Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.go.lé/] | برݢوليق

Definisi : 1. berguling, bergerak berpusing(bola, guli, dll); 2. berbaring; ~-gelantang berbaring-baring; yg bulat datang ~, yg pipih datang melayang prb keuntungan (kemewahan dll) datang drpd berbagai-bagai punca; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.go.lé/] | برݢوليق

Definisi : 1 bergerak berpusing (ttg benda-benda bulat); berguling: Bola yg ditendangnya itu ~ masuk ke dlm gol. 2 berbaring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergolek

Puisi
 

Hendak berembun pergi ke pulau,
     Datang ke pulau pergi ke tanjung;
Lagilah hidup kita bergurau,
     Sudahlah mati bergolek seorang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Batu yang selalu bergolek di dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut.

Bermaksud :

Orang yang mahir dalam undang-undang, biasanya jarang terkena tipu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bergolek1 bergerak berpusing (ttg benda-benda bulat); berguling: Bola yg ditendangnya itu ~ masuk ke dlm gol. 2 berbaring.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bergolek-golek1. berbaring-baring; 2. =bergolekan berguling-guling;Kamus Dewan Edisi Keempat
bergolek-gelantangberbaring-baring;Kamus Dewan Edisi Keempat
bergolek1. berguling, bergerak berpusing(bola, guli, dll); 2. berbaring; ~-gelantang berbaring-baring; yg bulat datang ~, yg pipih datang melayang prb keuntungan (kemewahan dll) datang drpd berbagai-bagai punca;Kamus Dewan Edisi Keempat
golek/golék/; bergolek 1 bergerak berpusing (ttg benda-benda bulat); berguling: Bola yg ditendangnya itu ~ masuk ke dlm gol. 2 berbaring. menggolekkan 1 membuat supaya bergolek; menggulingkan. 2 menjadikan berbaring: ~ badan membaringkan badan. tergolek 1 jatuh berguling; terguling. 2 terletak berbaring; tergelimpang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menggelek1 bergerak dgn berguling atau bergolek: Gulinya terjatuh dan terus ~ ke dlm longkang. 2 melanggar dan menindih dgn benda yg dpt bergolek; menggilas; menggiling: Getah yg sudah beku itu digelek supaya tipis dgn menggunakan mesin. 3 menggolek-golekkan sesuatu supaya menjadi bulat torak bentuknya; menggentel supaya menjadi bulat torak: ~ lilin. 4 menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan berganti-ganti; melenggok-lenggokkan badan ketika menari atau berjalan dll. 5 mencondongkan badan ke samping utk mengelakkan pukulan dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gelek/gélék/; menggelek 1 bergerak dgn berguling atau bergolek: Gulinya terjatuh dan terus ~ ke dlm longkang. 2 melanggar dan menindih dgn benda yg dpt bergolek; menggilas; menggiling: Getah yg sudah beku itu digelek supaya tipis dgn menggunakan mesin. 3 menggolek-golekkan sesuatu supaya menjadi bulat torak bentuknya; menggentel supaya menjadi bulat torak: ~ lilin. 4 menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan berganti-ganti; melenggok-lenggokkan badan ketika menari atau berjalan dll. 5 mencondongkan badan ke samping utk mengelakkan pukulan dll. tergelek kena gelek; tergiling; tergilas. penggelek alat yg digunakan utk menggelek; penggiling; penggilas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
guling; ~-gantang = ~-gelantang tergolek-golek di sana sini, tergelimpang di sana sini; bantal ~ bantal panjang yg bulat (bantal golek); berguling bergulung (berpusing dll) berbalik-balik, bergolek: pd musim kemarau pokok Selaginella tergulung menjadi spt bola dan apabila ditiup angin ~lah ia ke merata tempat; berguling-guling berguling berkali-kali, bergolek-golek; bergulingan berguling-guling, bergolek-golek: meja dan kerusi tidak menentu letaknya, tin-tin kosong ~; mengguling bergolek, berguling, senget ke sisi (bkn perahu);menggulingkan 1. menyebabkan berguling: ~ kayu balak ke sungai; 2. ki menjatuhkan, meruntuhkan, mengalahkan: mereka diberitahu tentang satu komplot utk ~ kerajaan; 3. sl menggelengkan: Siti Wang Gemala pun ~ kepalanya; terguling telah digulingkan, tergolek: dlm pilihan raya lepas partinya ~; terguling-guling berguling-guling (dgn tidak sengaja), berpusing berbalik-balik.Kamus Dewan Edisi Keempat
guling; bantal ~ bantal panjang yg bulat torak bentuknya. berguling bergerak berpusing berbalik-balik; bergolek: Keretanya kemik ditimpa batu yg ~ dr lereng bukit. berguling-guling berguling berkali-kali; bergolek-golek: Ia ~ di tanah kerana hendak melepaskan diri drpd tebuan itu. bergulingan berguling berkali-kali; berguling beramai-ramai (dgn banyaknya): Tin-tin kosong ~ di tanah. menggulingkan 1 menolak supaya berguling; menyebabkan berguling: Siapa yg ~ balak itu ke sungai? 2 ki menjadikan seseorang jatuh dr kedudukannya, pangkatnya dsb; menjatuhkan: Segala usaha utk ~ kerajaan telah gagal. 3 menjadikan seseorang juara kalah dlm pertandingan dsb; mengalahkan: Juara tenis dr Australia itu telah ~ juara dr England. terguling 1 sudah atau telah digulingkan: Dlm pilihan raya yg lalu, partinya ~. 2 terletak tidak menentu; tergelimpang: Mayat manusia yg terkorban dlm pertempuran itu ~ di sana sini. terguling-guling berguling berulang kali (dgn tidak sengaja); berputar berbalik-balik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
golek/golék/; bergolek 1. bergerak berpusing (ttg benda-benda bulat); berguling: Bola yg ditendangnya itu ~ masuk ke dlm gol. 2. berbaring. menggolekkan 1. membuat supaya bergolek; menggulingkan. 2. menjadikan berbaring: ~ badan membaringkan badan. tergolek 1. jatuh berguling; terguling. 2. terletak berbaring; tergelimpang.Kamus Pelajar
123456

Kembali ke atas