bersamaan | 1. bertepatan dgn, berbetulan dgn: hari Khamis ~ 20 September; ada dua orang ahli Tasawuf yg ~ waktunya di Acheh; 2. hampir sama, hampir serupa; 3. ber-bandingan (dgn), berimbangan (dgn): 30 sentimeter salji ~ dgn 2.5 sentimeter hujan; skalanya 2 sentimeter ~ 1 kilometer; 4. berpadanan, sesuai: ~ dgn teori tadi, kita buatlah suatu rumusan; 5. setara, sebanding, setingkat: profesor madya di Amerika Syarikat ~ dgn pensyarah kanan di sini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersamaan | 3 berimbang (dgn); berbanding (dgn): 1 batu ~ dgn 1.6 kilometer. | Kamus Pelajar |
bersamaan | 2 sama atau hampir sama keadaannya, halnya dll; serupa: Isi tempat-tempat kosong dgn perkataan-perkataan yg ~ ertinya dgn perkataan yg diberikan. | Kamus Pelajar |
bersamaan | 1 berlaku pd waktu yg sama; bertepatan dgn: Awal Ramadan telah jatuh pd hari Khamis ~ 21 Oktober. | Kamus Pelajar |
hun | C 1. ukuran berat yg bersamaan dgn seperatus tahil (sepersepuluh ci atau 6.48 gm); 2. ukuran panjang yg bersamaan dgn seperlapan inci atau 3.1 milimeter. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersaingan | bersamaan, bergandingan, ber-iringan: perindustrian dan pembangunan kampung hendaklah berjalan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkebetulan | bersamaan masanya (halnya dll): Louis Braille ~ buta sewaktu ia berumur tiga tahun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertepatan | 1 bersamaan dgn waktunya: Pd tahun itu, Hari Raya Puasa ~ dgn hari Tahun Baru Cina. 2 kena pd tempatnya; sama atau sesuai benar: Ucapannya ~ dgn isu-isu hangat yg sedang diperkatakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertepatan | 1. bersamaan dgn (waktunya), betul-betul kena waktunya dgn (sesuatu): surat itu sampai ~ dgn kedatangan sahabat-sahabat; 2. sama benar (dgn), tidak bersalahan atau berlainan sama sekali (drpd), cocok (dgn): kandungan buku itu ~ dgn sukatan pelajaran; 3. = berketepatan kebetulan pula, berkebetulan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbagai | berbanding, bersamaan: Raja Kida Hindi ada beranak seorang perempuan yg amat baik parasnya, tiada ada ~ pd masa itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |