseorang yg terlalu rindu kerana bercerai dgn orang yg dikasihi; menyarak 1. menceraikan (isteri), me­misah-kan; 2. memberhentikan anak drpd menyusu, menyapih.Kamus Dewan Edisi Keempat
berlakimempunyai laki, sudah berkahwin (perempuan): orang ~ bercerai ungkai, orang bercerai pulang balik; bagai ~ anak semang prb perempuan yg tidak senonoh kelakuan­nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
berai; cerai-~ bercerai-berai, berpecah-pecah, berpisah-pisah; berberai bercerai, berpecah, berpisah: sbg pemimpin, kamu harus cuba memelihara keutuhan umat agar tidak ~; berberaian berceraian, bercerai-cerai: laungan itu bergema dan ~ pecahannya;memberai-beraikan 1. mencerai-ceraikan, memecah-mecahkan, memisah-misahkan; 2. menyebarkan (khabar); ® cerai.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengibaratkan1. mengumpamakan, me­nyamakan, membandingkan (sesuatu benda dgn yg lain): pd manusia spt inilah dapat diibaratkan pepatah: bercerai hidup umpat-umpatan, bercerai mati puji-pujian; 2. menganggap: dia ~ buku sbg temannya pd waktu lapang; 3. mengatakan sesuatu (selalunya yg berupa nasihat) dgn berbagai-bagai kiasan.Kamus Dewan Edisi Keempat
bercerai-berai1 berpisah-pisah tidak keruan; berpecah belah; porak-peranda. 2 tidak lagi sbg suami isteri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bercerai susuberhenti menyusu; tidak lagi menyusu (ttg anak yg menyusu pd ibu).Kamus Pelajar Edisi Kedua
berceraitidak bercampur atau tidak berhubungan lagi; berpisah: Malam ini kita berkampung, malam esok kita ~. 2 putus perhubungan sbg suami isteri: Ayah dan ibunya sudah lama ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bercerai-beraiberpisah-pisah;Kamus Dewan Edisi Keempat
bercerai-ceraianberpecah-­pecah, berpisah-pisah;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas