bertatah | terdapat sesuatu sbg hiasan; berhias. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertatah | sl dihiasi dgn permata, berhias dgn permata dll: maka diberi baginda persalin pakaian keemasan ber-tatahkan ratna mutu manikam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
destar bertatah | destar yg disematkan perhiasan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tatah; bertatah | bertatahkan berhias dgn (permata dll): Maka diberi baginda persalinan pakaian keemasan ~ ratna mutu manikam. | Kamus Pelajar |
tatah; bertatah | terdapat sesuatu sbg hiasan; berhias. | Kamus Pelajar |
tatah | ; bertatah terdapat sesuatu sbg hiasan; berhias. bertatahkan berhias dgn (permata dll): Maka diberi baginda persalinan pakaian keemasan ~ ratna mutu manikam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tiara | mahkota berbentuk separuh bulat dan bertatah intan permata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tatah II | ~ mutia barang kemas yg dihiasi dgn permata dll; bertatah, bertatahkan sl dihiasi dgn per-mata, berhias dgn permata dll: maka diberi baginda persalin pakaian keemasan ber-tatahkan ratna mutu manikam; menatah sl menghiasi dgn (permata, intan, dll), mengikat (memasang) permata dll pd: maka terkembanglah payung kerajaan yg kekuningan berumbaikan emas dikarang ditatah dgn intan pudi manikam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersirat | berjalin-jalin, berjala-jala, berselirat: kain ungu bertepi merah, berair mas dipahat, ~ benang mas bertatah pudi manikam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
destar | setangan kepala, tengkolok, tanjak, kain (ikat) kepala: ~ beranting-anting; ~ berapi-api destar utk penari-penari; ~ bertatah destar yg disematkan perhiasan; ~ hitam berkotak destar utk penghulu adat; ~ pelangi destar yg beraneka warna; ~ tebu setuntung dll; ~ habis, kopiah luluh prb perihal menanggung kerugian (kesusahan dll) yg besar (berat dll); ~ hancur, kopiah hancur prb perihal perbuatan yg kurang hemat; berdestar memakai destar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |