Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bisanya

Peribahasa

Ular bercampur dengan belut,
     tak akan hilang bisanya.

Bermaksud :

Orang yang jahat, jika bergaul dengan orang yang baik-baik tiada akan berubah tabiatnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menawari2 menjampi dll supaya hilang bisanya dsb; mengubati dgn air dsb yg sudah dijampi: Air yg ditawari itu diminumnya.Kamus Pelajar
pendarahsakti (sudah banyak dipakai utk melukai orang): keris ~; ketujuh-tujuh bilah keris itu baik-baik belaka serta dgn bisanya dan ~nya dan tajamnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
menawar1 menghilangkan atau menghapuskan bisa atau kekuatan sesuatu dgn jampi dsb: Air kelapa hijau pernah juga digunakan orang utk ~ racun. 2 menjampi dll supaya hilang bisanya dsb; mengubati dgn air dsb yg sudah dijampi: Air yg ditawar itu diminumnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tawar I1 tidak ada rasa (bkn makanan, minuman dsb); tidak cukup manis, masin dsb; hambar: air teh ~. 2 tidak masin (bkn air): Air sungai itu ~ sampai ke laut. 3 tidak dpt menyembuhkan penyakit; tidak mujarab (bkn ubat dsb); sudah hilang kekuatannya (bkn bisa atau racun): Semua jampinya ~ belaka. ~ hati tidak ada kemahuan; tidak bersemangat. ~-mawar (hambar) tawar sekali; sangat tawar. menawar 1 menghilangkan atau menghapuskan bisa atau kekuatan sesuatu dgn jampi dsb: Air kelapa hijau pernah juga digunakan orang utk ~ racun. 2 menjampi dll supaya hilang bisanya dsb; mengubati dgn air dsb yg sudah dijampi: Air yg ditawar itu diminumnya. menawarkan menyebabkan menjadi tawar. ~ hati menyebabkan tawar hati. penawaran perihal, perbuatan dsb menawar atau menawarkan. penawar 1 ubat dll utk menghilangkan bisa, sakit dll. 2 jampi atau mantera utk menawar bisa dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ular Isj binatang menjalar yg tidak berkaki dan kulitnya bersisik (ada yg berbisa dan ada yg tidak); ~ belerang sj ular laut yg berbisa, Pelamis plat-urus; ~ cincin emas sj ular, Boiga dendrophila; ~ cindai sl sj ular; ~ kapak bakau sj ular, Trimeresurus purpureomaculatus; ~ katam tebu sj ular, Bungarus fasciatus; ~ kepala aruan sj ular, Xenopeltis unicolor; ~ kepala dua a) sj ular, Cylindrophis rufus; b) ki orang yg munafik; ~ lidi = ~ tambang sj ular yg kecil dan berbisa, Ahaetulla ahaetulla; ~ matahari sj ular, Mati-cora intestinalis; ~ minum = ~ mengiang Mn = ~ danu Kd pelangi; ~ sawa sj ular, Python reticulatus; ~ selimpat = ~ laut biasa sj ular, Enhydrina schistosa; ~ sinar matahari = ~ matahari biru sj ular, Maticora bivirgata; ~ tedung sj ular, Naja naja; ~ tedung abu (selar) sj ular, Ophiophagus hannah; ~ bukan, ikan pun bukan prb seseorang yg tidak dapat ditentukan jahat atau baiknya; ~ kepala dua = sekerat ~ sekerat belut prb orang yg tidak teguh memegang kata-katanya (selalu berubah-ubah pendirian dsb), orang yg munafik; ~ dipukul jangan mati, kayu pemukul jangan patah, tanah dipala jangan lembang = spt memalu ~ dlm benih, ~ jangan mati, benih jangan rosak prb menyelesaikan sesuatu perkara (menghukum atau memperdamaikan orang) hendaklah dgn seadil-adilnya; bagai ~ dgn legundi prb perihal seseorang muda yg sangat lekat hatinya pd kekasihnya; bagai ~ dgn orang prb perihal dua orang bersaudara yg tiada mahu berkenalan; biar ~ mati dan kayu tiada patah prb binasakanlah musuh dgn tidak merosakkan diri sendiri; jika ~ menyusur akar, tiada akan hilang bisanya prb orang besar dan mulia itu, tidak hilang martabatnya jika dia merendahkan diri sekalipun; kerosok ~ si rumpun bambu prb jangan takut akan ancaman orang; macam ~ kekenyangan prb perihal seseorang yg buncit perutnya dan kerana itu jalannya tidak betul; melangkahi ~ prb melakukan sesuatu yg sangat berbahaya; naga ditelan ~ lidi prb anak orang bangsawan berkahwin dgn orang kebanyakan; spt ~ kena palu = cengkeling bagai ~ dipukul prb a) geliang-geliut kerana kesakitan dan marah; b) bengkang-bengkok tidak beraturan (spt jalan atau jahitan yg tidak lurus); sudah tampak kaki ~ prb telah diketahui tingkah laku sese-orang yg buruk (yg dahulunya tidak diketahui);Kamus Dewan Edisi Keempat
darah I1. cecair berwarna merah yg mengalir dlm tubuh manusia atau binatang: orang yg cedera parah itu banyak mengeluarkan ~; 2. ki keluarga, sanak saudara, keturunan; pertalian ~ hubungan kekeluargaan atau keturunan; 3. ki sifat (kebolehan) semula jadi, bakat: ~ seni memang sudah lama mengalir di dlm jiwanya; 4. ki semangat, jiwa: ~ perwira memang terdapat di kalangan orang Melayu; (sudah) menjadi ~ daging a) (sudah) mendarah daging (sudah) sebati dgn atau meresap di dlm jiwa: ajaran sosialis sudah menjadi ~ dagingnya; b) = (sudah) menjadi kaum kerabat sendiri atau saudara sendiri; ~ gemuruh mudah gugup, lekas hilang ke­tenangan; ~ hidup darah yg masih cair (belum beku); ~ ikan warna merah tua; ~ lintah pekat, kental, likat (bkn air kopi dll); ~ manis mudah mendapat bahaya atau kecederaan (bkn orang yg bertunang dll); ~ mati darah yg sudah beku; ~ muda semangat atau perasaan orang muda; ~ panas pemarah, lekas marah; ~ putih keturunan orang bangsawan; ~ raja keturunan raja-raja; ~ tinggi sj penyakit yg menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi; ~ baru setampuk pinang prb masih terlalu muda; bersukat ~lah baru kuberi prb biar mati drpd menyerah kalah; bersukat ~ ber­timbang daging prb melawan sampai mati; me­nakik ~ di batu (dialu) prb kerja yg sia-sia (bekerja teruk, hasilnya sedikit); minta ~ pd dabung (daing) prb minta bantuan drpd orang yg tidak berupaya membantu;sedarah 1. satu keturunan, sama asalnya: bukankah Brunei negeri Melayu, orangnya ~ dgn kita; 2. ki sejenis, sebangsa, serupa: kalimat itu senafas dan ~ dgn kalimat-kalimat yg lain;berdarah 1. bkn sesuatu peristiwa (ke­malangan, pertempuran, dll) yg meng­aki­batkan kecederaan atau kematian: ke­jadian ~ 13 Mei 1969; 2. mempunyai darah, la­zimnya merujuk pd pengelasan haiwan, sama ada berdarah panas atau berdarah sejuk: binatang mamalia ~ panas; 3. mengeluarkan (mengalirkan) darah: luka tangan tampak ~, luka di hati siapakah tahu; 4. ada (terdapat) darah yg melekat atau menyerap (pd kain, pisau, dll): kain pembalut itu penuh ~; 5. ber­keturunan, drpd keturunan: ~ bangsawan; ~ raja; 6. bersifat, bersemangat, berjiwa: orang Melayu memang ~ perwira; 7. ber­ke­bolehan semula jadi, berbakat: ~ seni; ~ bali Mn penakut; ~ dingin Id berdarah sejuk; ~ hangat Id berdarah panas; ~ hati sakit hati; ~ panas a) mempunyai darah yg panas dan agak tetap suhunya tanpa dipengaruhi oleh suhu keadaan sekitar (bkn mamalia); b) pe­marah; ~ putih berketurunan bangsawan (orang baik-baik); ~ sejuk mempunyai darah yg berubah suhunya mengikut suhu keadaan sekitar;mendarah spt darah; ~ daging (menjadi) sebati, meresap ke jiwa: kerja demikian sudah ~ daging dengannya; ~ lintah (menjadi) pekat atau kental;mendarahi melumuri (menyapu dgn) darah;perdarahan keadaan keluar darah atau ber­darah akibat cedera atau penyakit: terdapat sebilangan mereka yg hamil anak sulung yg mengalami ~ sehingga tiba proses kelahiran; pendarahan Id pengeluaran (pengaliran keluar) darah, turun darah: gangguan yg agak berbahaya ialah terjadinya ~ pd perem­puan; jika ~ berlaku semasa mengandung, ini semestinya merupakan suatu keadaan yg luar biasa; ~ dalam (luar) Id pengeluaran darah di dlm (di luar) tubuh; pendarah sakti (sudah banyak dipakai utk melukai orang): keris ~; ketujuh-tujuh bilah keris itu baik-baik belaka serta dgn bisanya dan ~nya dan tajamnya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas