berdoa | bermohon kpd Tuhan; mengucapkan (menyampaikan) doa: Aku ~ kpd Tuhan supaya aku dikurniai anak lelaki. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berdoa | , mendoa meminta (memohon) kpd Tuhan, mengucapkan (menyampaikan) doa: bangun pagi sembahyang subuh kemudian ~ kpd Tuhan; aku ~ semoga Tuhan mendekatkan aku kpd kebaikan dan menjauhkan aku drpd kejahatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdoa | bermohon kpd Tuhan; mengucapkan (menyampaikan) doa: Aku ~ kpd Tuhan supaya aku dikurniai anak lelaki. | Kamus Pelajar |
bersedekah | 1. memberi sedekah (hadiah, derma): ~ ialah satu drpd amal kebajikan; 2. berkenduri serta berdoa (moga-moga selamat, sentosa, dll): orang akan berdoa, ~ sedikit, akan melepaskan ia berjalan ke perantauan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merestui | 1. mengurniakan kebaikan, kesejahteraan atau rahmat kpd: saya berdoa agar Allah ~ pekerjaan haji jemaah yg terbabit dan menerima ibadah mereka sbg haji mabrur; selepas bersolat, si suami berdoa semoga Allah ~ rumah tangga yg baru dibinanya itu; 2. memberikan persetujuan, kebenaran atau keizinan kpd seseorang atau sesuatu pihak utk melakukan sesuatu dsb, bersetuju dgn, mengizinkan, membenarkan: penubuhan parti itu direstui oleh kerajaan; dr awal-awal lagi ibu tidak ~ perkahwinan kami; 3. sl mengenakan pengaruh (guna-guna, jampi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ibadah | Ar bakti (khidmat) kpd Tuhan, perbuatan dan amalan yg dilakukan sbg bakti kpd atau kerana Tuhan (spt sembahyang, berdoa, bersedekah, berbuat baik sesama manusia, dll): dia berdoa supaya semua ~nya diterima Tuhan; ahli ~ orang yg membuat ibadat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ibadat | Ar bakti (khidmat) kpd Tuhan, perbuatan dan amalan yg dilakukan sbg bakti kpd atau kerana Tuhan (spt sembahyang, berdoa, bersedekah, berbuat baik sesama manusia, dll): dia berdoa supaya semua ~nya diterima Tuhan; ahli ~ orang yg membuat ibadat; beribadat berbuat ibadat, menunaikan suruhan agama: gadis itu taat ~ dan mengasihi kedua-dua ibu bapanya; mengibadatkan menjadikan sesuatu sbg ibadat; peribadatan 1. keseluruhan perbuatan dan amalan ibadat yg dilakukan kerana Tuhan; 2. hal berkaitan dgn mengerjakan ibadat: dlm seluruh ~, keikhlasan menjadi sari pati yg amat dikehendaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersembahyang | 1. melakukan sembahyang (solat): pd suatu hari raya, Rasul Allah berjalan-jalan di Madinah selepas ~ raya; 2. (Kristian) berdoa pd petang hari (agama Kristian), bermohon kpd Tuhan; ~ pujian upacara berdoa pd petang hari (agama Kristian); 3. (di kalangan orang Cina) upacara utk menghormati nenek moyang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
munajat | Ar zikir dan doa utk mengharapkan keredaan, hidayah, pertolongan dsb drpd Allah: dlm ~, tiada rasa jarak pemisah antara diri yg berdoa dgn yg didoakan; bermunajat mendekati atau mendampingi Allah dgn cara berdoa (berzikir dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
restu | 1. berkat dan perkenan drpd Allah yg mendatangkan kebaikan kpd seseorang atau manusia: berdoa memohon ~ drpd Ilahi; kejayaan itu hanyalah dgn ~ Allah; 2. persetujuan drpd seseorang atau sesuatu pihak yg mempunyai kuasa, hak tertentu dsb utk membenarkan seseorang atau sesuatu pihak yg lain melakukan sesuatu, kebenaran, keizinan: si anak mendapat ~ drpd ibunya; baginya, tanpa ~ ayah dan ibu, sesuatu perkara yg akan dilakukan tidak akan sempurna; 3. sl pengaruh baik atau buruk, guna-guna, jampi, mentera; merestui 1. mengurniakan kebaikan, kesejahteraan atau rahmat kpd: saya berdoa agar Allah ~ pekerjaan haji jemaah yg terbabit dan menerima ibadah mereka sbg haji mabrur; selepas bersolat, si suami berdoa semoga Allah ~ rumah tangga yg baru dibinanya itu; 2. memberikan persetujuan, kebenaran atau keizinan kpd seseorang atau sesuatu pihak utk melakukan sesuatu dsb, bersetuju dgn, mengizinkan, membenarkan: penubuhan parti itu direstui oleh kerajaan; dr awal-awal lagi ibu tidak ~ perkahwinan kami; 3. sl mengenakan pengaruh (guna-guna, jampi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |