sudip tangan | alat bermata lebar dan melengkung yg digunakan utk menggemburkan tanah dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lembing | 1 senjata bermata besi yg diradakkan atau dibalingkan (rupanya spt tombak tetapi kecil sedikit). 2 seligi drpd besi dll yg digunakan dlm permainan olahraga: pertandingan melontar ~. melembing meradak (menikam, melempar) dgn lembing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keris | senjata tajam bermata dua dan bilahnya ada yg lurus dan ada yg berkeluk-keluk: ~ Majapahit. berkeris bertikam-tikaman dgn menggunakan keris; memakai keris; memiliki keris. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keris | sj senjata bermata dua yg tajam (bilahnya lurus dan berkelok-kelok): ~ Bugis, ~ Majapahit dll; ~ (anak) alang keris yg sederhana panjang bilahnya; ~ berapit keris yg pd sarungnya dibubuhi dawai mas atau perak; ~ berlok (berkeluk) keris yg berkeluk-keluk (tidak lurus) bilahnya; ~ cerita keris yg bilahnya berkeluk sembilan atau lebih; ~ harubi = ~ merubi = ~ bawang sebongkol sj keris yg berhulukan emas (khas utk raja-raja); ~ pandak (pendek) keris yg pendek bilahnya; ~ panjang keris yg panjang bilahnya; ~ parung sari = ~ sempana keris yg bilahnya berkeluk tujuh atau kurang; ~ pendua keris yg digunakan sbg keris cadangan (bukan keris utama); ~ penyalang keris yg digunakan utk menyalang (sbg menjalankan hukuman bunuh); ~ sepukal keris yg lurus bilahnya; ~ panjang berkeluk, ke mana dibawa ke mana elok prb orang yg boleh dipergunakan utk sebarang tujuan; ~ pedang (lembing) tiada tajam, lebih tajam mulut manusia prb kata-kata lebih tajam drpd senjata; ~ tersisip di dinding, pedang tajam dlm sarungnya prb perbuatan bodoh; berkeris 1. memakai (menggunakan) keris: maka Tun Bija Sura memakai cara Jawa, ~di belakang; 2. bertikam-tikaman dgn keris; berkeras tidak ~ prb bertindak keras tetapi tidak berupaya mempertahankan diri; mengeris menikam dgn keris. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keris | senjata tajam bermata dua dan bilahnya ada yg lurus dan ada yg berkeluk-keluk:~ Majapahit. berkeris bertikam-tikaman dgn menggunakan keris; memakai keris; memiliki keris. | Kamus Pelajar |
pahat kuku | pahat yg bermata bulat dan beralur di tengah-tengahnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sangkuh | Br sj alat bermata satu (spt tombak) yg digunakan utk menangkap ikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lembing | 1. sj senjata bermata besi yg boleh diradakkan atau dibalingkan (lebih kecil drpd tombak); 2. sj seligi yg digunakan dlm permainan sukan; menohokkan ~ ke semak prb melakukan perbuatan yg sia-sia; tercacak bagai ~ tergadai prb tertegun kehairanan; melembing meradak (menikam, menohok, membaling) dgn lembing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pisau berkampuh | pisau yg bermata dua pd hujungnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tombak | senjata spt lembing yg bermata dan bergagang panjang. bertombak-tombakan saling bertikam dgn tombak. menombak merodok dgn tombak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |